Friday, May 19, 2006

Anggerik di Tangkai Mawar


Baru habis baca novel karya Manaf Hamzah ni. Tajuk sehebat jalan ceritanya. Novel ni memang menarik menyebabkan saya tak henti membacanya. Sebab nak tahu kisah selanjutnya. Mula-mula baca tu ingatkan berlatar belakang zaman 60an. Sebab gaya bahasanya klasik betul. Agaknya beginilah gaya penulis Singapura (betul ke penulis ni orang Singapura?) Saya teka aje sebab tengok penerbit novel ni ialah Pustaka Nasional Singapura. Saya dapatkan novel ni dari perpustakaan awam. Kalau tak salah penulis ni satu ketika dulu popular dengan novel bertajuk Dedaun Hijau di Angin Lalu.
Saya suka meminjam buku di perpustakaan. Kenapa tak beli? Manalah ada duit. Saya suka novel yang tebal jadi harganya tentu mahal. Nak tau menarik tak menarik sesebuah novel tu, saya akan pinjam dulu. Kalau cerita menarik baru saya beli. Lagipun duduk kat kampung ni mana ada kedai buku yang jual macam2 buku seperti kat MPH atau Popular. Novel Alaf21 adalah.
Alamak! Dah lewat. Nak pi perpustakaan sekarang. Nak hantar Anggerik di Tangkai Mawar dan Kompilasi Selimut Malam (Shamsiah Mohd Nor)

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...