Tuesday, August 20, 2013

Salam Aidilfitri

Lamanya tak update blog. Masa cepat berlalu atau aku yg dihimpit kemalasan? Lupakan.. masa cuti raya 2 minggu lalu, tetiba aku teringat nak update blog aku selalu. Time tu kat kg, internet slow. Bila balik sini, sibuk pulak cuci baju, kemas rumah, jaga baby dll.

Just nak ucap selamat hari raya, maaf zahir dan batin.


Sunday, May 19, 2013

Setelah Bercuti Tiga Bulan

Aku mula bercuti pada 18 Februari yang lalu. Aku ambil cuti awal. 2 minggu kemudian aku bersalin. Alhamdulillah semuanya selamat. Baby pun sihat. Luka czer pun makin okey. Cuma kaki lenguh2 terutama masa bangun pagi.

Hari ini hari terakhir aku bercuti. Esok aku akan kembali ke sekolah, mengajar seperti biasa. Sebenarnya, aku rindu nak ke sekolah sebab dah lama bercuti. Lagipun, aku rasa hidup lebih teratur. Tapi kdg2 rasa malas. Sebab byk kerja menungguku.

Mula2 kena buat pentaksiran yg perlu dihantar selewatnya 28 mei. Sudahla aku tinggal murid aku 3 bulan. Bermakna mrk sudah ketinggalan 3 bln. Budak yg baru nak kenal abc mungkin dah lupa. So, nak jawab soalan mcm mana?

Time aku cuti, tak ada cikgu ganti yg tetap mengajar anak muridku. Cikgu masuk kelas ikut giliran. Kata PPMku, ada yg maduk ada yg tak. Kalau masuk pun bukan mengajar. Huhu...

Aku kena bekerja keras. Murid2 harus catch up apa yg ketinggalan semasa aku bercuti. Cadang nak buat kelas tamban 12.00 - 12.30. Nak ke mereka?

Saturday, May 18, 2013

BAJU TERBARU DI ZZ ONLINE SHOP





ZZ ONLINE SHOP MENJUAL PELBAGAI BAJU MUSLIMAH, NURSING WEAR DAN BAJU KURUNG. JOM SINGGAH. KLIK SINI.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru! Setahun sekali pada tarikh 16 Mei, hari guru akan disambut oleh seluruh warga pendidik. Di kebanyakan sekolah, pelbagai acara diatur bagi memeriahkan sambutan hari guru. Di sekolah tempat aku mengajar, biasanya sebelum rehat diadakan pertandingan mewarna kad hari guru bagi murid pra dan tahap 1 manakala bagi murid tahap 2 pula diadakan pertandingan mereka kad ucapan. Selepas rehat, acara untuk guru pula diadakan iaitu sukaneka dan pertandingan bola jaring di antara guru perempuan dan murid serta pertandingan bola sepak di antara guru lelaki dan murid. Kemudian, semua akan berkumpul di dewan untuk acara potong kek, persembahan dan hadiah. 

Selamat hari Guru!

Monday, May 13, 2013

13 MEI - 5 TAHUN TELAH BERLALU

2.30 pagi
13 Mei 
5 tahun yang lalu

Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari handset Motorola. Tertera perkataan 'My Home' di skrin. Jantung terus berdegup kencang. Sudah kuduga pastinya ia panggilan kecemasan. Adikku menghubungi dari telefon rumah. 

Dia memaklumkan ayah diserang sawan tarik lagi. Ayah terkena angin ahmar sudah tiga tahun lebih. Di sepanjang tempoh tersebut, sudah banyak kali ayah kena sawan tarik. Tak kira masa. Pagi, petang, siang, malam. Kali ni ayah diserang sawan tarik dalam tidur. Biasanya selepas beberapa ketika ayah akan kembali normal. Namun dia tidak akan ingat apa yang berlaku ke atasnya. 

Kata adikku, kali ini ayah tak sedar. Jiran dipanggil untuk melihat keadaan ayah. Jiran mengesahkan yang ayah tidak bernafas lagi. Terasa bagai mimpi, kami kehilangan ayah tersayang.

Aku terus bersiap ala kadar. 2.45 pagi aku bertolak balik ke kampung dari Kuala Kangsar, sendirian! Perasaan takut memandu seorang diri sudah tidak wujud dalam diri. Yang ada hanyalah nak cepat sampai ke rumah. Aku sempat menghubungi adikku yang berada di Seri Iskandar, namun panggilan tidak diangkat.

Hampir jam 5.00 pagi aku tiba di rumah. Terus aku menuju ke tempat jenazah ayah ditempatkan. Adik dan kakakku sedang mengaji. Kemenyan dibakar. Sayu melihat raut wajah ayah... arwah kelihatan tenang... Ayah meninggal di usia 71 tahun.

Kini, yang tinggal hanyalah kenangan. Hanya gambar dan video menjadi tatapan kala kesunyian. Semoga roh ayah tenang di alam sana, dan semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin.


Saturday, May 11, 2013

Life

Quotes : Promise

Di Wad, Selepas Bersalin Secara Ceasarian

Aku tak pernah lg masuk wad. So, ini pengalaman aku berada di wad kelas ketiga. Dgr kata aku boleh mohon wad kelas kedua tp aku tak tau prosedurnya.
Kat wad ni ada 4 katil. Semua penuh. Aku tiba jam 1.00 lebih. Nurse pesan minum air putih banyak. Air pun tak bawak, so suami pergi beli kat kedai di tingkat bawah. My sis muncul. Sebentar kemudian, nurse sorong baby. Dorang pun snap pic. Aku nak bangun tgk mmg tak boleh. Kaki masih kebas. So aku tgk wajah baby dlm camera je. Aku dah jd ibu ke??? Terasa bagai mimpi pulak.
Habis waktu melawat, adik2ku blah. Ptg tu, suami aku je yg ada. T/hari waktu lawatan 12.30 - 2.00 ptg. Belah petang pulak 4.30 - 7.00mlm. Lepas habis waktu melawat, 2 org nurse dtg. Sekali lg dorang korek tut utk keluarkan darah beku yg khabarnya bahaya klu dibiarkan. Kali ni sakit kat tempat tu pulak coz ubat bius dah habis. Masa dorang tekan perut, tak sakit sgt. Dorang pun terkejut bila aku ckp yg aku sakit dorang korek berbanding tekan perut. Lama jugak la proses nak buang darah beku tu hingga aku again tutup muka tahan kesakitan.
Dlm tempoh 6 jam aku x boleh makan, just minum air putih je bg mengelakkan aku demam. Aku pulak tak biasa minum air putih kecuali lepas makan sesuatu. Tgk plastik air kencing, nurse dah tau aku kurang minum.
Malam, nurse paksa aku mengereng utk susu baby. Sakit nyut2 tempat operate tu. Tp aku terpaksa tahan demi baby. Mlm tu jugak 1st time aku tgk baby bukak mata. Happy sesangat. Selesai menyusu, nurse ambik baby utk dijaga. Aku disuruh berehat. Mlm tu terasa berlalu panjang. Badan dah rasa tak sedap. Jam 5pg nurse dtg bg ubat dan ambik suhu. Aku demam so kena mkn ubat.
Jam 8.00am, doc dth check. Ok semua. Katanya, esok baru aku boleh keluar kalau tak ada masalah. Kalau bersalin normal, aku dah boleh keluar. Tp c-zer, aku kena tahan lg semalam. Aku tak perlu dimasukkan air lg so botol air boleh tanggal. Tiub kencing pun dah boleh tanggal. Nurse pesan suruh ke tandas. Mak ai, nak bangun pun seksa, camner nak jln ke tandas???
Baby dihantar lepas dimandikan dan dicucuk kat tgn. So, aku menyusu baby je sepanjang hari. Petang tu, aku cuba bangun. Gagal. Cuba lg. Berjaya bangun. Tapi nak turun dr katil tak lepas. Time melawat, mak & family kakak aku dtg. Kak long bawak nasi putih & ikan talang masin. Berselera aku makan. Perut mmg kosong masa tu. Hosp ada sedia makanan, tp tak sesuai utk org bersalin.
Dorang tegur aku coz tak pakai stokin dan x bawak minyak panas. Aku ni pun satu, kalau nurse tak pesan, aku tak buat. Mujur dorang bawak stoking. Minyak panas pakai minyak telon je. Aku jugak tak bawak termos, cawan, sudu & pinggan. Tak tau pulak semua tu kena bawak. Mak cakap dia ada kirim brg2 tu semua, tp my sis lupa nak bg. Huhu...suami beli termos kat kedai bawah. Dah la mahal tp tak elok. Sdgkan mak dah pesan aku kena minum air suam, ni aku bantai air mineral jer. Huhu...tak reti coz xder pengalaman.
Lepas my family balik, nurse suruh aku ke tandas. Mcm siput aku berjalan. Berjaya jugak aku ke tandas. Kalau tak kencing, tu tandanya ada problem. Nasib baik aku ok.
Malam tu aku jaga baby sepenuhnya. Mujur ada adik kpd penghuni katil sebelah. Dia banyak bantu aku ambik itu ini. Pengajaran ; kalau bersalin c-zer, bawak peneman. Senang sikit kerja. Suami tak boleh teman. Kalau tdk, sonang keje aku. Malam tu jugak 1st time tukar lampin baby & tgk baby senyum dlm tidur. Matanya bukak lebih lama dlm keadaan gelap/kurang cahaya.
Sdg aku henjut baby atas riba, nurse sindir. Katanya nanti baby dpt gegaran otak. Dia suruh aku susu baby. Baru aku nak tgk wjh baby sambil sembang dgnnya, dah kena sound.
Pg tu, doc dtg check tempat operate. Dia tarik buang pelekat dan sembur sesuatu di tempat tu. Katanya aku dah boleh mandi dgn air suam. Aku boleh keluar belah ptg klu xder masalah. Well, aku dah tak sabar nak keluar. Aku tak tahan lg dicucuk di tgn dan peha, masuk ubat itu ini. Sakit. Huhu...
Mujur lewat ptg tu aku boleh keluar. Dah hari ke 3, sakit makin berkurang tak spt semlm. Jln pun lbh steady. Trauma madih terasa...
Dan kini sudah bulan berlalu... Inilah my baby boy, my love, my hero, my big bos... UMAR ZIYAD

Ceasarian Anak Pertama

Telah ditakdirkan aku bersalin secara c-zer. Org lain merasa kesakitan, kemudian baru kena operate coz anak besar dll. Tapi aku, tak sempat rasa sakit. So aku tak tau camner rasa sakit bersalin.
Jam 11.00am, aku disorong masuk ke bilik bedah. Mulutku tak henti berdoa dan baca surah2 dipermudahkan urusan. Sejuk! Bibir menggeletar. Tiga suntikan dikenakan di tulang belakang. Sebentar kemudian doc minta aku angkat kaki kiri. Kebas! Cepat benar ubat bius berjalan.
Kedua tangan aku didepang. Kena cucuk. Perut tak nampak, ditutupi kain. Doc perempuan yg menjalankan pembedahan. Rasa mcm bau hangit menusuk hidung. Pembedahan dah bermula. Aku tak henti berdoa. Bibir terus menggeletar. Sejuk. Jam 11.18am, terasa baby dikeluarkan dr perut. Terdengar nurse or maybe suara dov sebut 'bulatnya'. Bising bilik bedah dgn tangisannya. Dada berdebar. Ok kah baby aku? Sihat? Normal? Jantina? Masa scan, doc ckp maybe baby girl. Aku dah pilih nama. Namun, nama lelaki pun aku dah standby.
Baby masih menangis. Nurse sdg memandikan baby aku. Aku dah tak sabar nak tgk. Doc pulak sibuk menjahit perutku. Prosesnya lebih lama berbanding nak bedah.
Nurse dtg tunjuk jantina baby aku. Lelaki ke perempuan? Soal nurse. Lelaki, jawabku. Nurse senyum lalu bg aku cium baby kat mukanya 2x. Baby yg sdg nangis, terus berhenti menangis bila aku cium. Habis cium, baby menangis kembali. Ajaib kan?
Selesai proses, katil disorong keluar. Aku dibiarkan di dewan menunggu agak lama. Badan aku dipanaskan kembali dgn suatu alat ntah apa nama. Ada mesin yg sdg mengambil bacaan. Pun x tau bacaan apa. Tekanan darah kot. Nurse dtg check tempat tu. Mcm ada sesuatu bila melihat reaksinya. Aku tanya, ada masalah ke? Dia ckp, takder. Lega.
Doc perempuan dtg. Aku dikelilingi sorang doc & 2 org nurse. Doc tekan2 perut aku, keluarkan darah beku. Sepatutnya proses tu dibuat masa dlm bilik bedah. Ntah kenapa kes aku lain pulak. Sakitnya hanya tuhan yg tahu. Ubat kebas dah nak habis masa tu, sbb tu aku dpt rasa nurse tekan perut aku. Aku terpaksa tutup muka dgn kedua belah tgn bg menahan kesakitan. Dorang tak buang habis darah beku masa di bilik bedah. Hurmmm!
Aku disorong ke satu bilik. 2 nurse sdg menanti dgn sorang staf lelaki. Aku dipindahkan ke katil wad dan dipakaikan baju pink. Nurse dr bilik bedah pesan sesuatu ke nurse yg sdg tggu aku tu. Kalau tak silap, kes darah beku.
Aku disorong keluar. Hubby sdg menunggu di situ. Dia senyum (happy dpt baby boy ). Aku nak senyum x mampu. Badan lemah. Aku dihantar ke tingkat 7 wad kenanga 12, katil no 9 diiringi suami.
Bersambung...akan dtg kisah aku lepas habis ubat bius...

03.03.2013 - Pengalaman Bersalin Pertama Kali


Tarikh keramat buatku. Aku bergelar ibu..mama..mummy..umi pada jam 11.18am. Perasaan? Sukar digambarkan. Aku bersalin awal sehari dari tarikh jangkaan. 
Segalanya bermula pada jam 6.30am. Bangun dari katil untuk solat subuh pagi Ahad, terasa ada air keluar meleleh di peha terus ke lantai. Air berwarna coklat. Mungkin inilah air ketuban. Bila air ketuban pecah, itu tandanya aku akan bersalin. Dada berdebar-debar. Terus aku maklumkan pada suami. Dia minta aku segera bersiap untuk ke hospital.
Aku mandi dan bersiap2. Beg berisi pakaian baby & pakaian aku, memang aku dah standby awal2 lg. Sebelum bertolak, aku maklumkan pada mak dulu. Mak cadangkan agar aku tunggu di rumah sehingga rasa sakit datang. Suami pulak tak sabar2 nak hantar aku ke hosp. Aku sendiri teruja nak dapat baby. Aku masih ingat pesanan nurse, kalau air ketuban pecah, atau sakit perut, aku perlu segera ke hosp.
Aku dan suami bertolak ke Hosp. Baling. Mak ai, berpusing jugak cari wad bersalin. First time dtg wad bersalin kat hosp ni. Nurse suruh suami buat pendaftaran, aku pulak diarah masuk ke sebuah bilik. Kelihatan 2 org nurse di situ. Mereka meminta aku tukar pakaian. Aku diberi pakaian kaler pink. 
Lepas pakai baju hosp, aku di arah baring atas katil. Saat yg mengerikan pun berlaku..huhu.. Selama ni hanya dgr cerita. Dgr cerita pun dah setiau. Bila lalui sendiri, mak ai sakit.. Nurse nak ukur pintu rahim. Katanya pintu belum bukak. Setelah diperiksa, dia syak baby sudah berak dalam perut. Lepas dikerjakan nurse, doc perempuan pulak dtg & ambik ukuran. Serius, aku memang tak tahan sakit. Doc mengesahkan yg baby dlm perut dah berak. So, aku akn dihantar ke Hosp. Sultan Abdul Halim, Sg. Petani. Doc di sana akn tentukan sama ada aku akan dibedah @ dipaksa bersalin.
Aku lebih berat berharap agar aku bersalin cara ceasarian. Aku takut dipaksa. Dgr kata, induce lebih sakit dr normal. Aku dihantar dgn ambulans ke sp. Tak sampai sejam, aku dah berada di hosp kat sp. Nurse dr Baling yg temankan aku uruskan pendaftaran. Than, aku diperiksa sekali lg oleh doc perempuan kat situ. Dia lebih kasar. Sakitnya berganda2 masa ukur rahim. 
Sah, aku kena bedah. Happy. Aku sain beberapa surat persetujuan. Kemudian, air dimasukkan ke dlm badan. Lama jugak proses sebelum aku disorong masuk ke dlm bilik pembedahan jam 11.00 pagi. 18 minit kemudian, suara baby kedengaran :-)

Pic : my baby umur 4 hari
P/s : pengalaman ketika pembedahan berlaku, aku akan story kemudian.

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan boleh buat dalam tempoh 2 tahun. Nasib baik penyata KWSP rumah. Baru aku perasan ada lebihan caruman 2 bulan tahun lepas. Dah genap setahun pun. Kalau lebih dari 2 tahun, aku pun tak pasti apa yang akan jadi dgn duit yang tersimpan tu. 

Sebenarnya tahun lepas aku dah keluarkan duit KWSP dua kali. Kali pertama atas nama permohonan pengeluaran untuk beli rumah. So, dapat keluarkan separuh. Dua bulan kemudian, aku keluarkan lagi lepas dapat surat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Belum kerani setel pemberhentian potongan KWSP dalam slip gaji, aku dah keluarkan. Terdesak masa tu sebab baru masuk rumah. Banyak duit nak pakai. Pasang gril, awning, lawyer, perabot dan macam2 urusan lagilah untuk masuk rumah baru ni. Yang beli rumah tu tahulah kos nak masuk rumah. 

Dipendekkan cerita, selepas dapat surat PTB & selepas keluarkan duit, dalam slip gaji pemotongan KWSP masih berjalan selama 2 bulan. So semalam aku buat permohonan pengeluaran selepas isi borang KWSP 14 dan sediakan salinan2 yg diperlukan iaitu salinan IC, buku bank & slip gaji utk yang terlebih potong tu.

p/s : Korang yang keluarkan duit simpanan KWSP tu jangan lupa bayar zakat ye. Kalau kat Perak, korang ke website Majlis Agama Islam Perak dan kira guna kalkulator jumlah yang perlu dibayar. Pastu transfer duit guna maybank2u. Senang kan.

Thursday, May 9, 2013

PROMO MAK DATIN ISTERI CIKGU : BAB 7 & 8


BAB 7
            Tiba sahaja di bawah, Dean sudah tercegat di luar pagar blok asrama perempuan.
            “Aku mesej Dean, ajak dia join sekali. Dia kan sorang. Member dia semua balik.”
Terang Aisyah sebelum Ayra membebel. Kalau Ayra tahu Dean ikut sekali, pasti gadis itu akan menolak. Kata Ayra, dia malas nak rapat dengan Dean. Rimas dia sebab Dean layan dia lebih-lebih. Esok, mereka berdua akan ke Pulau Pinang. Aisyah berharap Dean dapat menggunakan kesempatan itu untuk menawan hati Ayra.
            Aisyah dan Suhaila sengaja mempercepat langkah, membiarkan Ayra beriringan dengan Dean.
            “Sayang, kenapa jalan lambat sangat?”
            Sayang lagi! Ayra merengus! Tak suka dengan panggilan tersebut.  
            Aisyah dan Suhaila tersenyum-senyum mendengar panggilan Dean. Ayra pulak terus mencerlung tajam ke wajah Dean yang selamba itu. Geram hatinya dengan panggilan ‘sayang’. Dia sudah memaklumkan pada Dean yang dia tak suka Dean memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’. Kalau Dean panggil semua gadis dengan panggilan ‘sayang’, Ayra tak adalah kisah sangat. Tapi, panggilan tersebut hanya untuk dirinya.
            Tik, tik! Mesej masuk lagi.
Ayra malas hendak membacanya sekarang. Dia sudah dapat mengagak, mesej tersebut pastinya dihantar oleh pengirim misteri. Biarlah! Ayra malas hendak ambil peduli soal mesej tersebut buat masa sekarang. Masa sekarang adalah masa bersama Dean, Suhaila dan Aisyah. Dia tak mahu diganggu. Kalau mesej tersebut dibaca sekarang, tentu otaknya hanya akan memikirkan isi kandungan mesej tersebut.
            Mesej kedengaran lagi dan lagi.
            Ayra rimas!!!
            “Bacalah mesej tu. Dari keluarga kau agaknya.”
Dean sejak tadi perasan dengan mesej yang bertalu-talu masuk. Isyarat mesej tersebut kedengaran dari telefon bimbit yang berada dalam genggaman Ayra. Tapi Ayra buat tak tahu saja dengan mesej yang diterimanya. Dean sempat bilang, ada lima mesej yang masuk. Mesej pertama masuk ketika mereka sedang berjalan, dan mesej yang kelima masuk ketika mereka sudah melabuhkan punggung di kafeteria.
“Bacalah mesej tu Ayra.”
Aisyah menyokong cadangan Dean.
            Ayra menyesal kerana tidak tukar profile telefon bimbitnya kepada ‘silence’. Mahu tak mahu terpaksa juga dia akur dengan permintaan Dean dan Aisyah.
            ‘HIDUP KAU AKAN MERANA! KAU AKAN TERIMA BALASAN TAK LAMA LAGI!’
            ‘SEJAUH MANA KAU MELARIKAN DIRI, KEJAHATAN YANG KAU LAKUKAN AKAN SETIA MENGEKORI.’
            ‘KAU TAK LAYAK MILIKI KEHIDUPAN!’
            ‘BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT!!!’
            ‘HIPOKRIT!!!’
            Ayra menghela nafas dan memadam semua mesej dari pengirim yang tak dikenali itu. Sakit, benci dan marah silih berganti. Dia cukup bengang dengan pengirim mesej tersebut yang berani dari jauh.
‘Cuba tunjuk diri kau sekarang! Aku tak takut hendak bersemuka dengan kaulah!’ Ayra mengutuk dalam hati. Panas hatinya dengan sikap manusia yang berani dari jauh.
Ayra tak takut kalau diajak berhadapan. Dalam hal ini, dia yakin dia tak bersalah. Dia hanya melakukan tindakan yang dirasakannya betul ketika itu. Biarlah dia dituduh dengan bukti-bukti yang kukuh sekali pun, Allah tahu siapa di pihak yang benar.
Dia tidak berniat hendak membunuh. Dia hanya mempertahankan diri.
            “Maaf kalau aku ni jadi penyibuk. Er... mesej dari siapa?”
            Dean mengajukan pertanyaan bila dilihatnya wajah Ayra bertukar kelat sebaik sahaja membaca mesej. Ayra macam ada masalah. Dialah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan andai Ayra sedang dalam kesempitan.
            “Dari Maxis... keluarga pun ada... kawan ada... semua ada.”
            Balas Ayra dengan nada acuh tak acuh. Dia leka memerhati Aisyah dan Suhaila yang sedang memesan makanan di kaunter.
            “Teman lelaki pun ada?” usik Dean, sengaja ingin menduga.
            “Menggada-ngadalah kau ni. Teman lelaki aku kan buta, pekak dan bisu, mana reti nak bermesej.”
            Ayra sedaya upaya menceriakan hati. Dia mahu keadaan kembali normal.
            “Ye lah tu... silap haribulan kata-kata kau tu jadi kenyataan. Ha, siapa nak jawab nanti?”
            “Aku buat lawak jelah. Kau ni, ambil serius pulak!”
            “Dah lebih dari tiga kali dah kau cakap teman lelaki kau tu buta, pekak dan bisu. Aku cuma nak ingatkan kau je.”
            “Maaf, aku tak bermaksud pun. Kau pun satu, dah tahu aku tak ada teman lelaki, masih nak usik aku dengan soalan macam tu lagi.”
            “Maaf sayang, abang cuma nak tahu jer, gadis ayu sebelah abang ni sebenarnya dah berpunya atau belum...”
            Ayra tarik muka. Memang mengada-ngada betullah! Dean tersengih. Ayra hanya mampu menggeleng kepala. Berusaha keras macam mana pun, Dean takkan dapat memilikinya.            


BAB 8
            “Pukul berapa kau dan Dean nak bertolak ke Butterworth?”
            “9.30 pagi ni. Dean kata, dalam dua ke tiga jam sampailah. Jomlah ikut sekali.”
            Ayra terus memujuk Suhaila yang sedang sibuk membetulkan cadar. Dia rasa tak sedap hati jika hanya dia dan Dean sahaja yang menghadirkan diri ke kenduri kahwin kakak Nadira. Gadis itu turut menjemput rakan-rakan sekelas yang lain. Kalau mereka datang, pasti mereka akan terkejut bila melihat dia dan Dean datang bersama. Bertambah yakinlah mereka yang dia dan Dean menjalin hubungan istimewa.
            “Eh, tak mahulah!”
Suhaila menggeleng-geleng kepala dengan dahi berkerut. Dia menepuk-nepuk bantal kekabu, membuang habuk-habuk yang melekat.
            “Dira dah pesan kat aku awal-awal lagi suruh kita semua pergi. Siap pesan suruh kita bawa teman masing-masing lagi tau. Dia tak kisah kita nak bawa sesiapa pun. Tunang, teman lelaki, adik, abang, mak, ayah semua dia jemput.”
Ayra terus memujuk. Dia berharap sangat Suhaila tak jadi berjumpa tunangnya dan seterusnya dapat menyertai dia dan Dean ke utara.
            “Maksud Dira tu, teman lelaki la. Teringin sangat dia nak tengok tunang Ila, boyfriend aku.”
Aisyah yang berdiri di muka pintu menyampuk. Dia melangkah masuk lalu terus duduk di kerusi Suhaila.
            “Eh, ke situ pulak. Dia tak sebut pun teman yang kita kena bawa tu seharusnya seorang lelaki.”
Ayra membetulkan tudung. Untuk ke majlis kenduri, dia mengenakan selendang dan baju kurung bunga-bunga kecil. Baju kurung tersebut baru dibelinya sebulan lepas. Dia membeli baju kurung siap jahit. Sejak melangkah ke alam pekerjaan, dia memerlukan banyak baju kurung. Dibelinya sedikit demi sedikit. Baju kurungnya sudah ada sepuluh pasang.
            “Hmm... yelah tu. Aku dan Ila satu rumah dengan dia. Kami faham sangat la dengan perangai dia tu. Tak boleh orang lebih sikit dari dia.”
            “Aku no komen. Setakat yang aku kenal, dia kira okey la. Sesuai untuk dibuat kawan. Suka membantu. Tak kedekut.”
            Ayra memberi komen dari sudut pandangan positif. Nadira memang gadis yang suka membantu. Kalau dia tak faham sesuatu, Nadiralah tempat dia bertanya. Nadira tak lokek ilmu.
            “Soal tu, aku pun setuju.”
Suhaila akur dengan sikap murah hati yang ada pada Nadira. Gadis itulah yang selalu memenuhkan peti ais di dapur dengan beraneka makanan. Siapa nak makan ambil saja. Dia tak kedekut.
“Cuma dia tu belagak sikit. Dengan pensyarah tak pernah pun dia nak tunjuk rasa hormat. Anak orang berada la katakan.”
Itu salah satu sikap Nadira yang Aisyah tidak gemar. Sukar betul untuk Nadira menunjukkan rasa hormatnya pada pensyarah apa lagi pada rakan-rakan.
            “Eh, orang tua dia kerja apa ye?”
Ayra ada dengar mengenai status Nadira yang dikategorikan sebagai orang berada. Yang memusykilkan hatinya, kalau Nadira anak orang berada, kenapa masih nak bekerja dengan kerajaan atau lebih mudah, kuli kerajaan! Otaknya ligat berfikir sambil tangan memasang krongsang di bahu kanan.
            “Bapa dia tu kan ada perniagaan sendiri. Mak dia pulak kalau tak silap aku Pegawai PPD.”
            Aisyah mencapai sebatang pen lalu diketuk-ketuk atas meja. Sejak mula berkenalan lagi, dia sudah mengajukan pelbagai pertanyaan pada Nadira. Kebetulan pula, Nadira memang suka bercerita tentang kehebatan orang tuanya. Mereka berjaya dalam bidang masing-masing.
            “Patut la. Segan pulak aku nak bertandang rumah dia.”
            Ayra menyuarakan kegusaran.
            “Dean ada. Iqa pun nak pergi juga, kan?”
            “Harap-harap jumpa Iqa kat sana.”
            Ayra berharap sangat Syafiqah akan memenuhi jemputan Nadira. Adalah teman di rumah orang kahwin nanti. Tak adalah bosan sangat sebab ada Dean dan Syafiqah. Nadira pasti tidak terlayan mereka lagi. Pasti dia sibuk.
            “Bercerita pasal Iqa ni... kau rasa, okey ke dia tu?”
            Aisyah membuka cerita baru. Suhaila meletak penyapu. Dia juga macam berminat dengan cerita baru yang akan dibuka Aisyah.
            “Okey, kenapa?”
            “Dia ada pakwe tak lagi?”
            Ayra mengangkat bahu. Dia memang tak tahu status Syafiqah, masih solo atau sudah berpunya. Di rumah sewa, dia dan Syafiqah jarang bercerita soal peribadi.
            “Cantik, lemah lembut... mesti ramai yang berkenan, kan?”
            “Entahlah. Dia tak pernah bercerita dengan aku soal tu.”
            “Kau ni, duduk serumah tu cuba la korek rahsia sikit-sikit.”
Desak Aisyah selamba. Kalau dialah yang duduk serumah dengan Syafiqah, tentu rahsia gadis tersebut sudah dikoreknya. Syafiqah ala-ala misteri. Duduk bilik seorang diri. Jarang berbual kosong atau melepak di bilik rakan-rakan lain. Sesekali berbual, sopannya mengalahkan gadis Melayu.
            “Tak minat.”
Ayra melabuhkan pungung di kerusi sambil menunggu panggilan dari Dean. Dia tak minat nak korek rahsia orang. Dia juga ada rahsia sendiri. Silap hari bulan, rahsianya pulak yang akan dikorek nanti.
            “Kau ni...”
Aisyah menggeleng kepala, agak kecewa kerana dia gagal mendapat info dari Ayra. Suhaila hanya tersenyum. Hairan Aisyah dengan sikap Ayra yang tak berminat langsung kalau diajak bergosip.
            “Pakwe Dira handsome tau!”
            Suhaila membuka cerita. Aisyah tercengang. Dia memandang Suhaila, mengharap Suhaila akan bercerita lebih lanjut.
            “Kau tau mana?”
            “Dia tunjuk gambar. Orang KL. Handsome gila wei. Dia tak tunjuk kau ke?”
            Suhaila ketawa mengekek. Tak sangka pulak Nadira hanya menunjukkan gambar teman lelakinya pada dia seorang.
            “Sampai hati dia tak tunjuk kat aku!”
            Aisyah menekan telapak tangan dengan penumbuk kanannya.
            “Kenduri ni mesti pakwe dia ada jugak. Korang tak teringin nak tengok live ke?”
            Ayra mengumpan rakan-rakan. Aisyah tentu pecah air liur kalau dapat tengok teman lelaki Nadira depan-depan.
            “Bangga gila la Dira tu bila aku melopong tengok pakwe dia. Memang handsome! Kalau kau tengok, mesti mulut kau pun melopong jugak Asiyah.”
            “Eh, kau rasa member kita tu suci tak lagi?”
            Ayra tersentak dengan pertanyaan Aisyah. Dia memandang Suhaila. Gadis iti menjongket bahu.
            “Siapa yang kau maksudkan?”
            “Diralah... siapa lagi.”
            “Eh, manalah aku tahu. Wallahualam.”
Ayra geleng kepala, malas nak ambil tahu soal itu.
            “Tengok bentuk badan dia tu, aku rasa dia dah tak ada dara lagi.”
            “Entahlah Aisyah, aku tak pulak perhati bentuk badan dia sampai begitu sekali. Lagipun, aku bukannya reti baca semua tu.”
            “Boleh nampak apa... kau tu prihatin la sikit bentuk badan wanita yang dah kahwin dan yang belum kahwin. Berbeza apa... Orang lelaki boleh cam tau wanita yang masih suci dan yang belum. Zaman sekarang kan susah nak cari gadis yang masih suci. Kalau kau buka internet tu, kau boleh tengok sendiri ramai gadis yang dah hanyut. Tambah-tambah yang dah ada boyfriend. Sanggup gadai kesucian demi nak buktikan kasih sayang.”
            Ayra tak nafikan kebenaran kata-kata Suhaila. Dunia akhir zaman. Yang belum kahwin sudah tiada harga diri, yang sudah bergelar isteri, ada juga yang masih suci....
            “Yang lelaki pun dua kali lima. Jangan salahkan kaum kita saja tau. Budak-budak remaja zaman sekarang ni kebanyakannya terpedaya dengan janji manis orang lelaki. Kenal sehari dua dah sanggup serah diri.”
            Suhaila membela kaum wanita. Ayra angguk setuju. Tak betul kalau kaum hawa saja yang dikecam.
            “Hmm... aku setuju. Lepas tu, berlakukan gejala buang bayi. Kesian betul dengan bayi-bayi yang tak berdosa ni. Senang-senang je mereka buang bayi yang tak diingini, macam buang sampah. Kesian bayi tu, mati kesejukan... ada yang mati kena bakar... ada yang mati kelemasan.”
            Ayra terbayang gambar-gambar bayi yang dibuang. Manusia apakah yang sanggup buang bayi sendiri? Tak sayangkah mereka dengan bayi yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari? Ayra menghela nafas berat. Malas untuk memikirkan yang selanjutnya.
            Isyarat penerimaan mesej kedengaran lagi. Ayra mencapai telefon bimbit di atas meja dalam debar lalu membuka peti mesej.
            ‘Dah siap belum? Aku kat bawah ni.’
            Ayra menarik nafas lega. “Aku gerak dulu.”
            “Kirim salam pada Dira.” Ujar Suhaila.
            “Jangan lupa ambil gambar pakwe Dira.”
            Sempat lagi Aisyah menyampaikan pesanan. Ayra tergelak kecil sambil menyarung kasut.

           
untuk mendapatkan novel KALUNG 

PROMO KALUNG : BAB 1


BAB 1
            Ketika kabus tebal masih menyelubungi alam, dan sang mentari belum bersedia untuk menampakkan diri, aku menjejakkan kaki pertama kali ke Kempung Jerai Tua. Irfan sentiasa di sampingku. Kami tiba dengan menaiki sebuah teksi. Tambang yang dikenakan agak mahal kerana tiada pemandu teksi yang sanggup membawa kami ke Kampung Jerai Tua. Kampung yang terletak di hujung dunia kerana bukan mudah untuk ke sini. Setelah puas memujuk dan berbincang akan jumlah tambang, barulah pemandu teksi tersebut memberi kata persetujuan. Dan akhirnya aku tahu kenapa pemandu teksi enggan menghantar aku dan Irfan ke kampung ini….
Kami ditinggalkan di tepi jalan. Sebaik sahaja teksi berlalu pergi, keadaan terus menjadi gelap gelita. Dahiku berkerut kehairanan, sambil mataku tak berkelip memandang keadaan sekeliling. Gelap! Aku tak nampak apa-apa. Pejam atau celik sama sahaja.
“Irfan?”
“Ye kak.” Terdengar suara Irfan di sebelah. Tanganku merayap menyentuh tubuh Irfan. Aku memegang erat tangan Irfan yang menggigil kesejukan dan mungkin juga ketakutan. Aku tidak dapat melihat wajah Irfan dalam kegelapan itu.
            Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Kampung Jerai Tua… pada pertengahan Januari.
“Kak Nia, betul ke ni kampung yang ibu sebut?” soalan Irfan memecah keheningan pagi.
“Agaknya.” Aku sendiri tidak pasti kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke kampung ibu. Bagaimana jika pemandu teksi telah membuat aniaya pada kami? Keresahan ini semakin menebal namun terpaksa disembunyikan dari Irfan. “Kita tunggu hari cerah. Baru kita boleh pastikan.”
“Fan takutlah kak. Kenapa tak nampak pun rumah orang?”
“Nak nampak macam mana… hari belum siang lagi. Tu kat atas sana tu ada cahaya.” Hanya cahaya dari tempat tersebut sahaja yang kelihatan. Itupun nun jauh di sana. Sukar hendak membayangkan bagaimana rupa bentuk muka bumi Kampung Jerai Tua…. Namun lebih sukar memikirkan bagaimana nanti penerimaan keluarga bapa saudaraku terhadap aku dan Irfan….
“Takkan satu je cahaya lampu kak? Takkan kampung ni ada sebuah rumah je.” Rungut Irfan. Sejak di Pekan Manggis lagi, Irfan tak berhenti merungut. Hendak mencari sebuah teksi pun bukan main susah. Bila aku beritahu destinasiku, mereka terus menggeleng. Mujurlah akhirnya aku bertemu dengan seorang pemandu teksi yang sanggup menghantar aku dan Irfan ke Kampung Jerai Tua. Perjalanan dengan teksi tersebut mengambil masa hampir dua jam. Dari Pekan Manggis, kami melalui sebuah pekan kecil sebelum sampai ke destinasi. Sakit pinggangku duduk di dalam teksi daif itu.
“Fan jangan takut. Kakak kan ada.” Aku memujuk Irfan. Ketakutan yang turut aku rasai, aku pendamkan saja di dalam hati. Sebagai seorang kakak, aku tidak harus menunjukkan apa yang kurasa di dalam hati pada seorang adik yang masih belum mengerti apa-apa.
Telefon bimbit aku keluarkan. Dengan cahaya kebiru-biruan yang malap, aku suluh kawasan sekitar. Yang ada di kiri kanan adalah semak-samun. Terdetik di hati kecilku yang pemandu teksi mungkin telah menipu aku dan Irfan memandangkan kami berdua langsung tidak tahu di mana letaknya Kampung Jerai Tua. Aku berdoa di dalam hati supaya kebimbangan aku itu tidak menjadi kenyataan.
“Dah pukul berapa sekarang kak?” soal Irfan dengan suara yang terketar-ketar.
Aku melihat jam di telefon. “Baru pukul 4.30 pagi.” Hari belum pun subuh lagi. Lambatlah hendak menanti hari cerah. Selagi kawasan tersebut belum disimbah cahaya matahari, aku tak mampu hendak bergerak walau selangkah. Bahaya mungkin sedang menanti di sekeliling. 
“Kakak hubungilah ibu segera. Bagitahu yang kita dah sampai di kampung. Suruh ibu dengan abah menyusul segera.”
Line kosong, dik.” Aku mengetuk-ngetuk Nokia 3100 di telapak tangan sambil otak ligat berfikir. Bukan keresahan ibu akan keselamatan kami berdua yang menjadi persoalan, tetapi bagaimana penerimaan bapa saudaraku nanti.
“Kita kena cari rumah Pak Long. Irfan tak tahan cuaca di sini. Sejuk…” menggigil-gigil suara Irfan. Kesejukan ini juga tak pernah kurasai di bandar mahu pun di tempat lain yang pernah ku jejaki.
“Bila hari cerah baru kita boleh cari rumah Pak Long.” Aku menepuk beg pakaianku. Irfan menyuluh dengan telefon bimbit. “Irfan duduk sini. Nanti kakak ambil tuala dalam beg Fan.” Aku tidak mahu Irfan merengek kesejukan. Tuala terpaksa dijadikan selimut.
Irfan akur. Kepalanya terlentok di atas ribaanku. Tak sampai lima minit, dengkuran kecil terus terdengar. Mengantuk benar si Irfan. Keadaan yang sunyi sepi itu membolehkan telingaku menangkap bunyi air yang sedang mengalir. Semakin lama, semakin asyik aku dibuai bunyi deruan air dan burung-burung yang berdecit. Sang mentari akhirnya menampakkan diri.
Irfan masih terlentok di ribaanku. Dia keletihan. Aku juga keletihan. Perjalanan yang bermula dari Pudu Raya mengambil masa hampir 10 jam. Namun sesaat pun aku tak mampu lelapkan mata. Aku ketakutan, keresahan dan kebimbangan.
Hari sudah cerah namun kabus masih menyelubungi alam. Aku dan Irfan berdiri betul-betul di tepi jalan tanah merah yang menghala entah ke mana. Di tepi jalan tanah merah, kelihatan dua buah kereta dan sebuah van berderet di bawah bangsal. Bangsal yang tidak sempurna binaannya. Namun tidak kelihatan rumah di kawasan berhampiran. Di sebelah belakang pula kelihatan sebatang sungai sederhana luas. Tebing sungai tersebut ditumbuhi semak-samun yang tebal. Ada jambatan kayu yang sempit merintangi sungai tersebut. 
“Kak, arah mana satu kita nak tuju? Jalan ni ke atau ikut jambatan sungai?” Irfan membuka mulut.
Aku teringat pesan ibu. Katanya, rumah Pak Long terletak di seberang sungai. Mungkin sungai inilah yang dimaksudkan ibu. Aku dan Irfan mencapai kata persetujuan untuk mengikut jalan merentasi sungai. Di seberang sana, aku tidak nampak apa-apa melainkan semak samun, pohon-pohon kelapa dan hutan tebal yang membentuk bukit. Mungkin Kampung Jerai Tua terletak nun di kaki bukit.
Ketika berdiri di atas jambatan kayu itulah, buat pertama kalinya aku melihat sebuah banglo tersergam megah nun di atas bukit. Aku yakin, arus sungai yang sedang mengalir berpunca daripada bukit tersebut. Terpaku seketika aku kerana banglo tersebut seolah-olah menyapu awan. Kedudukannya di puncak bukit juga melahirkan rasa kagum dalam hati. Lalu terus tertanam impian di dasar hati untuk menjengah banglo tersebut suatu hari nanti. Tentu indah binaannya.
Aku dan Irfan melintasi jambatan kayu tersebut dengan berhati-hati. Arus deras mengalir di bawah. Batu-batu besar dan pokok bunga raya yang sedang kembang bunganya mengindahkan sungai tersebut. Wajah Irfan tampak sedikit ceria dengan keindahan alam yang disaksikannya. Dia tersenyum memandangku. Pandanganya kemudian dialihkan semula pada sungai yang sederhana lebar itu. Kami belum pernah menjejakkan kaki ke sebuah kampung di pedalaman sebelum ini.
Aku dan Irfan kemudian memasuki denai sempit yang dilitupi semak samun kiri dan kanan. Jalan tanah merah itu kami redah. Rasa takut tak henti-henti diluahkan Irfan. Dan aku terus memainkan perananku sebagai seorang kakak yang juga pelindung bagi seorang adik. 
Ketika merentas denai, kepala penuh dengan pelbagai pertanyaan kerana sebuah rumah pun belum kelihatan. Kebimbangan ini aku simpan saja di dalam hati. Telingaku tiba-tiba menangkap bunyi enjin motosikal. Bunyi deruan enjin membuatkan hatiku sedikit tenang. Itu memberi petunjuk, ada rumah orang kampung di kawasan tersebut. Mungkin Kampung Jerai Tua terletak jauh nun di dalam hutan.
Aku segera menahan sebaik sahaja motorsikal yang ditunggangi seorang lelaki semakin hampir. Aku mahu bertanya kepada lelaki yang menunggang tersebut akan arah  rumah Pak Long, bapa saudaraku. Ibu yang memintaku mencari rumah Pak Long. Ibu hanya menyebut nama kampung tempat diamnya Pak Long, tetapi tidak diberi bayangan bagaimana rumah Pak Long atau nombor rumah.
Motosikal terus berlalu! Aku kebingungan. Adakah lelaki tersebut tidak melihat isyarat tangan yang kuberi? Atau dia dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tidak sempat untuk berhenti seketika.
“Kenapa orang tu tak berhenti kak?” Irfan turut meluahkan kehairanan.
Aku menjungkit bahu. “Sibuk agaknya.” Kami teruskan perjalanan. Sesekali kami terpaksa membuat lompatan supaya dapat mengelak denai yang becak. Hujan mungkin turun semalam menyebabkan jalan becak. Rumah-rumah kampung masih tidak kelihatan. Sedangkan aku dan Irfan sudah berpeluh. Aku tetap yakin Kampung Jerai Tua nun di dalam sana.
“Kak, tu! Rumah orang. Kita dah sampai kampung ibu.” Irfan separuh menjerit.
Akhirnya setelah berjalan tanpa henti sehingga badan berpeluh-peluh, kami menemui sebuah kedai makan.
Sedikit kelegaan mengganti keresahan. Sebuah kedai yang berdinding buluh separas pinggang terletak di sebelah kiri denai. Terdapat beberapa orang pelanggan berada di dalam kedai tersebut. Kedai yang beratap nipah. Meja pelanggan pula dibina dari papan dan buluh. Terasa seperti berada di zaman 6o-an. Gambaran kedai kopi tersebut persis dalam filem Melayu klasik yang sering ditonton di kaca tv.
Tiga orang lelaki yang berada di kedai kopi tersebut terus memandang ke arah aku dan Irfan ketika kami menghampiri kedai tersebut. Aku berdebar-debar. Pandangan mereka menakutkan aku. Tak berkelip! Tiada senyuman! Mereka melopong memandang aku dan Irfan seolah-olah kami berdua adalah makhluk asing yang baru muncul di kampung mereka.
            “Assalamualaikum,” aku memberi salam. Memberi petanda kepada mereka yang kami datang bukan dengan niat jahat.
            “Kumsalam.” Lelaki berbaju biru lusuh dan berkain pelikat menjawab salam yang tak penuh. Seperti dia tidak ikhlas. “Cari siapa?” dia menyoal lagi dengan nada sedikit tinggi. Rokok daun di bibirnya hampir terjauh.           
Tali perutku terasa terjerut. Genggaman Irfan kian erat. Mereka melayan aku dan Irfan seolah-olah kami adalah orang jahat. Atau… mereka mungkin tidak suka dengan kehadiran orang luar ke kampung mereka.
            “Er… Encik Tahir.” Tahir adalah nama sebenar Pak Long, abang kandung ibu. Aku tidak pernah melihat wajah Pak Long. Aku juga tidak pernah tahu kewujudan bapa saudara sebelah ibu. Ibu tidak pernah menceritakan tentang adik-beradiknya sehingga aku sangkakan ibu yatim piatu. Rupa-rupanya ibu masih mempunyai seorang abang lelaki. Tak sabar aku hendak bertemu dengan bapa saudaraku itu. Aku harap dia mempunyai anak perempuan yang sebaya atau hampir sebaya denganku.
            “Tahir?” dahi lelaki tersebut berkerut seribu.
Aku terus jadi resah dengan reaksi lelaki tersebut, seakan-akan dia belum pernah mendengar nama bapa saudaraku itu. Aku berdoa semoga kami tidak tersalah destinasi. Aku sudah tidak berduit lagi hendak berpatah balik kerana semua duit yang dibekalkan ibu habis untuk membayar teksi dan membeli sedikit makanan buat mengalas perut.
Lelaki berbaju biru lusuh itu memandang ke arah dua orang lagi temannya. Mereka berbisik-bisik. Aku sabar menanti jawapan. Harapanku tinggi agar lelaki tersebut mengenali bapa saudaraku itu. Masalah akan melandaku jika Pak Long sudah berpindah. Terpaksalah aku meminta bantuan mereka untuk menghantarku keluar dari tempat ini.
            “Pak Long?” lelaki itu mengajukan pertanyaan beberapa minit kemudian.
            “Ye, Pak Long.” Aku mengangguk kelegaan. Aku tidak tersalah tempat. Memang benar inilah kampung kelahiran ibu. Irfan juga mengukir senyum.
            “Kenapa cari dia? Kamu berdua ni siapa?”
            Aku segera menjelaskan pada mereka bahawa aku dan Irfan adalah anak saudara kepada Pak Long. Lelaki tersebut seperti terkejut dan tidak mempercayai kata-kataku. Mereka menjelaskan padaku yang Pak Long tiada anak saudara. Malah anak sendiri pun tiada. Aku terus dihantui perasaan was-was. Benarkah Pak Long yang dimaksudkan mereka adalah abang kandung ibu atau seseorang yang kebetulan mempunyai nama dan panggilan yang sama?
“Kamu anak siapa?” soal lelaki berbaju biru lusuh pula.
            “Roziah.” Aku menyebut nama penuh ibu dengan harapan dia mengenali ibu. 
            Mereka kelihatan terkejut apabila aku menyatakan yang aku adalah anak kepada Roziah, adik Pak Long. Mereka rancak berbual. Aku gagal menangkap topik perbualan mereka tetapi aku yakin mereka sedang berbual tentang ibu. Akhirnya salah seorang dari lelaki tersebut melahir kekesalan kerana menyangka ibu sudah tiada. Aku tidak salahkan mereka kerana seingatku, ibu tidak pernah kembali ke kampung kelahirannya. Tentulah mereka berfikiran sedemikian.
            “Kamu nak ke rumah Pak Long?”
            Akhirnya, salah seorang dari mereka menawarkan bantuan untuk menghantar aku dan Irfan ke rumah Pak Long. 
*          *          *          *          *          *
Pagi Khamis itu, buat pertama kalinya aku dapat melihat rumah tempat kelahiran ibu…. Sungguh daif sehingga membuatkan air mataku hampir menitis.
“Kak, nampak macam tak de orang tinggal kat sini je. Fan takutlah.” Irfan menyuarakan apa yang dirasainya. “Entah-entah pak cik tadi tu tipu kita….” Irfan tidak dapat menyembunyikan keresahannya. Tangannya masih erat memegang lenganku.
“Fan tak usah bimbang. Fan tunggu sini ye. Biar kakak cakap dulu dengan Pak Long.” Aku harus perkenalkan diri terlebih dahulu dan kemudian memberitahu tujuan kedatanganku dan Irfan supaya Pak Long tidak terkejut nanti.
Aku tinggalkan Irfan di bawah sepohon pokok rendang, tidak jauh dari rumah yang didakwa sebagai rumah Pak Long. Aku mahu menjelaskan sendiri tujuan kedatanganku pada Pak Long. Pada saat itu aku paling bimbang andai Pak Long menolak kehadiranku dan Irfan. Aku tidak mengenali Pak Long jadi aku tidak tahu bagaimanakah reaksi Pak Long nanti.
Aku melangkah menghampiri rumah Pak Long yang terletak beberapa meter sahaja di hadapan mataku. Sebuah rumah kecil yang berdinding kayu dan beratap zink. Bahagian anjungnya berdinding separuh. Sepanjang perjalanan ke rumah Pak Long, aku dapat melihat bentuk rumah yang hampir serupa. Sudah dapat aku bayangkan keadaan ekonomi mereka.
Ada basikal tua di bawah rumah. Basikal itu mungkin sudah tidak berfungsi lagi memandangkan najis ayam yang menjijikkan memenuhi basikal tersebut. Bau kurang enak menyusuk ke hidungku. Melihat keadaan rumah Pak Long yang uzur, aku sudah dapat meneka keadaan Pak Long yang tentunya serba kedaifan. Tiba-tiba rasa berat pulak hati ini untuk menyuarakan hasrat kedatanganku. Aku dan Irfan tentu akan membebankan Pak Long.
Di sebelah kiri rumah Pak Long, pokok kelapa tinggi menjulang. Pokok manggis, langsat, rambutan dan remia turut kelihatan. Halaman rumah kelihatan redup kerana cahaya matahari terhalang oleh daun-daun pokok. Angin bertiup lembut. Hatiku terasa tenang….
Namun rumah Pak Long sunyi dan sepi seolah-olah tidak berpenghuni. Hanya kedengaran bunyi kokokan ayam di belakang rumah. Aku memberi salam. Namun tiada yang menyambut salamku. Terdetik hatiku yang aku dan Irfan telah dipermainkan oleh lelaki di kedai makan. Irfan semakin resah. Dia memanggilku lalu mengajakku beredar dari situ segera. Takut katanya dengan rumah yang kelihatan seram dan langsung tidak berseri itu.
Lalu aku tinggikan suara sehingga ke tahap maksimum.
“Nak apa?” seorang perempuan dengan rambut mengerbang terjengul di jendela.  


Hubungi saya atau klik sini  http://store.karnadya.com.my/
untuk mendapatkan novel KALUNG
                                

Wednesday, May 8, 2013

PROMO MENJEJAK MEMORI - PROLOG & BAB 1


PROLOG

RIFQI memasukkan biji getah yang dikutip bersama Azizul dan Rahmat ke dalam balang. Mulutnya kumat-kamit mengira biji getah. 112 biji getah yang berjaya dikutipnya. Petang esok, dia akan membawa biji getahnya ke rumah Azizul. Mereka telah berjanji hendak bermain congkak bersama-sama.
            “Rifqi! Cepat mandi. Dah nak masuk waktu maghrib ni.” Terdengar laungan ibunya dari arah dapur.
            “Baik mak!” ujar Rifqi.
Rifqi segera menyimpan balang berisi biji getah di atas almari. Dia segera mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu lalu melangkah ke bilik air.
            Selesai mandi, Rifqi menyarung baju tidur. Dia ke ruang tamu lalu memasang peti televisyen. Sambil menunggu azan maghrib berkumandang dari masjid berhampiran, Rifqi menonton siri kartun kegemarannya. Menonton sambil berbaring menyebabkan Rifqi yang kepenatan akhirnya tertidur.
            “Assalamualaikum! Rifqi! Rifqi!”
            Rifqi yang sudah terlena terus terjaga apabila terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Dia bingkas bangun lalu bergerak ke jendela. Azizul dan Rahmat sedang terpacak di luar.
            “Alia dah pulang!” Azizul separuh menjerit. Terpancar kegembiraan di wajah Azizul.
            “A... Alia?!
            “Orang ramai sedang berkumpul di rumah Nek Pah. Kami nak ke sana, kau nak ikut tak?”
            Rifqi terus bersetuju. Mereka bertiga segera menuju ke rumah Nek Pah. Benarlah apa yang didakwa oleh Azizul dan Rahmat. Ramai orang berada di dalam dan di luar rumah Nek Pah. Kereta polis turut kelihatan di halaman. Rifqi, Azizul dan Rahmat terus menyelit di celah-celah orang ramai.
            Nun di atas rumah kelihatan Alia berada bersebelahan Nek Pah. Wajah Alia kelihatan sugul. Dia kelihatan sesekali membuka mulut apabila diajukan pertanyaan oleh neneknya.
            “Jadi selama ni, Alia disembunyikan oleh Pak Husin dan Mak Kiah?” soal seorang mak cik berbaju Kedah bunga-bunga kecil yang inginkan kepastian.
            “Ye... mereka dah mengaku perbuatan mereka tu. Polis dah tahan mereka sekarang. Patutlah mereka berpindah pada hari yang sama Alia hilang. Tapi kita semua sangka mereka berpindah kerana enggan duduk di kampung ni lagi. Maklumlah, harga getah menurun. Berapa sangatlah yang mereka dapat. Sudahlah sikit, kena bahagi dengan pemilik tanah lagi,” jelas mak cik berbadan agak gempal yang duduk di sebelah mak cik berbaju Kedah.
            Rifqi, Azizul dan Rahmat terus memasang telinga.
            “Dengar khabar Alia hilang ingatan. Sebab tu dia tak hubungi Nek Pah.”
            “Dia tergelincir di tepi sungai. Kepalanya terhantuk di batu lalu terus pengsan. Kebetulan Pak Husin lalu di situ. Dia terus selamatkan Alia. Mereka memang berkenan dengan sikap Alia sejak dulu lagi. Mereka juga simpati kerana kanak-kanak lain enggan berkawan dengan Alia. Lalu mereka ambil keputusan untuk menjaga Alia. Tambahan pula mereka tiada anak. Sepanjang Alia bersama mereka, dia dijaga dengan baik. Mereka juga mengubah namanya. Tapi Alia tidak dihantar ke sekolah. Pak Husin bimbang rahsia Alia terbongkar.”
            “Macam mana ingatan Alia boleh kembali semula?”
            “Ingatannya kembali secara tiba-tiba. Waktu tu Alia sedang berada di kebun Pak Husin bersendirian. Bila Alia sedar siapa dirinya, dia jadi bingung lalu terus keluar dari kebun. Dia terus menuju ke balai polis untuk meminta pertolongan,” ujar mak cik berbadan gempal yang mendapat maklumat tersebut dari mulut Alia sendiri dan anggota polis yang telah membantu Alia.
            Akhirnya misteri kehilangan Alia terbongkar juga.
            Rifqi sudah memohon maaf dari Alia kerana telah memungkiri janji. Alia mengaku yang dia sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap Rifqi dan rakan-rakan yang lain.
            Alia sudah kembali ke sekolah. Dia tidak bersendirian lagi. Rifqi, Azizul, Rahmat, Dalila, Jamilah dan semua murid tahun lima menjadi kawan baiknya.
            Rifqi tersenyum lega. Perasaan bersalahnya terus lenyap.
            “Rif! Rif! Bangun!”
            Sayup-sayup terasa namanya sedang dipanggil. Sebentar kemudian badannya pula terasa bergoncang. Gambaran wajah Alia dan rakan-rakan terus terbang satu per satu.
            Rifqi membuka mata. Dia terkulat-kulat memandang wajah ibunya.
            “Dah masuk waktu maghrib ni. Tak elok tidur waktu begini. Cepat bangun!” Puan Kamsiah membebel.
            “Hah!”
Rifqi menggenyeh biji matanya. Dia terpinga-pinga. Dia tidak berada di dalam kelas sekarang... tetapi di ruang tamu rumahnya.
“Erm... Azizul dan Rahmat ada datang sini tak sebentar tadi?”
Masih terdengar namanya dilaung kedua sahabatnya itu. Mereka datang untuk memaklumkan kepulangan Alia.
            “Tak ada sesiapapun yang datang. Mimpilah tu! Cepat bangun pergi ambil wuduk,” perintah Puan Kamsiah.
            “Tapi... erk...”
Rifqi bangun lalu duduk di atas sofa. Dia termangu di situ. Tak mungkin kepulangan Alia hanya satu mimpi!
            “Laa... kenapa duduk di situ lagi. Abah dah tunggu nak solat bersama tu.” Puan Kamsiah menggeleng-geleng kepala.
            “Mak... Alia dah dijumpai ke?”
Rifqi berharap sangat apa yang dilaluinya sebentar tadi bukannya mimpi.
            “Kenapa Rif tiba-tiba tanya soalan tu? Rif... budak Alia tu dah setahun hilang. Langsung tak ada khabar. Entah hidup entah mati. Kau bermimpi Alia ye?” duga Puan Kamsiah apabila melihat sikap Rifqi yang pelik. Bangun tidur sahaja, terus tanya tentang Alia. “Rifqi... Rifqi... kau mengigau! Itulah, tidur waktu senja lagi!”
            Rifqi meraup lemah mukanya. Mimpi yang indah. Mimpi yang membahagiakan. Mimpi yang melenyapkan perasaan bersalah. Ah, semua itu hanya mimpi! Rifqi melepaskan keluhan panjang. Dia bangun meninggalkan sofa dan menuju ke bilik air dengan muka moyok.
            Teringat dia ramalan seorang bomoh yang mengatakan Alia akan kembali semula selepas 12 tahun. Benarkah ramalan tersebut? Sebagai orang Islam, dia seharusnya tidak mempercayai ramalan. Namun, kerana terlalu mengharap, Rifqi tetap membilang hari. Diam tak diam sudah setahun berlalu...
Ini bermakna dia harus menanti 11 tahun lagi...

BAB 1

KENAPA awak terus cari saya?” Nada suaranya tinggi.
“Saya nak minta maaf. Saya tak sepatutnya memungkiri janji,” luah Rifqi bersungguh-sungguh.
Rifqi cuba mencuri tatap wajah gadis berselendang putih itu, namun gagal. Gadis itu seperti mahu menyembunyikan wajahnya. Rifqi bergerak ke hadapan dan gadis itu juga turut berpusing, sengaja melindungi wajahnya yang entah bagaimana. Cahaya purnama yang suram gagal menyuluh wajahnya yang disembunyikan di sebalik selendang putih.
“Saya dah maafkan awak. Cukuplah, jangan cari saya lagi.” Gadis itu terus berlalu meninggalkan Rifqi.
“Tunggu!”
Rifqi cuba mengejar gadis itu. Namun gadis itu yang sedang bergerak tanpa menjejakkan kakinya ke tanah itu perlahan-lahan terbang tinggi ke awan biru.
“Tunggu!!!” jerit Rifqi sekuat hati.
Dia tidak mahu kehilangan gadis itu sebelum sempat mengajukan pertanyaan apa sebenarnya yang berlaku pada gadis itu. Ke mana menghilang? Kenapa menghilang?
“Hoi!”
Terasa ada yang menepuk bahunya. Sakit! Matanya terus terbuka.
“Kau mimpi apa hah?” Iqram terjegil memandangnya. “Terhenti jantung aku, tahu tak?” Dia yang sedang khusyuk mengulang kaji pelajaran di ruang tamu, terhenti apabila terdengar jeritan dari dalam bilik utama.
“Aku... aku mimpi...” Rifqi terus bangun.
Dia meraup mukanya yang berpeluh. Mimpi itu berlegar-legar di ingatan.
“Maafkan aku.”
Jeritan suaranya telah mengganggu konsentrasi Iqram. Dan mungkin juga turut mengganggu dua lagi penghuni unit pangsapuri tersebut; Kher dan Adi.
 “Kau suruh siapa tunggu? Kuat benar kau menjerit.”
 Rifqi menggeleng. “Hanya mimpi,” luahnya.
Mimpi yang sering berulang-ulang, yang terus mengganggu kehidupannya sejak sebelas tahun yang lalu. Kadang-kadang mimpi indah dan kadang-kadang buruk. Hanya dalam mimpi dia dapat bertemu dengan seseorang yang amat dirindui perkhabarannya.
 Rifqi bangun meninggalkan katil. Air mineral di dalam botol atas meja belajar diteguknya. Dia melangkah setapak lalu menyandar di tepi tingkap. Dadanya masih berombak. Mimpi yang dilaluinya sebentar tadi membuatkan dia tidak dapat menyambung tidur semula. Gadis itu kembali ke dalam ingatannya. Gadis yang semasa zaman kanak-kanak dulu pernah menjadi sahabat baiknya. Namun hubungan mereka renggang akibat khabar angin.
Dia yang bersalah dalam hal ini kerana terburu-buru mempercayai fitnah yang disebarkan.
Huahhh... Iqram segera menutup mulut. Matanya pejam celik. “Aku ngantuklah. Tolong tutup lampu nanti.”
Iqram terus menghempas diri atas katil. Dia benar-benar mengantuk setelah belajar tanpa henti hampir tiga jam. Sebentar kemudian terdengar dengkuran yang mulanya perlahan dan kemudian semakin kuat.
Lamunan Rifqi terganggu terdengar dengkuran. Dia lantas menutup lampu dan terus melangkah ke pintu bilik. Bilik tersebut harus ditinggalkan segera bagi mencari ketenangan.
“Kau nak ke mana?” soal Iqram yang terganggu tidurnya apabila terdengar bunyi daun pintu terkuak.
“Keluar, ambil angin malam.” Rifqi terus menutup lampu.
“Dah pukul dua pagi. Kau jangan nak cari masalah. Demam kau nanti!” Iqram memberi amaran.
Kawasan Pangsapuri Serindik tempat kediaman para pelajar Kolej Indera Jaya sudah diketahui memang keras. Sejak akhir-akhir ini pelbagai kejadian ganjil menimpa penghuninya.
“Aku nak jalan-jalan. Kau jangan bimbang. Aku tak pergi jauh.”
Rifqi tidak mempedulikan amaran Iqram. Dia lalu melangkah keluar. Bilik tengah dan hujung kelihatan gelap. Kher dan Adi tentu sudah dibuai mimpi. Rifqi menutup pintu dan gril perlahan-lahan agar tidak mengganggu tidur rakan-rakannya.
Dia harus mengambil angin di luar bagi menenangkan semula perasaannya. Mimpi tersebut membuatkan dia terus dihenyak perasaan bersalah. Selama 12 tahun dia gagal melenyapkan perasaan tersebut dari danau hatinya. Ternyata perasaan tersebut telah mengganggu seluruh kehidupannya. Cuba dilupakan apa yang telah berlaku agar perasaan bersalah berkurangan, namun usahanya tidak berjaya. Peristiwa tersebut terus menghantuinya sampai sekarang.
Rifqi melangkah ke dalam lif. Lif bergerak turun ke bawah. Rifqi terus melayan perasaannya tanpa mempedulikan amaran Iqram.
Rifqi sentiasa menaruh harapan agar mendapat khabar mengenai seseorang. Seseorang yang sering menghantui kehidupannya sejak sekian lama. Seseorang yang sekarang entah di mana berada, entah hidup entah tidak. Sehingga sekarang Rifqi masih gagal melupakan kanak-kanak yang tentunya jika masih hidup sudah seusia dengannya sekarang. Perasaan bersalah terus bersemi di dalam hatinya. Kalaulah dia tidak memungkiri janji, pasti dia dan kanak-kanak itu akan menjadi sahabat baik sehingga sekarang. Rifqi benar-benar merindui persahabatannya dengan kanak-kanak itu. Andai masa boleh di undur, sudah lama dia mahu kembali ke zaman kanak-kanaknya. Dia tidak akan memungkiri janji lagi. Dia akan ke tempat yang dijanjikan untuk memungut biji getah. Jika dia menepati janji, pasti dia akan mendapat tahu apa sebenarnya yang telah menimpa kanak-kanak itu.
Puntianak? Benarkah dakwaan sesetengah penduduk kampung yang kanak-kanak itu sudah diambil ibunya? Kenapa dia sering bermimpi melihat kanak-kanak itu menjadi puntianak? Benarkah mimpinya itu? Benarkah dakwaan orang kampung? Ah, tak mungkin seorang manusia boleh bertukar menjadi puntianak secara tiba-tiba! Semua ini tak masuk akal. Rifqi tetap menyangkal pendapat sesetengah orang kampung tentang kehilangan kanak-kanak itu.
“Apa maknanya jika kita selalu mimpikan seseorang?”
Rifqi teringat perbualannya dengan Badrul, rakan yang dikenali sejak zaman persekolahan dan kini menjadi rakan sekuliah di kolej.
 “Dia ada dekat di hati kau,” selamba Badrul membalas.
 “Dan setiap kali aku mimpikannya, dia pasti akan memberitahu aku yang dia sudah memaafkan aku.”
 “Kenapa? Kau ada buat salah dengan orang tu ke? Hati-hati... mimpi selalunya berlawanan. Itu tandanya dia masih enggan memaafkan kau.”
 Itulah yang membuatkan Rifqi resah. Pendapat Badrul yang mengatakan mimpi selalunya bertentangan dengan kenyataan terus menghantui hidupnya. Jika dia sering bermimpi yang kanak-kanak itu masih hidup, mungkin itu bererti yang kanak-kanak itu sudah mati. Mati? Argh! Rifqi tidak sanggup menghadapi kenyataan itu. Pasti perasaan bersalah akan terus menghantuinya seumur hidup.
  Dia sudah jauh meninggalkan Blok D, tempat penginapan pelajar lelaki Kolej Indera Jaya. Dia terus berjalan di lereng bukit. Angin malam terus bertiup. Entah sampai bila dia akan hidup dalam keadaan yang tidak tenang. Kerana peristiwa tersebut, seluruh kehidupannya terganggu. Sebaik sahaja tamat UPSR, keluarganya terus berpindah ke Kuala Kangsar. Bapanya ditugaskan di sebuah sekolah di daerah tersebut sebelum dinaikkan pangkat dan bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah. Namun sejak empat tahun lalu, ayahnya memulakan tugas di Kementerian Pelajaran, Putrajaya. Walau ke mana keluarganya berpindah, peristiwa tersebut terus mengekorinya. Itulah masalahnya. Memori lalu tidak akan lenyap seiring dengan perpindahannya.
Rifqi mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sebaik mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Melonjak gembira Rifqi dan berharap dengan pemergiannya ke luar negara, dia akan dapat melupakan kenangan pahit itu. Dugaannya salah. Dia terus-terusan dihantui perasaan bersalah. Setelah dua tahun di Kanada, Rifqi terus mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dan menyambung pelajarannya di sini. Rifqi juga sudah nekad hendak kembali ke kampung tersebut bagi mendapat khabar tentang seseorang.
12 tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorang bomoh masih lekat di ingatannya... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas 12 tahun. Sekembalinya dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorang yang mempunyai kuasa sakti dan hidup dalam kemewahan. Satu ramalan yang sukar untuk dipercayai tetapi tetap ditunggu.
Langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu. Dia memasang telinga. Matanya liar mencari arah tangisan yang kedengaran itu. Tiada! Bulu romanya menegak. Menurut Iqram, jika bulu roma menegak, itu tandanya ada ‘sesuatu’ di kawasan tersebut. Sejak hari pertama dia mendaftar diri di asrama kolej, Iqram terus memberi amaran kepadanya supaya jangan bersendirian di tengah malam. Pelbagai peristiwa pelik dialami penghuni asrama lelaki dan perempuan.
 Ada warga yang pernah nampak seorang perempuan berjalan seorang diri sekitar jam 1.00 hingga 3.00 pagi. Rambutnya panjang mengurai. Sesiapa yang terserempak, pasti akan jatuh sakit.
 Tangisan itu terus kedengaran. Persis milik seorang gadis yang sedang meratap kekecewaan.
Tanpa membuang masa, Rifqi terus berpatah balik! Dia tidak mahu mencari nahas.



 Beli di sini untuk membaca cerita sepenuhnya boleh hubungi saya atau klik


SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...