Friday, June 16, 2006

MENCARI BAHAGIA

Sedutan cerpen Mencari Bahagia...

Setelah hampir sebulan tidak mendengar suaramu apatah lagi melihat wajahmu, kerinduan di hati kian menyesak. Aku beranikan diri menghampiri teman-temanmu di kedai kopi. Aku ingin tahu ke mana kau menghilangkan diri. Aku harus mendapatkan jawapan. Agar terhurai segala yang bermain di fikiran.
"Maafkan saya... saya nak jumpa... er...er..." Siapakah nama kau? Nampak sangat selama ini aku tak pernah ambil tahu tentang dirimu. Yang ada hanya perasaan benci....
"Irshad?" pintas seorang lelaki.
"Irshad? Lelaki yang selalu mengganggu saya ti, namanya Irshad?"
Jadi, insan yang selalu menghubungiku melalui telefon dan selalu mengganggangguku tika aku pulang dari sekolah adalah orang yang sama. Patutlah sejak aku terima hadiah darimu, aku turut tidak lagi menerima panggilan dari seorang lelaki bernama Irshad. Suara kau di dalam telefon jauh bezanya.
"Dia dah ke Jerman."
Itulah jawapan yang ku terima mengapa kau menghilangkan diri secara tiba-tiba. Mulanya aku menyangka rakan-rakanmu mahu mempermainkan aku. Setelah Pak Mat pemilik kedai kopi mengiakannya, barulah aku percaya....

Kisah selanjutnya boleh dibaca di ruangan Cerpen Pilihan, Majalah Remaja keluaran 15 Jun 2006.

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...