Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2007

Cover Kalung Sudah Muncul!

Akhirnya...muncul juga cover yang dinanti2kan... Hmm, memang cantik cover ni, terima kasih banyak2 buat warga KD. Simbol/gambar yg terdapat pada cover ni ada maksud yang tersendiri. Kalung - tentu anda perasan ada lorekan berbentuk seperti sebuah kediaman di dalam loket kalung tersebut. Itulah banglo di atas bukit. Bukit hijau - Nampak bukit hijau ni diselimuti kabus, menunjukkan kawasan ini sejuk udaranya. Di atas bukit ini jugalah, letaknya sebuah banglo yang didiami oleh seseorang. Siapa orangnya, kenalah baca. Dan dari banglo atas bukit tersebut, boleh lihat seluruh pemandangan kampung Jerai Tua... Perempuan berkerudung putih - Agaknya inilah Nia. Sebenarnya saya tak pernah memberi gambaran bagaimana rupa Nia. Terima kasih KD krn telah melakarkan wajah Nia. Ada iras2 wajah gadis Korea, China, Jepun, Indon...namun yg pasti Nia berdarah campuran.

Bunga

Terima kasih pada OD yg telah mengetag aku....

Bunga? Aku tahu apa itu bunga... tapi aku tak expert langsung bab2 bunga ni...mak aku ada tanam beberapa spesis bunga... macam-macam...petang2 kalau mak keluar, dia akan pesan minta siram...memandangkan menanam bunga bukan hobiku, so aku selalu terlupa...
Bunga harum sundal malam...tentu korang semua tau pasal bunga ni yg glemer bila terbitnya filem pontianak tu. Kat kampung aku, tak dipanggil harum sundal malam tapi harum sedap malam..kan sedap nama tu. Ada serumpun pokok harum sedap malam dekat sebelah dapur. Bunganya kekuningan putih cam lalang je sekali nampak..tapi baunya, fuh, sekampung boleh hidu! (nak tengok gambar bunga ni, klik kat foto kenangan)Time bunganya berkembang, maka harumlah rumah aku dengan bau bunga sedap malam ni. Kekadang gerun juga dek pengaruh filem pontianak tu terutama bila dok sorang2 sambil menaip...tetiba terhidu bau bunga ni, terus le cabut!!!

Ini ada puisi express ttg bunga...
Bunga
Bunga hidup untuk menceriaka…

Kalung...novel sulung bersama KarnaDya...

Novel Remaja/Dewasa (KarnaDya Thriller):
Kalung - Zahida Zarkasi

Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...

Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila.
Gilakah aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?
Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti?
Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?

Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Sedangkan dia makin menjauh...
Tanpa sebarang berita...
Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung...
Hadiah pemberiannya....


Inilah sinopsis kalung... novel pertama saya bersama KarnaDya dan novel ke3 secara peribadi selepas novel Mawar Cinta dan Kembara Cinta. Kalau korang perasan, terdapat banyak soalan dalam sinopsis ni kan. So kalau korang semua nak dapatkan jawapan, kenalah beli kalung.
K…

Pudarnya Pesona Cleopatra

Hari Khamis lepas, kawan2 ajak keluar lepas kuliah. Mulanya aku menolak krn aku memang tak suka keluar. Kalau ada masa terluang, aku lebih suka melayan perasaan atau mengadap laptop. Tapi kawan2 mendesak juga krn sepanjang aku berada di maktab, hanya sekali saja aku keluar dgn mrk. Itupun krn aku ada barang nak beli kat Giant. Akhirnya aku bersetuju dgn bersyarat. Syaratnya aku hanya mahu jadi penonton sahaja. Kawan2 sebenarnya ajak main boling. Mrk nak adakan pertandingan dgn kwn2 sekelas.

Selepas kuliah, aku bersama 5 rakanku berkongsi kereta menuju ke Kinta City. Sementara menunggu kawan2 sekelas yg lain dtg, merayaplah kami dulu. Si As and Ida nak beli stoking. Su, Jun n Ros pula nak cari ATM. Aku pun ikut je la dia orang. Tiba2 ternampak kedai buku MPH dan Popular. Hati mula melonjak hendak singgah. Aku dlm dilema. Kalau aku singgah, maunya berejam di situ membelek buku, alat tulis n novel. Otak ku mula ligat berfikir.

Setelah masing2 siap dgn urusan masing2, kami pun ke tingkat …

Cikgu/Penulis...Adakah Ini Cita2ku?

Terkenang zaman persekolahan...setiap tahun kena bgth cikgu dr thn 1-6, akan cita2 bila besar nanti. Waktu tu aku tak ada matlamat pun...terus je taruk apa2 keje yg bunyinya hebat2 sikit. Cikgu nak isi dalam kad 001 (kalau tak silap...warna hijau).

Kalau aku bercita2 nak jadi penulis, seharusnya aku melangkah ke aliran sastera bg mendalami ilmu kesusteraan. Tapi aku tlh dimasukkan ke aliran sains...belajarlah aku Bio, Kimia & Fizik. Waktu tu minat giler dgn dunia astronomi, so aku jd pelanggan setia majalah Kosmik (entah masih keluar atau tak majalah ni). Tapi minat menulis tu dah mula lahir. Umur 16 tahun aku cuba2 tulis cerpen. Aku guna mesin taip kakak sulungku. Tajuk cerpen pertama RIMBA BEBANAN (tajuk lagu) coz lagu dr kump. Medicine tu tgh popular. Saje je aku taruk tajuk tu. Kalau diikutkan mmg tak ada kaitan pun dgn jalan cerita cerpen pertama aku tu. Heronya nama Shezevell dan heroin Esmishell...nama yg tak pernah wujud pun di alam nyata. Org putih, cina, latin, melayu tak…