Awal tahun ni me n hubby sibuk urus buka akaun perniagaan iaitu akaun semasa di Maybank.
Sebelum tu try nak buka akaun CIMB tp banyak prosedur wpun deposit awal 1k je. Dgn maybank kena 2k.
Mula2 mintak borang dulu kat kaunter cakap nak buka ak perniagaan. Dorang bg sekeping kad. Dalam tu perlu isi nama perniagaan, pemilik, no pendaftaran ssm dan rujukan. Rujukan atau introducer ni kena cari syarikat yg dah ada akaun semasa dgn maybank. Mujur ada kawan yg dah ada akaun semasa.
Lepas isi semua hantar balik ke maybank. Bawak sekali salinan sijil pendaftaran ssm, cop syarikat, salinan ic pemilik. Duit 2k tak payah lg sbb maybank nak buat carian dulu..tgk sama ada bisnes kita ni wujud dan ok ke tak. Tempoh masa diambil dlm seminggu and than dorang call utk urusan pembukaan. Masa tu standby duit 2k. Cop syarikat kena bawak selalu. Dah selesai baru kita boleh mohon maybank2u. Tu pun lepas dorang update.
Me and hubby dtg keesokan hari utk mohon maybank2u. Kali pertama dtg lupa bawak cop so kena dtg semula. Tanpa cop x bleh daftar maybank2u. Dah daftar kita dah boleh buat urusan transfer dll.
Buku cek tak dpt lg. Katanya 3 hari baru dpt. Next week baru nak ke maybank ambik buku cek.