

Belek-belek album gambar, terjumpalah kad ni. Kad kecil yg dihadiahkan oleh Ms Mable kepada saya. Ms. Mable ialah guru kelas saya waktu belajar di Form 4 dan Form 5Sc., SMKTS. Sekarang Ms Mable dah bertukar ke sekolah lain dan mungkin jg dah berkahwin dan menukar nama lain. Ms Mable seorg guru yng baik tetapi tegas. Cara pengajarannya menarik dan tak membosankan. Dulu, saya tak suka English. Tapi lepas Ms Mable ajar, rasa seronok pulak.
Sebelum periksa SPM, ada le jamuan perpisahan. Ms Mable panggil sorang demi sorang muridnya nak bagi kad ni. Terkejut saya dan happy sangat bila baca ucapan yg tertulis. Ms Mable tahu saya minat menulis kerana selepas cuti, dia akan soal muridnya akan aktiviti semasa cuti sekolah. Saya tak bagitahu pun yg saya menulis cerita coz malu. Tapi best friend saya yg sering baca cerita saya tu telah membongkarkan rahsia saya. So, Ms Mable dan seluruh kelas tahu minat saya tu.
Tak sangka, jadi juga saya seorang penulis.