Sunday, April 29, 2007

SELAMAT HARI PEKERJA & WESAK

Kepada semua yg bekerja, saya ucapkan selamat menyambut hari pekerja yang jatuh pd hari Selasa...

Kepada yang berketurunan Siam pulak, selamat Hari Wesak. Terutama buat teman-teman sekolah yg kini menghilang entah ke mana... Viva..Nancy..Sittha dan lain-lain.

Saturday, April 28, 2007

Perpindahan

Assalamualaikum...

Sekarang ni saya dah jarang singgah atau mencoret sesuatu di blog gara-gara berpindah ke tempat baru. Sekarang saya dah jadi pemastautin Kuala Kangsar. Di rumah baru ni belum ada perkhidmatan internet. Nak singgah di cyber cafe tak de masa pulak. So dua minggu sekali baru le saya online...masa saya balik kampung. Dapatlah saya jenguk blog ni. Gambar pun banyak yang tersimpan cam tu je... belum semput di publish.

Walaupun pelbagai halangan ditempuhi, syukur alhamdulillah akhirnya Kalung bakal diterbitkan. Itulah yg dijanjikan oleh penerbit. Biar lambat asalkan menarik. Tentunya novel ketiga saya ni berbeza dengan novel pertama dan kedua. Jauh bezanya. Temanya....korang bacalah sendiri nanti. Cuba nak cari kelainan pulak. Asyik cinta remaja aje... so ubahlah sikit. Cinta tu tetap ada krn semua manusia ada perasaan cinta, kan...

Pesta buku...kaum penulis semua tentu sedang berkumpul di PWTC. Saya teringin sangat ke sana. Cuma sekali je pernah ke sana. Harap kali ni dapat sekali lagi menjejak pesta buku. Akan dicari masa yg sesuai. Insya Allah.

Adios

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...