Kalung, Alisa & Menuju Puncak Cinta

Kalung (tajuk sementara) adalah cerita terkini yang saya sdg taip. Saya memulakannya kalau tak salah awal Januari lalu. Tapi hingga sekarang masih belum siap2 lg walaupun jalan ceritanya dah ada. Setiap bab dah ada sinopsis. Tapi kenapa belum siap? Krn tak de mood n malas....
Kata seorang rakan penulis, nak jadi penulis ni harus ada disiplin. Hari2 mesti menaip cerita atau sekurang2nya baca balik apa yg dah ditulis. Saya mahu melakukannya tapi tak mampu. Kadang2 sampai dua minggu langsung saya tak menaip cerita. Entahlah... bukannya sibuk pun tapi malas dan tak de mood. Dan sekarang mood dah kembali. Rajinlah menaip. Harap kali ni berjaya disiapkan.
Dah sampai 200 lebih muka surat skrg. Teruja hendak menyiapkannya sebelum berakhirnya Oktober. Tengoklah nanti berjaya atau tak disiapkan. Jalan ceritanya berbeza dari dua novel saya sebelum ni. Cinta tetap ada tapi lebih kepada misteri... seorang gadis bersama adik lelakinya diarahkan ibunya pulang ke kampung. Kampung yg tidak pernah dijejakinya sebelum ini dan tidak diketahui kewujudannya langsung. Di sana pebagai peristiwa ganjil berlaku dan dia juga telah berkenalan dengan seorang lelaki yang dipulaukan orang kampung kerana dituduh membunuh.
Cerita Alisa yang hampir siap telah musnah. Musnah kerana komputer rosak. Saya pun satu, tak save dulu kat disket bab-bab yg dah siap. Dah lebih 2 ratus m/s. Menyesal tak save. Menyesal pun dah tak berguna. Terpaksalah ditangguhkan dulu utk memulakan semula cerita ni. Dah le rangka cerita pun tak buat. Hampeh betul!
Saya masih menunggu penilaian dari editor untuk manuskrip saya berjudul Menuju Puncak Cinta. Nampaknya masih belum ada perkembangan. Harap2 diterima untuk diterbitkan kerana saya suka sangat dengan jalan ceritanya... amin.

Comments

Anonymous said…
Jangan cepat berputus asa. Pasti ada hikmah di sebalik apa yg telah berlaku. Teruskan berkarya.

Popular posts from this blog

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank

PERCUTIAN ATAS KAPAL - STAR CRUISE LIBRA