Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Selamat Tinggal 2016

Sob...sob... sedih pulak 2016 tinggal beberapa jam saja lagi untuk ditinggalkan. Rasa baru jer masuk 2016, tup tup esok dah masuk 2017. Haih, cepatnya masa berlalu. Tak terkejar.

Banyak kenangan indah tercatat tahun ni. Antaranya;
1. Pertama kali sambut birthday Umar (jemput org luar selain dr warga FZ) yg ke tiga tahun.
2. Balik Sandakan Mac lalu.
3. Cuti-cuti ke Vietnam Jun lalu
4. Ke Melaka rombongan prasekolah Oktober
5. Pertama kali naik kapal mewah - Star Cruise Libra Dec baru ni
6. Pertama kali naik ETS dr Seremban ke Kuala Kangsar _ Dec
7. Bawa Umar ke Zoo Taiping (walaupun dia dah tak berapa minat hehe)
8. Tukar kuda baru (walaupun sebenarnya tambah hutang) - September
9. Mula simpan stok tudung sendiri (sebelum ni dropship jer) - Jun
10. Terbit novel ke 7 setelah 4 tahun ~ PARUT~ bulan Disember

Alhamdulillah...syukur ke atas Ilahi atas segala nikmat yang diberi.

p/a : Yg pahit pun banyak jugak tapi biarlah tersimpan di hati.

Langkawi : 3 Hari 2 Malam

Tarikh :
22 - 24 Dec 2015

Penginapan :
Mali Best, Pantai Cenang
Standard Room : RM190 semalam

Pengangkutan:
Serena dan Innova
RM200 sehari  per kereta

Catatan:

Rombongan Familia Zarkasi kali ini memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Sepeti selalu, akulah jadi pengurus. Dari urusanpenginapan, pengangkutan dan semuanyalah. Kami seramai 20 orang termasuk mommy join the trip. Kami sampai awal di jeti Kuala Perlis. Sempat makan laksa. Masa tu punya la ramai orang kat jeti. Aku dah book ticket online.

Bila feri sampai, kami terawal masuk feri. Lama lagi tunggu feri nak jalan. My son bukannya suka tunggu lama2. Puas la dok memujuk. BTW TV dalam feri tak sesuai tayang filem yg dedah sana dedah sini pelakon mat saleh.

Sampai saja kat pulau, telefon Lenovo aku hang! Seksanya nak hubungi penyedia pengangkutan. Lama jugak tersadai sebelum berjaya ambik kereta kat depan jeti.

Dengan bantuan waze, kami ke Pantai Cenang. Teruja bila check in bilik sbb bangunan baru. So semua baru ka…

ETS - SEREMBAN KE KUALA KANGSAR

Semalam, 21/12/2016, kami seramai 7 orang yang terdiri dari sorang warga emas, sorang kanak2 3 thn dan 5 dewasa telah menaiki ETS dari Seremban ke Kuala Kangsar. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Bermula tepat jam 4.00 ptg, train dari Gemas sampi ke stesen Seremban. Kami ditempatkan di Koc C. So kena tunggu di paltform no 2. . Ingat train ETS akan terus ke KL Central dan ke Ipoh. Rupanya banyak jugak hentian. Lepas Seremban, berhenti sekejap di Nilai, Kajang, Bandar Tasik Selatan sebelum ke KL Sentral. Lepas tu baru ETS laju mencecah 164km/jam terus ke stesen Tanjung Malim. Singgah di Tapah Road, terus ke Kampar - Batu Gajah - Ipoh dan akhirnya ke Kuala Kangsar, my destination sebelum ke Taiping dan last destination Butterworth. Lebih kurang jam 8.10 malam kami tiba di stesen keretapi Kuala Kangsar. . Tambang dewasa RM53. Tambang warga emas dan kanak-kanak pula RM31. Kami ditempatkan di koc C. Tempat duduk selesa. Luas berbanding Air Asia. Hehe... Ada meja lipat. Ada tempat gantung pl…

PARUT BY ZAHIDA ZARKASI

Salam buat pengunjung blog catatan zz yang masih setia (haha perasan jap...rasa2nya aku sorang je yg jengah blog ku ini). Btw, aku baru tengok 5 popular post blog aku, Parut termasuk. Bulan Julai hari tu aku ada masukkan sedikit sedutan. Kiranya ada la yang berminat, google cari novel aku. Perasan lagi.

Okey, nak cerita pasal Parut (entah kenapa aku segan nak tulis pasal karya aku kat fb mahupun fan page atau insta). Tapi kat blog feel lain.

Apa yang korang mungkin nak tahu pasa novel ke 7 aku ni :

1. Mula karang hujung 2013 (selepas kelahiran novel Mak Datin Isteri Cikgu setahun kemudian)

2. Novel pertama aku karang lepas bergelar mommy.

3. Siap awal 2015.

4. Pernah dihantar ke sebuah penerbitan, tapi lepas setahun no respons

5. Lepas hantar, baru dapat ramalan dari Prolog Media (PM)

6. Terus karang cerita baru ingat nak bagi PM. Cadang nak siapkan sebelum berakhir 2015. Tapi like always, si pemalas ni tak siap2kan jugak.

7. Lepas setahun no feedback, tarik balik manuskrip dan hantar…

3 Hari 2 Malam di Ho Chi Minh, Vietnam

Salam Syaaban... Last syaaban today. Tomorrow RAmadhan 1437H. Selamat berpuasa buat seluruh Islam di dunia.

Alhamdulillah, selesai sudah trip familia zarkasi ke Vietnam. Trip kali ni disertai sebahagian warga FZ krn masalah kesihatan dan tugas. Seramai 13 org join kali ni. 11 dewasa dan 1 kanak2 12 tahun plus 1 kanak2 3 tahun.

Urusan booking tiket dan tempahan pakej akulah yg uruskan seperti selalu. Seawal Dec 2015 aku dah tempah flight Air Asia. Bila ada promosi harga murah terus aku book. Kali ni tiket paling murah aku dpt RM69 pergi dan RM139 balik. Campur makan dan bagasi jadi RM2++ utk sekepala.

Kami bertolak 31Mei jam 7.05 am dan balik 1.25 pm 2 Jun 2016. Malam nak bertolak kami tidur kat KLIA 2. Jadi gelandangan. 4.30 kami check in. Solat Subuh di surau KLIA2. Ya ampun, jauh betul nak sampai kat ruang menunggu. Apasal la bina bangunan mcm tu. Ramai org berkejaran kat sana takut terlepas flight.

Setiba di Airport, kami disambut tourist guide yg boleh berbahasa melayu tapi taklah…

PERCUTIAN ATAS KAPAL - STAR CRUISE LIBRA

Alkisahnya, 1-2 Dec yg lalu, weolls FZ telah menghabiskan cuti 2h 1m atas kapal mewar Star Cruise Libra.
Dah lama plan nak ke sini, dalam 2 tahun lepas. asyik tergendala sebab ada yang nak pakej ke Krabi Phuket dan ada yang nak try semalam jer.
Akhirnya kami pakat pilih untuk rasa pengalaman semalam bermalam di atas kapal tengah laut. Sebulan sebelum (atau lebih, aku pun dah tak ingat), iolls pun survey2 la harga dan blog pengalaman mereka yang pernah ambil pakej ni.
Ada dua cara booking : online terus ke website star cruise atau by agen.
Aku try book utk my fmly tiga beranak dulu. Alhamdulillah, 3 orang RM770 (tak masuk cukai atas kapal RM50 sekepala). RM770 tu untuk 2 dewasa dan 1 kanak2 3 tahun. Pakej termasuk makan, kabin inside room (tak der tingkap).
Acu nak book untuk warga FZ yg lain, katanya dah penuh. Gabra aku dibuatnya. Biasa bercuti ramai2. Ni takkan kami 3 beranak jer?
Aku pun try contact agen. Katanya masih ada kekosongan. Tapi harganya lebih mahal RM50/kepala. Terpaksa…