Tuesday, January 20, 2009

Cara Saya Menulis

Sebenarnya ada mereka yang ingin tahu bagaimana saya menulis, bermula dengan berangan @ mungkin mendapat ilham secara tiba-tiba sehinggalah terhasilnya sebuah buku/novel. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan, menulis adalah hobi saya. Bererti jika ada masa lapang, barulah saya akan menulis. Selain menulis, saya juga mempunya hobi lain. Jadi, saya harus membahagi masa lapang untuk melakukan perkara-perkara yang saya suka, dan semua ini bergantung kepada mood. Bila mood menulis datang, saya akan menulis, bila mood melukis datang, saya akan melukis, membaca, berchating, bersiar2 dsb. Sebab tulah saya mengambil masa yg agak lama utk menyiapkan sesebuah manuskrip.

Saya menulis berdasarkan ilham yang biasanya datang dinihari. Keesokan pagi saya akan segera menyalin ilham tersebut. Ilham datang, 3,4 bulan sekali. Banyak juga ilham yang sudah dikumpul, namun belum mula mengarang lagi atas sebab2 tertentu. Dari ilham ni, saya akan berangan untuk mengembangkan idea. Bila dah dapat satu cerita yg biasanya saya akan fokuskan pada hero & heroin sahaja dan masalah di antara mereka, barulah saya akan mulakan langkah pertama.

Langkah pertama saya dalam menghasilkan sebuah manuskrip ialah dengan menulis rangka terlebih dahulu. Nama watak2 saya akan hanya letak huruf saja sebab nak fikir nama watak pun mengambil masa sebenarnya. Rangka biasanya terdiri dari pecahan bab; dari bab 1 sehinggalah bab 60 (akhir). Setiap bab saya akan letak point penting saja (lebih kurang 3-4 point). Bila saya mula mengarang, saya target 1 bab untuk 4-5 m/s. So, kalau 60 bab dpt lbh kurang 300m/s. Itu untuk cerita yang sekali tulis saja (round pertama). Ada awal, kemuncak dan ending. Kemudian saya akan masuk round ke-2. Masa nilah saya akan tambah idea yang baru muncul. Bila anda baca semula manuskrip anda, saya yakin pasti akan berlaku perubahan idea yg lbh menarik. Masa ni juga berlakunya kemasikini ayat yang saya pakai hentam saja masa round pertama dulu. Setelah dibaiki, biasanya berlaku pertambahan 100 lg m/s. Begitulah saya selalunya.

Bab pertama haruslah menarik supaya dpt menarik perhatian pembaca utk meneruskan pembacaan. Kalau boleh dari perenggan atau ayat pertama lagi. Saya ni jenis yang suka baca novel sebegitu. Tapi mungkin ada juga pembaca yg tak gemar cara begitu. So, terpulang pada penulis mana yang dia lebih suka dalam nak mulakan cerita. Nak memulakan ayat memang sukar. Kadang2 sampai sejam saya termenung dpn komputer sebelum mendapat idea utk memulakan cerita atau ayat menarik.

Rangka cerita biasanya hanyalah sebagai panduan. Saya sendiri sebenarnya tak pernah pun ikut rangka asal. Bila kita dah asyik menulis, dah jadi sebahagian cerita tersebut, saya yakin akan muncul idea-idea lain yang lebih menarik berbanding rangka asal. Bila ada perubahan, saya akan tulis rangka baru bermula bab mana perubahan idea berlaku. Kalau berubah lagi idea, saya akan ubah rangka lagi. Bukan apa, kalau kita tak buat rangka, takut idea yg dah ada dalam kepala hilang begitu saja.

Masalah saya bila menulis selain ikut mood ialah masalah miskin perbendaharaan kata. Saya tiada latar belakang sastera semasa belajar dulu, selain masalah loghat tempat saya yang lebih kpd melayu siam. Jadi agak sukar utk saya membina ayat yang sedap2 akibat kekukarangan perbendaharaan kata. Mungkin saya tahu perkataan tu dalam loghat kg saya, tapi bila nak tukar ke bahasa melayu, saya tak tahu perkataan yang sesuai. Bila baca novel lain, terasa hebatnya ayat-ayat mereka. Terasa diri saya kekurangan sangat sebab nak bina ayat pun tak reti. Ayat dalam novel saya ringkas2 saja. Itu cara saya. Ketika menghadiri bengkel penulisan KarnaDya, saya teringat kata-kata Puan Aina Emir; kita tulis cara kita, jangan ikut cara penulis lain. Saya berpegang pada kata2 tu. Jadi saya menulis cara saya. Terpulang pada pembaca sama ada nak menerima ke tak. Itu hak mereka.

Bila masalah nak bina ayat berlaku ketika saya menulis, saya biasanya tak berhenti setakat tu saja. Saya tulis juga dgn menggunakan perkataan saya sdr yg tak mungkin ada dalam kamus dewan. Tapi bila saya baca semula, biasanya dgn sendirinya perkataan yang sepatutnya akan muncul di kepala. Insyaallah... jangan risau.

Masalah kedua yang biasanya berlaku ialah kekeringan idea saat dah mula cerita. Memang rangka dah ada, tapi kadang2 rasa tak sesuai atau tak menarik pulak rangka yang dah dibuat. Jalan cerita tetap sama, tapi nak bagi plot menjadi menarik tu memang sukar. So, termenung lagi saya depan komputer sambil otak berputar mencari idea. Terpaksa perah betul-betul. Kadang2 idea datang, kadang-kadang idea akan datang kemudian. Kalau idea tak datang juga, saya tinggalkan dulu. Buat kerja lain dulu sambil otak tetap berfikir. Biasanya time nak tidur tu, idea yg sesuai datang. So, salinlah cepat-cepat.

Begitulah saya menulis. Untuk 4 buah novel saya yg dah diterbitkan iaitu Mawar Cinta, Kembara Cinta, Kalung dan Hanya Padamu; kesemuanya ilham hadir masa saya masih bersekolah lagi. Saya memang dah ada cerita tersebut yang saya karang dalam bentuk nopen. Jadi saya hanya perlu kembangkan idea saja. Itupun mengambil masa setahun (kerana saya menulis ikut mood). Tapi untuk novel remaja dewasa kedua saya bersama KarnaDya yang akan terbit nanti, keseluruhan idea saya tulis 1-2 tahun lepas. Kisah misteri + penyiasatan + cinta + persahabatan. Sekarang, saya sedang menulis novel cinta dan tengah mengalami kekeringan idea + malas. Begitu juga dengan sebuah cerita awal remaja yang dah sampai separuh yang sepatutnya dah siap hujung tahun lalu lagi.

Kesimpulannya, nak jadi penulis kena ada disiplin diri yang kuat. Cuba tetapkan sehari 1 bab atau sehari 5-10 m/s. Baru boleh berjaya. Tapi kalau menulis ikut mood pun, boleh berjaya juga...hehe. Cumanya, tak banyaklah novel di pasaran. Tapi biarlah sesekali novel kita terbit tu dapat menawan hati pembaca. Bila kita terima komen positif dan membina, dengan sendiri kita akan bersemangat untuk menulis. Lagi satu, biarlah apapun genre cerita kita, biarlah ada mesej yang nak disampaikan. Jangan kosong sahaja, nanti ditolak penerbit.

Selamat menulis!

Friday, January 16, 2009

16 Hari 16 Bab

Sepatutnya saya dah siapkan 16 bab untuk sebuah manuskrip yang saya mula tulis hujung tahun lepas. 2009, saya berazam nak siapkan sehari 1 bab. Tolak hal2 kecemasan, dlm 3 bulan dah boleh siapkan sebuab manuskrip novel dewasa. Cadangnya begitulah..
Hakikatnya saya baru siapkan 2 bab saja utk tahun ni...huhu.. Tapi kira okey la tu buat yang malas menulis macam saya ni. Walaupun rangka dah ada, nak siapkan bukannya senang. Seksa! Jenuh paksa diri untuk menulis setiap kali mengadap komputer. Tapi, setiap kali online, ada2 saja yang nak diteroka. Cerita entah ke mana... Apa2pun, saya target selewat2nya bulan Mac nanti mesti siap sebuah manuskrip.

Wednesday, January 14, 2009

Dewi Sukma Tag Saya La Pulak!

1.Do you think you are hot?
I don't think so...

2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture?
Coz I baru je snap semalam..kat dalam kelas pra

4. When was the last time you ate pizza?
3 minggu lepas...

5. The last song you listened to?
Di Kayangan Kita - Dato' Siti Nurhaliza

Mataku bertentang
Hatiku bergoncang
Bibirku berbisik
Menyebut namamu
Di langit terbentang
Awan berirama
Tertulis...ini cinta kita

6. What are you doing right now besides this?
YM

7. What name would you prefer besides this?
1....
2...
3...
4...
5...

8. Who is no. 1?
Tengah berangan nak beli MyVi...dlm proses

9. No. 3 is having relationship with?
Her husband la..nikah pd 9 Mac 2008

10. Say something about no. 5.
Kerinduannya kepada Kroh memperkenalkan kami

11. How about no. 4?
My best friend masa kat matriks until now

12. Who is no. 2?
The Ghost

Klu utk soalan no. 7 tu boleh tgk kat no. 8-12

p/s : harap kak dewi berpuas hati

Friday, January 9, 2009

Joget Menanti Kasih

Dato' Siti Nurhaliza

Bukan tak tahu tajamnya duri
Si akar semalu bercabang-cabang
Bukan tak mahu mencari ganti
Parut luka lalu Terpandang-pandang

Pergi tak disuruh, datang tak diminta
Andai sudah jodoh, insyaallah

Jenuh sudah merata mencari sirih
Mencari sirih bertemu urat
Jenuhlah sudah menantikan kekasih
Kasih setia sepanjang hayat

Sekacipan pinang secubitan gambir
Sehelai sirih dicalit kapur
Sedapnya di pandangan manisnya di bibir
Apalah kasih andai tak jujur

Lagu : S Atan
Lirik : Habsah Hassan

p/s : Banyak luga lagu yang best
dalam album terbaru Dato' Siti... Lantera Timur.
Selain Joget Menanti Kasih, saya juga tertarik
dengan lagu Di Kayangan Kita, Di Taman Teman,
Jelmakanlah Ayumu dan banyak lagi.

Thursday, January 8, 2009

Bila Sekolah Dibuka...

1. aku dah tak boleh ikuti siri kegemaranku..Monte Cristo..huhu
2. semakin busy dgn kerja..tambah2 pd awal thn..huhu
3. aku boleh online selalu :)

Monday, January 5, 2009

Kenangan Bersama Penulis B.Prima

Bersama Penulis2 Buku Prima


Dr kiri : Nasron (Enigma), Indah Hairani (Hanya Sebatas Ini), Ramlah Rashid (Aku Cinta Kyra, Qaseh Qaisy, Sara Kirana, Tak Ku Duga), Hjh Kamsiah (novel sulungnya bersama BP akn terbit tak lama lagi) & me :)

Sunday, January 4, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah


Glitterfy.com - Glitter Graphics


Dah sedia alat tulis dan buku latihan?
Kalau belum, lengkapkanlah segera kerana esok pengajaran & pembelajaran akan terus bermula. Tiada lagi proses kutip yuran (yang boleh mengganggu sesi PnP) di awal tahun. Kutipan hanya akan bermula bulan Jun. Peraturan baru ni tentu ada baik dan buruknya. Bila persekolahan bermula esok, barulah kita akan tahu.
Hati pertama ke sekolah setiap awal tahun memang menyeronokkan. Para pelajar akan bertemu dengan rakan-rakan sekelas dan mungkin juga akan bertemu dengan rakan-rakan baru dan guru baru. Nak tulis dalam buku latihan pun rasa seronok. Maklumlah buku masih baru...aromanya hmm.. sedap. Saya memang suka bau buku baru dibeli.
Buat adik2 semua, selamat kembali ke sekolah!
Belajar rajin-rajin!
Semoga 2009 menjadikan kita lebih baik dari 2008.

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...