Posts

Showing posts from September, 2007

POPULAR'S CHOICE

Salam semua... KALUNG termasuk Popular's Choice (Kedai buku Popular). Jika anda mahu menjadi BE THE FIRST TO READ atau mereka yang sudi membaca novel ni, silalah ke Popular kerana jika anda mempunyai kad keahlian Popular, anda akan diberi diskaun 20%. Tapi saya tak pastilah sama ada semua rangkaian kedai buku Popular atau untuk Popular di Central Square, Sungai Petani sahaja yang memilih Kalung. Terima Kasih

Jalan-jalan Ke SP

Semalam, pergi SP. Tujuan utama nak hantar adik ke rumah sewanya krn hari ni dia akan memulakan kelas selepas selesai praktikal. Sebelum masuk ke bandar SP, jalan raya sudah sesak. Selalunya sesak juga tapi taklah sesesak sebegini.
Selesai hantar adik, kami ke Central Square. Di situ kami bertemu dgn dua lagi 'ahli keluarga yg baru tiba dari Penang. Ramai betul orang (tentulah kaum Melayu). Semua sibuk bershoping raya. Kemudian, kami singgah di Popular. So, apa lagi...terus ke tempat novel melayu. Tup tup ternampak Kalung terpampang kat tempat khas. Dan pada pembalutnya terlekat sticker yg tertulis Be The First To Read...Popular's Choice. Selain Kalung, novel terbaru Norhayati Berahim juga dilekat Popular's Choice.
Sementelah singgah di pusat membeli belah, adik-adik membeli baju raya. Aku? Aku dah prepare awal2...
p/s : sepatutnya hari ni aku mula menaip mns baru...tapi arghhhh! tak sempat!

Rakit Berhias

Image
Pada 8/9/07 telah diadakan pertandingan rakit berhias buat kali ke 2 antara kampung-kampung sekitar Pengkalan Hulu dan jabatan kerajaan.
Inilah gambar rakit berhias dari kampungku... Kampung Kuak Hulu. Tahniah buat kaum belia yang bertungkus lumus menyedia dan menghias rakit. Walaupun tak menang, tapi tetap paling cantik di hati kami...

Klik link Foto Kenangan kalau nak tengok gambar2 rakit lain...





Hati ke Hati

“Semuanya RM10.40.” Ujar pemilik gerai acuh tak acuh. Matanya masih merenung tajam pada lelaki di hadapannya.
Izhanie menyerahkan wang secukupnya. Selesai masalah! Tiada lagi perbalahan. Tanpa membuang masa sesaat pun dia segera beredar dari gerai tersebut. Dia harus mengejar masa agar tidak terlewat untuk menghadiri kuliah.
“Saudari, tunggu!”
Izhanie berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang. Lelaki yang kehilangan dompet itu memandang tepat ke wajahnya. Apahal dengan mamat ni? Renungannya seolah-olah mahu menelan aku. Dia menggerutu.
“Terima kasih.” Lelaki itu menghampirinya, tersengih-sengih malu.
La… nak ucap terima kasih saja ke? Tadi, dia cuma lihat wajah lelaki itu dari tepi. Namun, bila berhadapan... lidahnya tiba-tiba kelu. Boleh tahan. Matanya tak berkelip memandang lelaki itu.
“Kita saling kenal ke?” aju lelaki itu kehairanan apabila ditenung lama gadis di hadapannya.
Izhanie terus menggeleng dan mula mengatur langkah. Malu! Dia gagal mengawal diri. Kenapa dengan aku ni? Lima be…

Izhan Izhanie

Inilah tajuk bagi manuskrip aku yang dah siap tu. Supaya blog aku tak nampak kosong dan sepi, aku akan letakkan sikit demi sikit hasil karya aku yg ke empat ni yang belum tentu akan diterbitkan....

“Kalau tak de duit, tak payahlah makan di sini!” bentak pemilik gerai makan dengan wajah yang bengis. Mukanya berkerut-kerut menahan marah. Ditenungnya lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, seolah-olah mahu ditelan lelaki itu hidup-hidup.
Lelaki yang ditengking itu kelihatan bingung dan tidak dapat menyembunyikan perasaan malu kerana ditengking di depan orang ramai. Tangannya terus ligat menyeluk poket seluar, sekejap poket kiri dan sekejap poket kanan. Sumpah, dia tidak akan makan di gerai itu lagi kalau beginilah sikap pemilik gerai.
“Dompet saya hilang!” dia membela diri, sambil kedua-dua tangan masih menyeluk saku seluar, mencari-cari sesuatu. Dia mengharapkan agar terselit duit lain yang tersimpan di dalam kocek, tetapi hampa. Ah, ke mana hilang dompet aku ni? Takkanlah aku boleh ter…

Nama Betul

Sejak pakai nama betul ni, aku mula dikenali. Sebelum ni kat sekolah, tak ada pun cikgu yang tahu aku ni menulis. Bila dah masuk paper, semua mereka terkejut dan bertalu-talu ucap tahniah sehingga guru besar pun sentuh pasal aku sebagai penulis semasa perhimpunan. Bila berbual, tak ada lain yang dibualkan melainkan pasal hobi aku tu. Mereka terus keluar cari novel aku kat Pekan Kuala. Setahu aku kat sebuah kedai buku tu ada jual Kalung, tapi dah lama habis.

Rajin Menulis

Selesai bersahur, buka komputer.. konon nak sambung cerita yang tertangguh. Sekarang sdg siapkan 1 novel (1 novel dah siap dan bersedia untuk dihantar), nopen, beberapa buah cerita pendek... tapi arghhh!!!! Tak boleh nak tumpu perhatian terutama bila ada kat kampung dan semua adik2 berkumpul...

Aku memang yang jenis slow bila menulis. Nak siapkan satu2 novel tu memakan masa setahun. Setakat ni belum pernah lagi aku siapkan sesebuah novel kurang masa setahun. Konon tahun ni berazam nak siapkan manuskrip sekurang2nya tiga. Tapi... arghhh!!! satu pun belum siap. Yang dah siap tu aku mula menulis kalau tak silap sejak dua tahun yang lalu. Entahlah.... Sebelum menulis aku kena perah otak dulu.

Nak tau seseorang penulis tu rajin menulis ke tak, tengoklah blog mereka. Kalau selalu masukkan N3 tu conform mereka rajin menulis. Aku? Sebulan nak bertukar satu N3 pun belum tentu....

RAMADHAN

RAMADHAN bulan yg dirindui setiap umat ISLAM...
Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelang...

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

PERAK VS KEDAH

TAHNIAH BUAT PERAK YANG BERJAYA MELANGKAH KE FINAL PIALA MALAYSIA 2007

Tahniah juga buat Kedah.