Posts

Showing posts from August, 2009

Makmal Komputer SKUR

Jam 7 pagi bertolak ke Kuala Kangsar. 2 jam kemudian sampai di sini. Beberapa minit kemudian terus masuk makmal komputer. Yer la, dah tak tau nak buat apa, so lepak kat makmal. Boleh la godek2 internet..hehe...
Walaupun jauh, demi tugas terpaksa datang jugak..huhu...

Salam Ramadhan

Image

Hadiah

Image
Minggu lepas aku menghadiahkan 5 buah novelku dan 1 nopen (Biarlahku Sendiri) pada library sekolahku. Sebenarnya dah lama nak hadiahkan hasil karyaku, tapi segan la pulak. Bila Guru Besar sebut yang dia tengah mencari novel2 aku masa beri ucapan di perhimpuanan pagi, baru rasa tak malu sikit. Tu pun berbulan juga la masa aku ambil untuk hadiahkan pada library sekolah. Bila kawan aku ambil alih jadi guru PS baru la aku berani nak serahkan novel. Kiranya nak buat senyap2 la. Tup tup PK HEM nampak. So dia minta turun tandatangan. Pastu kena serah sendiri kat GB, supaya GB tahu katanya. Mak ai... malu aku dibuatnya. Yer la, karya ku biasa2 saja. So aku beranikan diri jugak serahkan pada GB. Dia ada cakap sesuatu :)

Mencari Ilham di Teluk Batik

Image
Hehe...ye la tu. Bukan mencari ilham, tapi mencari penyakit! Terlupa yang virus H1N1 sedang menyerang. Pergi dengan adik kat Sri Iskandar. Dari rumahnya lebih kurang 45min jer ke Teluk Batik. Seronok mengambil gambar, mandi laut dan menghabiskan duit! Sempat la beli souvenir dan sehelai t-shirt kenang-kenangan. Walaupun dilanda H1N1, namun pengunjung tetap ramai.

Sebalik Senyuman - Dah Jumpa

Image
Alhamdulillah, setelah berbulan2 mencari dan hampir2 hilang dari lipatan sejarah, akhirnya aku temui juga citer Sebalik Senyuman 1 ni. Citer ni aku karang tahun 2002. Terdapat empat episode ~ Sebalik Senyuman 1 hingga 4. Semuanya pendek2 jer... sepanjang buku latihan budak sekolah. Yang 2-4 tu memang ada. Yang 1 tu yang hilang. Tu yang tak boleh nak karang & panjangkan citer ni hingga menjadi novel macam citer2 karanganku yg lain. Jenuh menyelongkar tak jumpa-jumpa. Semalam, terasa nak tarik satu beg tu yang dah lama tak digunakan. Ingatkan kosong, rupa-rupanya berisi. Berisi harta yang paling aku sayang, iaitu salah satu koleksi cerita yang aku karang~ citer yang ke 43. Bolehlah aku mula karang manuskrip. Tambah apa yang patut, ubah apa yang sesuai. Yang pasti ada unsur cinta dan misteri. Aku dah jatuh hati dgn citer2 yang sebegini.

Mencari Ilham?

Image
Sabtu lepas aku ke Penang with my sis. Pergi mencari ilham ke? Taklah..hehe.. mencari kain. Kami ke bazaar. Beli tudung. Bila tengok macam2 jenis tudung dgn harga yang murah, rabun mata pulak. Tak sempat jalan mana coz hujan. Ingat nak singgah padang kota, makan pasembur tapi cuaca tak mengizinkan.