Skip to main content

Renungan - IMAN SEMUT DAN IMAN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorekkuburorang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:
" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan boleh buat dalam tempoh 2 tahun. Nasib baik penyata KWSP rumah. Baru aku perasan ada lebihan caruman 2 bulan tahun lepas. Dah genap setahun pun. Kalau lebih dari 2 tahun, aku pun tak pasti apa yang akan jadi dgn duit yang tersimpan tu. 
Sebenarnya tahun lepas aku dah keluarkan duit KWSP dua kali. Kali pertama atas nama permohonan pengeluaran untuk beli rumah. So, dapat keluarkan separuh. Dua bulan kemudian, aku keluarkan lagi lepas dapat surat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Belum kerani setel pemberhentian potongan KWSP dalam slip gaji, aku dah keluarkan. Terdesak masa tu sebab baru masuk rumah. Banyak duit nak pakai. Pasang gril, awning, lawyer, perabot dan macam2 urusan lagilah untuk masuk rumah baru ni. Yang beli rumah tu tahulah kos nak masuk rumah. 
Dipendekkan cerita, selepas dapat surat PTB & selepas keluarkan duit, dalam slip gaji pe…

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank

Awal tahun ni me n hubby sibuk urus buka akaun perniagaan iaitu akaun semasa di Maybank.Sebelum tu try nak buka akaun CIMB tp banyak prosedur wpun deposit awal 1k je. Dgn maybank kena 2k.Mula2 mintak borang dulu kat kaunter cakap nak buka ak perniagaan. Dorang bg sekeping kad. Dalam tu perlu isi nama perniagaan, pemilik, no pendaftaran ssm dan rujukan. Rujukan atau introducer ni kena cari syarikat yg dah ada akaun semasa dgn maybank. Mujur ada kawan yg dah ada akaun semasa. Lepas isi semua hantar balik ke maybank. Bawak sekali salinan sijil pendaftaran ssm, cop syarikat, salinan ic pemilik. Duit 2k tak payah lg sbb maybank nak buat carian dulu..tgk sama ada bisnes kita ni wujud dan ok ke tak. Tempoh masa diambil dlm seminggu and than dorang call utk urusan pembukaan. Masa tu standby duit 2k. Cop syarikat kena bawak selalu. Dah selesai baru kita boleh mohon maybank2u. Tu pun lepas dorang update. Me and hubby dtg keesokan hari utk mohon maybank2u. Kali pertama dtg lupa bawak cop so kena…

Percutian di Kuala Gula Sanctuary Resort

Kali ini my family berkumpul di Kuala Gula Santuary Resort yang terletak di Kuala Gula, Kerian. Perancangan dah dibuat dlm 6 bulan sebelumnya. Booking dilakukan 2 bulan sebelum. Percutian bermula pada 11 Nov hingga 13 Nov 2012. Just 3 hari 2 malam. Cukup la tu kan... Semua ahli keluarga berkumpul di sana. 6 buah resort telah disewa. Resortnya sangat cantik, separuh di darat dan separuh di air/kuala/muara sungai. Boleh park kereta depan resort. Resortnya bersambung. Resort 101 sambung dgn resort 102.
Sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Gula, sebahagian family datang berkumpul di rumah aku dulu. Hari Sabtu kami berkumpul. Petang tu sempat jalan-jalan ke Galeri Arkeologi Lenggong. Lain kali aku story pengalaman kat galeri Lenggong ni. Ahad pagi tu, kami pun bergerak walaupun check in kul 2.00pm. Pagi kami dah gerak sebab nak tau jalan. Lepas tu boleh round2 kawasan sekitar. 
Perjalanan dalam 1 jam setengah jer dari KK ke Kuala Gula. Tak susah nak cari tempat ni. Dalam jam 11.00am dah …