Friday, October 24, 2008

25 Cerpen Best Remaja

Memuatkan cerpen-cerpen yang terbaik daripada koleksi Majalah Remaja. Cerpen-cerpen terpilih ini merupakan cerpen ter 'hot' bertemakan cinta dan persahabatan. Gaya penceritaan yang santai dan mencuit hati ini sesuai dengan konsep 'inspirasi remaja kini' khas untuk para remaja.

RM10.00
Buku Prima
*Antara buku (keluaran b.prima) yang terlaris masa pesta buku.

~ Sebenarnya aku baru perasan di antara 25 cerpen yg ada dalam buku ni, terselit satu cerpen nukilanku~

Tuesday, October 21, 2008

Impian Bergelar Penulis 2

Awal tahun 2004, aku ternampak iklan dalam majalah (Remaja kalau tak silap) tentang pencarian penulis2 baru... Hati berbunga-bunga apabila membaca iklan tersebut. Syarat2 manuskrip turut disertakan. Walaupun mereka cuma inginkan 250 m/s shj, tapi sudah terasa berat. Setakat ini manuskripku hanya 100 lebih sahaja m/s. Manalah aku reti karang cerita setebal yg mereka inginkan. Lalu aku hantar email kpd syarikat penerbit bertanyakan tentang pengecualian m/s. Namun mrk tetap dgn keputusan mrk krn menurut mereka pembaca skrg suka membaca novel yg tebal2.
Semangat nak jadi penulis dan melihat karya terselit di rak kedai buku begitu tinggi, jadi aku tambahkan apa yang patut pada karya yang memang sedia ada tersimpan dalam komputer. akhirnya berjaya juga melepasi angka 250. Tak sangka aku mampu melakukannya! Selesai semuanya (setelah baca berulang kali) barulah aku print. Terharu sangat bila selesai print semua m/s. Tersenyum2 sorang aku masa tu. Bangga siot! Maklumlah inilah pertama kali aku menghasilkan manuskrip. Selesai print kena semak jika ada kesalahan ejaan pulak. Memang ada pun. Kemudian aku bawa ke kedai untuk binding. Selesai semua aku ke pejabat pos. Sementara menunggu keputusan penilaian, aku cuba hantar cerpen ke sebuah majalah. Cerpen yang aku karang semasa aku masih belajar. Kiranya terperap beberapa tahun.
Dua bulan sudah berlalu. Tiada khabar dari syarikat penerbit sedangkan di dalam iklan tercatat yang mrk akan memaklumkan keputusan penilaian dalam tempoh dua bulan. Aku terus sabar menunggu. Bulan ke3, aku email bertanya berkenaan manuskrip aku tu. Tiada balasan. Sedih. Kecewa pun ada. Risau juga takut ditipu.
Tup tup aku mendapat panggilan telefon. Mereka memaklumkan persetujuan untuk menerbit karya pertamaku itu. Dari Secret Admirer (tajuk manuskrip aku tu) mereka ubah kepada Ku Milikmu. Ah, tak kisah. Janji terbit. Itu sahaja yg aku fikirkan masa tu. Janji mereka, Ku Milikmu akan diterbitkan pada bulan 11, 2004. Satu jangka masa yang lama untuk menanti saat itu tapi aku tetap berpuas hati kerana manuskrip pertama aku diterima.
Mulai sat itu aku menghitung hari....
Kemudian, tanpa di sangka aku mendapat panggilan telefon dari majalah Dara.Com. Mereka mahu kepastian andai cerpenku pernah diterbitkan sebelum ini. Tentulah tidak. Mereka mahu menerbitkan cerpenku bulan 10 (kalau tak silap). Ya Allah, gembiranya hatiku tak terkira masa tu. Semangat menulis pun semakin berkobar-kobar. Sebaik sahaja majalah bulan 10 diterbitkan, aku segera membelinya di kedai buku. Bila melihat karyaku dan nama pena tertera di situ, perasaan di dalam hati sukar digambarkan...
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan... November menjelma jua. Namun apa yang kuharapkan tidak seindah mimpi...

Tuesday, October 14, 2008

Impian Bergelar Penulis 1


Sedutan Rimba Bebanan...

Kota Yuzwa sedang di ambang kehancuran. Kegiatan pengedaran dadah yang dijalankan sudah mencapai tahap maksimum. Beribu-ribu nyawa terkorban setiap tahun kerana dadah. Ketua Polis Kota Yuzwa mengsyaki Zefrell sebagai ketua kegiatan dadah. Dia tidak dapat ditangkap kerana kekurangan bukti kukuh. Kegiatan pengedaran dadah yang dilakukannya begitu licik sekali sehingga sukar untuk dikesan oleh pihak polis.
Hanya satu cara yang boleh mendapatkan bukti dengan cepat dan selamat. Shezevell, seorang detaktif handal telah dihantar ke kota Yuzwa bagi membantu penyiasatan tersebut. Dia telah diberi tugas untuk mendekati Meshell, anak emas Zefrell bagi mendapat bukti kukuh tentang pengedaran dadah yang dilakukan bapanya.
***
Esmishell terasa tidak sedap. Lemah. Ubat yang disimpan sudah habis. Esmishell terpaksa pergi ke farmasi untuk membeli ubat walaupun dia tahu yang Shezevell tidak membenarkannya keluar tapa kebenaran.
Dengan menaiki teksi Esmishell menuju ke farmasi. Dia terpaku ketika sedang membayar harga ubat. Menerusi dinding kaca, dia dapat melihat seorang lelaki sedang berjalan sambil berpelukan dengan seorang perempuan cantik.

***

Itulah sebahagian sedutan cerpen 'gila-gila' pertama yang aku karang masa umur aku 16 tahun. Bila membacanya semula terasa lawak. Dengan nama watak dan tempat yang pelik-pelik, aku pun hairan kenapa aku boleh letak nama tu. Tapi aku tetap berbangga kerana berjaya menyiapkan cerpen pertama tu walaupun hanya sebagai koleksi sendiri. Mana aku berani hantar masa tu. Keyakinan aku kurang. Menulis sekadar minat sahaja. Minat yang tiba-tiba hadir tanpa disedari. Dah siap cerpen pertama, aku mula karang cerita yang lebih panjang sikit. Tajuk aku dah lupa sebab cerita tu dah hilang dari simpanan. Nama watak utama kalau tak silap Jeremy..heroin dah lupa. Mula-mula menulis dulu watak utamaku bukan Melayu. Mungkin aku terpengaruh dengan cerita orang putih masa tu. Nak kata peminat novel Inggeris, tak juga. Drama Baverli Hills 90210, Wonder Years dan filem2 Inggeris yang ditayangkan di bawah slot Movei Magic & Dunhill Double mempengaruhiku.
Bila dah ada sedikit keyakinan, aku serahkan cerpen kepada sahabatku Laili dan Munirah untuk mereka baca dan komen. Bila dengar komen mereka, aku semakin bersemangat. Aku juga dah tak segan lagi serahkan karyaku pada adik2 ku untuk dibaca. Lama-kelamaan mereka sebar kepada teman-teman mereka. Ramai yang minta aku hantar ke syarikat penerbitan. Tapi aku masih tidak berkeyakinan dengan hasil sendiri. Aku terus menulis untuk simpanan sendiri (juga dibaca rakan-rakan) sehingga tamat belajar.
2004 membawa kenangan terindah dalam hidupku...Thumbs Up
bersambung Sleeping

Friday, October 10, 2008

Syawal 2008

Syawal tahun ni disambut sederhana seperti tahun-tahun lepas. Yang berbeza, kali ni semua ahli keluarga dapat berkumpul. Tahun lepas tak dapat berkumpul semua. Raya tahun ni kami memilih tema warna kuning untuk baju raya. Persiapan berjalan lancar. Berbeza dengan tahun lepas, agak kelam kabut sebab raya jatuh pada hari Sabtu. Hari Jumaat saja dapat cuti. Tapi tahun ni dapat cuti lebih awal. So, dapat ready awal.
Selesai solat sunat aidilfitri, kami bercadang untuk ke tanah perkuburan. Tapi keadaan tak mengizinkan aku. Tak dapatlah aku nak sertai adik beradikku yang lain menziarahi pusara ayah buat pertama kali. Di rumah, aku melayan tetamu yang kebanyakannya adalah kanak-kanak. Tetamu dewasa pulak tak berapa ramai berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin kerana ketiadaan ayah. Kehilangannya semakin terasa..



Teluk Senangin vs Teluk Batik

Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...