Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Perlukah Diterbitkan Semula?

Sudah dua tahun aku gagal menyiapkan manuskrip dewasa :-( Malas... itulah penyebab utama. Entah bila aku akan bersemangat kembali seperti dulu-dulu. Hari-hari mesti menaip karang cerita. Tapi sekarang semangat singgah seketika saja. Kemudian malas kembali mengambil tempat. Kali terakhir novel aku terbit Julai 2009 ~ Menjejak Memori ~ yang aku siap karang pada tahun 2008. Dalam tempoh 2008-2010 aku hanya sempat menyiapkan sebuah novel kanak-kanak saja ~ Siapa Nombor Satu?~ Hmm...teruknya...

Ada rakan mencadangkan supaya KEMBARA CINTA & MAWAR CINTA diterbitkan semula. Bagus juga idea tu. Tapi, sudi ke penerbit lain nak terbitkan cerita yang diterbitkan 2005 & 2006? Tapi, takkan nak biarkan novel tu terperap saja, kan? Aku kena kemaskini sikit jalan cerita sesuai dengan keadaan semasa. Mawar Cinta adalah novel pertamaku dan Kembara Cinta pula adalah novel kedua. Kedua-duanya aku suka.

Terbitkan semua? Cubalah. Kalau tak cuba, tak tahu. Jadi aku kena cuba.

Tahun Baru, Tugas Baru

Jawatan &  tugas tahun 2011 :

1. AJK Kajian & Tindakan
2. AJK Transisi Tahun 1
3. Setiausaha Prasekolah
4. Setiausaha Penghayatan Hari Kebangsaan
5. AJK Sambutan Maal Hijrah
6. Setiausaha Hari Anugerah
7. AJK Pengurusan Tahap 1
8. AJK Panitia Pend Jasmani & Pend Kesihatan
9. Setiausaha Penitia Pend Seni & Muzik
10. AJK Bimbingan Kaunseling & Kebajikan Murid
11. AJK 3K Sekolah
12. AJK Pend. Pencegahan Dadah
13. Setiausaha Kokurikulum
14. Pen. Setiusaha Pembangunan Sukan Sekolah
15. Setiausaha Kelab Permainan
16. Guru Penasihat PBSM

Al Kisah - Surat Denda

Semalam balik dari sekolah terus aku ke Mesra.Net tempah pakaian sukan dan uniform budak-budak prasekolah. Siap urusan aku pun balik rumah. Tengok dalam peti, ada sekeping surat. Surat dari pejabat pos. Surat pemberitahuan agar aku ke pejabat pos untuk mengambil surat denda (?) Dalam hati tertanya-tanya surat denda apa pulak yang aku dapat ni? Surat saman. Dah la hujung tahun lepas aku baru jer bayar saman sebab pandu laju (sebenarnya tak der la laju sangat...90km/j jer aku drive). Ingat nak pergi pej.pos esok saja sebab aku dah keletihan. Tapi kepala otak ni asyik fikir pasal surat denda tu. Kalau dibiarkan malam karang sure aku tak boleh tidur. Jadi aku pun bergegas ke pejabat pos.
Sampai di pejabat pos, aku tengok kaunter mel dah tutup. Ada seorang posmen kat situ lalu aku terus tunjuk surat. Dia minta aku berjumpa dengan salah seorang pekerja di situ. Hati berdebar2, tak sabar nak tau surat denda apa yg aku dapat. Rupa-rupanya aku kena denda sebab dapat surat dari pengirim yang l…

Salam Tahun Baru

2011????
Inilah hakikatnya. 2010 sudah pun melabuh tirai :-( Suka duka telah dilalui. Alhamdulillah segalanya berjaya ditempuhi. Penghujung 2010 membawa seribu makna dalam kehidupanku.

Azam? Mana boleh kalau tak berazam tiap kali masuk tahun baru. Cuma kali ni nak ubah sikit. nak buat azam untuk awal tahun, pertengahan tahun dan hujung tahun. Kalau buat sepanjang tahun, asyik tak menjadi jer. Maklum la dalam kepala otak dah set 'masa masih panjang'. Huhu... sudahnya sampai hujung tahun 1/3 jer azam yang berjaya dicapai.

Awal tahun 2011 ni aku semakin sibuk. Sebagai seorang pendidik, awal tahun memang banyak kerja yang perlu disiapkan. Nak urus baju sukan dan baju uniform budak, pendaftaran, kutipan wang tambahan, penyediaan kelengkapan pembelajaran, hari sukan dan macam-macam lagi. Kena buat senarai semak agar tak terlupa.

Sebagai seorang penulis pulak, aku kena siapkan juga dalam tempoh 3 bulan ni sebuah manuskrip dewasa utk dihantar ke sebuah penerbitan yang dah call aku dua…