Wednesday, November 15, 2006

Bengkel Penulisan

Hari Jumaat ni saya akan ke KL utk menghadiri Bengkel Penulisan yg dianjurkan oleh KarnaDya. Saya belum pernah menghadiri mana-mana Bengkel Penulisan sebelum ni. Sebab tu agaknya banyak kekurangan bila menulis. Asas memang tak ada langsung. Saya juga tidak pernah belajar Kesusasteraan sewaktu di bangku sekolah. Menulis adalah hobi. Dan mungkin juga dikurniakan sedikit bakat oleh Yang Esa.

Teruja sangat nak menghadiri bengkel tu. Harap-harap tak ada aral melintang. Mujurlah diadakan di UKM. Senanglah sikit sebab adik ada belajar di sana. Semoga kursus nanti memberi banyak manfaat dalam usaha saya untuk meningkatkan lagi gaya penulisan saya... amin...

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...