Friday, December 5, 2014

Coretan KLIA2... Sandakan dan Sepilok.

Bukan bercuti...balik kg suami. Suami org sana. Balik 25 nov hingga 3 dec. 9 hari di sana. Suami dok jauh so setahun sekali je balik. Huhu... Tambang agak mahal. Masa pergi RM199. Masa balik RM257. Plus luggage, makan, seat...semuanya RM1352.

Masa booking tersilap isi tarikh lahir suami. Risau jugak. Masa nak check in weolls betulkan masa tu. Flight jam 12.45. Ini first time naik kat KLIA2. Risau jugak sbb tak biasa. Kalau kat LCCT mmg dah tau. Wow..KLIA2 lbh luas 4x dr  LCCT.  Tak payah risau sbb papan tanda byk. Check in kat mana2 kaunter pun boleh. Lepas tu masuk ke ruabgan J dan K utk penerbangan domestik.

Mak ai....jauhnya nak ke J7. Sudahlah my son terlebih aktif.  Jenuh dok kawal si Umar. Kat ruang berlepas ni jauh lbh selesa dr kat LCCT. Surau banyak. Tandas banyak. Tempat tukar lampin baby pun byk. Selesa sgt.

Kali ni aku try booking free seat Air Asia sbb aku terpaksa riba si Umar yg belum cecah 2 thn. Bdnnya agak panjang so agak tak selesa wpun duduk kat depan sekali... 1E dan 1F. Free seat ni kelebihannya selain tempat yg agak luas kami jugak boleh naik dulu...beratur kat depan.  Aku dok sebelah tingkap. My son ni kalau dlm air cond lenanya je dia. So lega sikit tak payah kawal. Cuma aku x boleh nak gerak ke mana. Riba dia jer.

Jam 4.15 sampai. Mentua dok Taman Sejati....tak sampai 5 minit dr airport. Airport Sandakan pun dah siap renovation.

Hari Ahad weolls jalan2 ke Sepilok iaitu tempat pemulihan orang utan. Tiket RM2 bawah 17 thn dan RM5 utk dewasa. Kami masuk jam 9 pagi. So terus ke nursery tgk anak2 org utan. Jam 10 tgk org utan diberi makan. Tak byk org utan yg keluar makan. 3 ekor je. Mak yg kendong anak dan seekor org utan sederhana besar. Pelangcong luar negara ramai  kat  sini.  Dan ada jugak org putih yg urus org utan kat situ. Kedai souvenir ada kat luar. Agak mahal. Pusat pameran dan tayangan video pun ada di luar.

Hari Rabu bertolak balik. Kakak ipar and her family hantar weolls ke airport.  Luggage aku book  20kg. Masa check in terlebih berat. 24kg. Masa panjang lg so pekerja situ suruh kurangkan 4kg kalau tdk kena caj RM75.00.  Mak ai...mahal siot. Mujur kami dpt kurangkan 4kg. Yg  lebih tu kami bawak naik ke kabin. Kami beli beg biasa RM5 yg ada jual kat airport.

Sampai KLIA jam 7.00 ptg. Jauh jugak nak menapak ambik bagasi. Lepas tu kami ikut papan tanda menuju ke teksi. Ada kaunter teksi guna sistem kupon. Kami cakap nak ke Senawang. Dia tanya brp org. 2 dewasa 1 baby. Dia tgk bagasi....kemudian dia bagitau jumlah.  RM101.60. Mahal. Kerna terpaksa kami ambik jugak. Masa pergi dulu RM70 je.

Itulah serba sikit kisah weolls balik kg...

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...