KALUNG - TANGGA KE 7

Sepupu sms awal pagi. Dia maklumkan novel KALUNG termasuk dalam 10 novel terlaris kedai buku MPH di tangga ke 7. Alhamdulillah. Dia mengetahuinya dari rancangan Selamat Pagi Malaysia. Sayang tak tengok. Bekalan elektrik terputus dari jam 7.00 sampai jam 7.00 malam ni.
So saya pun layari web MPH. Untuk minggu berakhir 11 Nov 07, inilah kedudukan novel melayu terlaris MPH.

1. Cinta... Tiada Akhirnya (Fauziah Ashari)
2. Gelora Asmara (Haryani Kamilan)
3. My Baby Girl (Nass Alina Noah)
4. Nafas Terakhir (Murad Arshad)
5. Kasih Yang Tercalar (Norhayati Berahim)
6. Bulan Berbisik (Samsiah Mohd Nor)
7. Kalung ( Zahida Zarkasi )
8. Air Mata Cinta (Rabiatul Adawiyah)
9. Bahtera Cinta (Iffa Irdina)
10. Kuseru Namamu (Ilani Mysara)

http://www.mph.com.my/books/bestseller1_local.cfm

Comments

zurie said…
tahniah...tahniah....tahniah....leh la belanja bila dpt royalti nanti....huhuhu
dEW! Sukm@ said…
Sekalung Tahniah, Tanne! Teruskan Perjuanganmu!
Anonymous said…
Tahniah... Paklong pun ada mengikuti dalam ruangan resensi buku oleh Syed Munawir di RTM pagi tu. Takdan nak ucap tahniah segera. Masa tu Paklong di JB ambil Mimi kat STF. Harap Tanne meningkat dan cubalah pula ganre-ganre lain. Tahniah.

Paklong.
Anonymous said…
Pembetulan...dah silap ejaan. ...genre-genre. Maklumlah dah lama! Maaf.

Paklong.
tanne said…
zurie...royalti???tggu tahun depan

Dewi Sukma... thanks, utk k.dewi juga

Pak long ... Terima kasih pak long, sy akn cuba pelbagai genre..perlahan demi perlahan
Mimi said…
tahniah...
saya dah baca novel kalung. kak memang penulis berbakat. novel kalung sangat mengujakan seperti novel karangan ramli awang murshid. saya rasa kak boleh tulis novel thriller lah lepas ni. selamat berjaya!!!!

mimi (anak paklong)
missylmeena said…
tahniah...
saya dah baca novel kalung. kak memang penulis berbakat. novel kalung sangat mengujakan seperti novel karangan ramli awang murshid. saya rasa kak boleh tulis novel thriller lah lepas ni. selamat berjaya!!!!

mimi (anak paklong)
Mimi...terima kasih mimi kerana baca novel kalung akak..jgn lupa promote kawan2 k :)
. said…
Saya rasa awak lagi hebat dari Ramlee
Awang Murshid, saya dah baca kalung, memang tak boleh letak bila dah start baca.. Karya ramlee pula, saya tak pernah rasa macam tu.. teruskan berkarya, kalau boleh tak perlulah
tukar genre, kita kekurangan penulis
thriller, asyik ramlee je bosanlah!
tanne said…
.
Terima kasih sudi baca Kalung dan nampaknya ia memikat hati awk. Syukurlah.
Apapun sy msh penulis baru, tak sebanding dgn penulis yg dah byk pengalaman.
Sy tetap akn cuba hasilkan lagi novel2 thriller...tunggu k

Popular posts from this blog

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

PERCUTIAN ATAS KAPAL - STAR CRUISE LIBRA

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank