Tuesday, January 9, 2007

Kalung

Dapat respons dari pihak KarnaDya mengenai manuskrip yang dihantar bertajuk KALUNG. Mereka mahu saya buat sedikit perubahan terutamanya ending kerana ramai yang tak puas membacanya. Macam tergantung sikit. Terima kasih KarnaDya kerana memaklumkan kepada saya. Tak seperti satu pernerbit tu, terus senyap je.
Tak sia-sia menjadi ahli KarnaDya kerana banyak projek yang diaturkan untuk ahlinya. Kepada yang bercita-cita nak menjadi penulis, mulakan langkah dengan menjadi ahli KarnaDya.

P/s : Pernahkah anda menulis cerita dan tiba-tiba kisah di alam khayalan itu menjadi kenyataan? Begitulah yang sedang saya alami. Ternyata di dunia nyata lebih sukar berhadapan dengan sesuatu masalah. Kerana di sini, bukan kita seorang sahaja penyelesai masalah/pembuat keputusan, sebaliknya melibatkan banyak pihak. Arghh.... aku ingin lari...

Sunday, January 7, 2007

Sabtu, 7 Januari...

Tersedar jam 4.00am hujan dah turun. Sampai sekarang, pukul 12.13pm pun hujan masih turun tak berhenti. Kalau tempat rendah, berdekatan sungai, tentu dah banjir. Hujan buat perut sentiasa lapar. Hujan juga menghadkan aktiviti luar. So, dok dlm rumah.... layari internet.

HUJAN (SUDIRMAN)
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi di waktu hujan turun
Menyiram ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi....

Sabtu, 6 Januari...

Jam 8.30 hingga 10.30am, mengajar budak-budak tuisyen yang baru bermula utk tahun ni. Ajar Math budak Year 4 n 5.

Idea dtg mencurah-curah. Tengah syok menaip, bateri pulak weak.
Petang... member sibuk nak kenalkan dgn seseorang. Tapi saya... entahlah. Hati belum terbuka utk itu semua.

Jumaat, 5 Januari...

Pagi-pagi pergi pasar kat Kroh. Kemudian hantar barang dibeli ke Prasekolah SKKL. Balik rumah, Adek (anak saudara) dah sampai. Layari internet. Cek peti email seperti selalu. Kemudian ke Kroh lagi, singgah di bank. Nasib baik orang tak ramai sangat. Tak perlu beratur panjang.

Petang tonton siri kegemaran… Alias. Sidney gagal melarikan diri. Dlm masa yg sama dia sakit. Dia paling risau keadaan bayinya ketika ditahan. Jack Bristow berusaha menyelamatkan anaknya dan berjaya. Persoalan dtg kerana ktk ditahan, doctor bkn sdg menguji anak dlm kandungan Sidney tetapi menyelamatkannya.

Friday, January 5, 2007

Khamis, 4 Januari...

Syu, Cek n Mira ke Bangi. Hantar naik bas Trans di stesen bas Kroh. Rumah semakin sepi.

Petang… Mak Long Bibah dari Lenggong datang singgah bersama kawannya. Mereka ada kursus di chalet. Mak Long seperti biasa promote novel aku pada kawannya… cikgu Rahimah kalau tak silap namanya. Mak Long sdg berusaha menubungkan Kelab Tunas… apa entah yg berkaitan dengan penulisan di sekolah. Dia minta datang bagi sikit ceramah kalau kelab tu ditubuhkan. Oh tidak! Saya tidak pandai bercakap! Apa lagi di depan org ramai.

Sempat menaip hari ni. Sempat juga melayari internet. Sebelah malam tonton slot Samarenda kat TV3. Ada drama baru… Sesuci Cinta Sofiya.

Rabu, 3 Januari...

Beli sesuatu yg berharga di pekan Baling.

Wednesday, January 3, 2007

Selasa, 2 Januari...

Ke pasar beli ayam dan sayur. Tak lupa beli paper B.Harian. Hantar benda-benda tersebut ke rumah. Patah balik ke pekan Kroh dan terus ke Baling. Singgah di perpustakaan awam. Hantar dua buah novel yg dipinjam tahun lepas… keduanya karangan Nass Alina Noah bertajuk Er... Excuse Me! dan Asmara yang Pertama. Memang best jalan ceritanya terutama Asmara Pertama tu. Mengisahkan perebutan dua orang adik beradik yang tak seibu dan sebapa, Ratna dan Mayang/Matielda terhadap Tengku Farris/Lutfi Hakimi. Sad ending. Adik saya sampai bengkak mata coz sedih sangat. Renew kad library yg dah habis tarikh tu. Melayang RM10. Pinjam lagi dua buah novel bertajuk Mencintaimu dari pengarang yang sama dan Kasih Kita (Najwa Aiman).

Singgah di kedai kat Baling lama. Beli barang sikit. Balik.
Petang… hujan sekejap setelah hampir seminggu tak nampak air hujan. Kat selatan dan Pantai Timur banjir. Syukurlah sini tak sebab kawasan tanah tinggi.
Drama Korea Sassy Girl tak ketinggalan. Semakin benci dengan watak pak cik sebab sanggup curi mesej yg ditinggalkan Mong Ryong utk Chun Hyang. Mong Ryong ajak C.Hyang ke Namwon utk memulakan semula perhubungan mrk. Kesian Mong Ryong lama menanti di stesen.

Tuesday, January 2, 2007

Isnin, 1 Januari...

Pagi-pagi dah tutup akaun. Alhamdulillah… perniagaan semakin meningkat walau tak seberapa.

Petang… sempat melayari internet. Periksa peti email. Jam menonton filen Thai seram. Kalau tak silap tajuknya Dorm. Kisah budak-budak asrama dengan kisah mistiknya. Kemudian sambung drama Korea… Sassy Girl, Chun Hyang. Babak sedih kali ni. Chea Rin mempengaruhi minda Chun Hyang supaya jangan percaya dengan kata-kata Mong Ryong.

Malam… menaip cerita. Dapat ¼ bab sahaja!

Monday, January 1, 2007

Aidiladha dan detik dua belas malam

Hari raya bangun awal dari hari biasa. Siapkan hidangan hari raya iaitu laksa penang sahaja. Kuih langsung tak buat. Baulu aje yang beli, dan juga kek. Jam 10am semua siap. Budak-budak mula datang bertamu. Mujurlah semuanya makan laksa. Sepupu (anak-anak Mak Long) juga ada datang. Tetamu di aidiladha tak seramai tetamu di aidilfitri.

Sebelah petang dah tak ada tetamu. Bersama kakak dan adik-adik, pergi ke rumah Mak Ngah yang mengadakan kenduri korban. Makan daging rebus cicah air asam. Mmm... memang sedap tapi makan sikit je sebab perut dah kenyang makan laksa.

Jam. 5.00pm menonton dokumentari Yusuf Islam yang mengangkat gitarnya semula dan mengeluarkan sebuah album pop.

Malam...sepupu-sepupu pulak yang datang. Riuh rendah jadinya. Salah seorang sepupu minta layar internet. Dia mahu print borang pertukaran guru. Malangnya tak dapat buka borang.

Jam 11.30pm... sembang-sembang dengan adik sambil menunggu detik dua belas malam. Tiba-tiba terdengar dentuman bunga api tepat jam 12. Cepat-cepat keluar dan nampak bunga api di angkasa. Terus ikut arah datangnya bunga api. Rupa-rupanya belia kampung yang pasang bunga api dekat dataran. Ramai yang datang menyaksikannya.

Apa azam tahun baru? Hmm... cadang nak mencoret hari-hari di blog. Lain-lain azam? Biarlah rahsia.....

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...