Saturday, March 31, 2012

1001 Juta Cerita Tentang Blog

Hari ni genaplah usia blog JOURNAL OF MY LIFE enam tahun. Happy birthday my blog :) Jom imbas memori blog... Aku mula buka blog ni pada 31 Mac 2006. Sebelum tu aku pernah buka blog tapi ada masalah so aku tutup dan bukak yang ni dengan nama asal DUNIA SENIKU. Tahun 2006 tu tak ramai lagi bloggers. Aku pun masa tu tak tau sangat pasal blog ni. Nak daftar pun tak reti. Mujurlah Majalah PC keluaran bulan berapa aku tak pasti ajar step by step cara untuk buka blog. Aku memang melanggan majalah PC waktu tu. 

Pada mulanya aku buka blog untuk promosi novel pertamaku MAWAR CINTA (Tanne Hadihaz) yang diterbitkan pada tahun 2005. Kemudian aku ada buka blog lain untuk letak pic saja... ada jugak blog untuk letak semua hasil karyaku yang belum diterbitkan... Gila bloglah katakan. Ramai jugak kenalan sejak wujudnya blog. 

Macam-macamlah aku buat dengan blog aku ni. Hias sana sini. Letak lagu buang lagu. Letak jam buang jam. Background pun asik bertukar jer begitu juga dengan jenis font. 

Setakat ni, statistik menunjukkan catatan yang paling banyak dipapar pengunjung ialah 25 Cerpen Best Remaja sebanyak 353 paparan halaman. Sumber trafik pula daripada geng kicap review . Pengunjung paling ramai datangnya dari Malaysia diikuti Amerika Syarikat dan Indonesia. Selain tu ada jugak pengunjung dari Korea Selatan, Jerman, Belanda, Rusia, Singapura, Jepun dan Brunei. Tahun 2008, aku paling aktif berblog. Sebanyak 93 catatan yang aku masukkan, diikut tahun 2009 (64) dan 2007 (60). Tahun paling malas update blog ialah tahun 2011. Aku harap tahun ni aku dapat pecah rekod paling banyak update n3.

Inilah catatan pertamaku :

Memandangkan blog asal http://tannehadihaz.blogspot.com ada masalah sikit, jadi saya buka blog ni pula.

Terdapat 1 ulasan  untuk catatan ni : 

AnonymousAnonymous said...
u ada bakat, i cadangkan u abik kursus penulisan secara formal. USM or ASM (seni kreatif. i dah baca 2 novel u, u boleh menggapai bintang....
 
--sehingga sekarang aku tak dapat kesan siapa pengirim ulasan tersebut--dan sehingga sekarang aku belum pernah ambik kursus penulisan secara formal..hukhuk..

Ini pulak gambar pertama yang aku upload ke blog ni.
 

Gambar ni aku snap dari jendela rumah kat kampung sekitar jam 7.00 pagi melalui camera digital pertamaku Grand Vision. Ada ulasan daripada seorang penulis bernama Nor Rafishah Md Hassan yang menjadi rakan penulis pertama yang menghulurkan salam perkenalan.

1002 Juta tentang blog.. sesiapa yang belum ada blog tu, jom sama2 kita berblog.

Thursday, March 29, 2012

Demam Telenovela

 Bienvenidos a mi blog :)

Gila dengan telenovela!!! Sejak Astro wujudkan siaran baru 133 -- Astro Bella -- aku dah tak boleh tinggal lagi untuk terus mengikuti telenovela yang disiarkan. Dah lama aku tak ikuti telenovela. Dah lebih 5 tahun! Aku mula jatuh hati dengan telenovela No One But You. Masa tu aku sekolah rendah lagi. Jalan cerita dah tak ingat. Yang aku ingat, rumah agam tepi pantai yang lawa sangat. 

Penghujung 1990-an, telenovela Maria Marcedes mula ditayangkan di NTV7 kalau tak silap aku. Lakonan Thalia. Sejak Maria Marcedes, banyak la telenovela Amerika Latin mula ditayangkan di kaca television. Antara yang aku ikuti -- Por Tu Amor, Mistres Hermanas, Betty La Fea, Luna, Elena Y Sebastian dan banyak lagi la yang aku dah lupa tajuk. Paling melekat di hati tentunya telenovela Mistres Hermanas dan Betty La Fea. Tak boleh miss walau  episod. Setiap episod aku salin dalam buku. Gila betul! Telenovela dari Filifina yang aku ikuti pulak citer Pangako Sayo dan ??? lupa pulak tajuk. Hero & heroin yang sama. 

Dan sekarang minat ikuti telenovela kembali lagi. Dua citer yang aku ikuti ialah Emperatriz (Mexico) dan Fish Port Princess (Filipina). Hari-hari wajib tengok. Kalau tak sempat tengok, boleh ikuti hari minggu. Kan best. Taklah terlepas episod :) 

 Lakonan Gabriela Spanic (heroin Por Tu Amor & La Usurpadora)

Lakonan Kristine Hermosa (heroin Pangako Sayo)

gracias por querer leer mi blog .. vendré otra vez

Sunday, March 25, 2012

Dekorasi Inggeris & Decoupage

Salam buat pengunjung blog...

Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir2 jugak camner nak hias rumah baru tu biar jadi rumahku syurgaku. Kalau rumah cantik, tentu hati akan tenang. Nak buat kerja pun bersemangat jer. Jadi, sebelum dapat masuk rumah, aku pun survey la kat internet, cara nak hias rumah. Dan terjumpalah aku dengan blog yang mengkhusus kepada dekorasi inggeris. Hatiku pun terjatuh la kat idea menghias rumah ala-ala inggeris ni. Biar ada tema, baru la beli barang hiasan ada guideline.  Tak ada la nak membeli ikut suka jer. Lagipun, banyak gak la barang dalam rumah sewa aku ni yang dah english style. Karang nak tambah lagi dgn pelapik meja makan, meja kopi, sarung kusyen, langsir dll yg bertemakan english style.Aku beli la sikit2 bukan sekali gus. Mana ada pitih mau beli banyak2. 

Selain tu, barang2 yang dah sedia ada pun boleh dienglish style kan jugak. Macam perabot kayu tu boleh la disalin bajunya (cat semua ) Pinggan mangkuk & hiasan pun boleh tukar jadi english style dengan cara decoupage - iaitu seni gunting dan tampal. Aku dah tgk kat internet, macam best jer. Dah tak sabar nak buat pada tin susu, tin biskut, pasu, pinggan, senduk dll. 

So, hobi aku yang lain seperti menulis dan bermain CV games, kenalah stop kejap. Beri laluan pada hobi baru pulak. Hehehehehehe...sukanya aku.... jgn sekerat jalan dah la :(


idea kat bilik tidur

inspirasi ruang tamu

gambar2 di atas sbg guideline je..bukan nak buat sebijik mcm tu pun...bajet tak cukup.. sebelum aku menggapai impian rumah idaman - home sweet home / ZZAA Cottage - biarlah aku hias rumah aku ni dulu (blog)...make up english style sikit..hihi

Friday, March 23, 2012

2 Malam 3 Hari di Pulau Perhentian Besar

Salam buat pengunjung blog "Journal Of My Life"

Cuti pertengahan semester 1 dah pun berlalu. Seminggu bercuti tapi rasa kejap jer. Seperti biasa, setiap kali cuti mesti jalan-jalan. Hujung tahun lepas me & my family ke Kuching. Last week pulak, kami ke Pulau Perhentian Besar, Terengganu. Rancangan percutian sudah dirancang sejak dua bulan lalu. Info2 tentang tempat percutian diambil dari internet. Kami pilih Pulau Perhentian sebab... tak tau, memang tak ada sebab. Saja teringin nak ke pulau area Pantai Timur. 

Percutian Keluarga ini disertai serami 14 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 baby. Mula-mula nak check in kat Samudera Resort tapi penuh. Beralih pulak ke Fauna Resort, pun penuh. Biasalah, time cuti mesti resort penuh kalau tak book awal. Nak rebut ngan mat saleh lagi. Akhirnya Anjung Holidays (syarikat travel yg kami pilih) mensyorkan Flora Bay Resort. Cadang nak ambil 3 bilik utk family & 2 bilik deluxe tapi utk family dah penuh. Tinggal yg deluxe terrace jer so kami pun pilih lah yang tu. Semua setuju, janji dapat bercuti di PP. 

Petang Ahad, 11 Mac 2012, aku pun bertolak selepas ambik en suami kat stesen bas. En suami baru balik dari KL. Lepas tu terus bertolak dan bertemu dengan family dari kampung yg menunggu di Hentian Perah, Grik. Kira-kira jam 4.00 petang kami pun bertolak. Konvoi 3 kereta ( 1 Viva, 1 Myvi, 1 Honda Jazz). Kami berhenti rehat di Hentian Titiwangsa untuk solat Asar. Sekitar jam 6.30 kami bertolak ke Kuala Besut. Jalan tak susah. Terus jer sampai la jumpa simpang tiga. Kiri ke Pasir Putih dan kanan ke Terengganu. Dalam jam 9 lebih kami dah sampai ke Kuala Besut. Sebentar kemudian, family dari Seremban tiba. Lepas tu kami ke medan selera Jerteh. Aku makan kuetiaw tomyam yang tak sedap dan nasi kerabu. Lapar! Tersilap pilih kedai makan, lama jugak la nak menunggu makanan yang dipesan siap. Huh!

Lepas kenyang perut, my family ke Kuala Besut (Kg Dengir kalau tak silap) untuk bermalam di rumah kawan my sister. My hubby and me bermalam di Hotel Bajet Samudera kat jeti Kuala Besut. 

Pagi 12 Mac, setelah selesai buat pembayaran penuh kat Anjung Holidays Office, kami pun menaiki bot laju jam 9.15am. Harga tiket RM70 pergi balik utk dewasa & separuh harga utk kanak2. Cuaca tak elok. Jadi laut bergelora. Beberapa kali kena hempas. Kecoh jugak la sebab 1st time naik bot, gini pulak jadinya. Mencabar sgt2!

Dalam 40 minit kemudian, kami pun sampai ke Flora Bay Resort. Hati rasa lega. Lepas check in, apa lagi, berendam kat laut la. Lepas tu dinner kat Restoran Flora. Harga makanannya dah tentu lebih mahal dari tanah besar. Kesedapannya boleh tahan. Servis pun ok. Cepat jer. Malam tu hujan. So kami berkurung kat bilik jer. Lagipun badan penat.

13 Mac...Aktiviti snorkling bermula jam 10 pagi. Kami dibawa ke tiga tempat snorkling. Sewa peralatan semua sekali bot RM35 sorang. Pengalaman pertama memang mengujakan. Mula2 memang tak tahu langsung. Asyik tertelan air masin. Bila dah belajar, paham sikit2 la camner nak snorkling. Best dapat tgk ikan cantik2 & batu karang. Penyu pun ada. 2 jam lebih kami snorkling. Best siot! Lepas tu balik resort mandi laut lg sebelum lunch. 

Sebelah petang aku jalan2 dgn my hb kat persisiran pantai. Snap gambar byk2. Tapi majoriti gambar tak lawa sbb modelnya dah gemuk. Haha...

Malam tu pulak ada BBQ tepi pantai. Sedap dapat makan sotong besar2 dan ikan. Bayar RM30 utk dewasa dan separuh utk kanak2. Berbaloi jugak la. 



Pagi Rabu, 14 Mac, kami pun bersiap dan check out 9.00 am. Balik ke jeti Kuala Besut dgn bot yang sama. Kali ni perjalanan okey sebab ombak tak kuat sgt. Sampai je jeti, terus makan. Lepas makan, beli belah souvenir. Aku beli fridge magnet, t shirt & keychain. Kenang-kenangan dah sampai ke Pulau Perhentian. Dah siap shopping, aku ke tempat park kereta. 3 hari RM21. Malangnya, enjin tak mahu hidup sbb bateri dah nyawa2 ikan. Lepas jumping, okey la. Tengah hari tu, kami singgah menjamu selera rumah sedara abang ipar di Jerteh. Lepas tu beli keropok losong. Dalam jam 4 petang, kami gerak balik. Singgah kejap di Bukit Bunga. Terbeli buah remia yang masam.. grrr... Jam 9pm lebih, aku & hb sampai Kuala Kangsar. 

Lepas ni dah rancang dah destinasi percutian keluarga seterusnya ---- Gunung Jerai :)

Friday, March 9, 2012

Happy Birthday To Me!

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to zz
Happy birthday to me...

Layan jap lagu popular di hari lahir. Hari ni genaplah umurku 35 tahun..huhu...kalau dibundarkan dah jadi 40. Sob sob. Sedih :( Apapun bersyukur tak terhingga pada Ilahi kerana memberi kesempatan untukku bernafas di bumiNya ini. Masih berkesempatan untuk bertaubat atas segala dosa. Syukur. Masih berkesempatan untuk menikmati keindahan hidup ini. Syukur. Syukur. Syukur tak terhingga padaMu Tuhan Yang Maha Esa.

Terlalu istimewa birthday tahun ni sebab first time sambut birthday setelah bergelar isteri. Setahun yang lalu aku masih single mingle. Tapi time tu tengah sibuk tahap gaban buat persiapan perkahwinan. Birthday pun berlalu mcm tu saja. Hanya buat sambutan kecil kecilan kat kelas pra bersama anak2 didikku yang terchenta. Hari ni tak bawak kek dah mcm tahun lepas. Tukar selera pulak. Aku bawak ice cream. Suka la budak2 tu dapat makan ais krim. Licin! Kalau makanan berkhasiat, nak habis semangkuk pun termuntah2. Hehe..budak2..(alamak, aku tak sempat snap gambo budak2 tengah menikmati keenakan ais krim)

Semalam dah celebrate birthday ngan mr.suami kat The Gate Cafe. Cadang nak pegi makan mee banjir udang kuala sepetang tapi hujan pulak. Tak best jalan2 time hujan. Jadi, kami menjamu selera kat cafe jer. Melantak habis-habisan. Hahaha...time hujan, lapoo... Hadih dr mr.suami? Hmm...biarlah rahsia :) :) :)

Selain mr.suami, aku juga terima ucapan2 dr member2 fb. Walaupun wall aku ditutup, tapi mereka tetap pm aku. Thanks! Selain teman2, k'jan jugak ada bagi hadiah. Hadiah kenaikan gaji 13%. Syukur... Alhamdulillah SBPA dibatalkan dan SSM diteruskan dengan penambahbaikan. Cola pun naik RM50. Jadila RM150. Huk2...sekolah aku ni di bawah Enggor, jadi Cola RM150. Kalau bawah Kuala Kangsar Cola RM250. Alamat punya pasal...sadis!

Satu lagi hadiah yang aku tunggu. Semoga diperkenankan...amin...




Teluk Senangin vs Teluk Batik

Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...