Sunday, January 26, 2020

Bercuti di Seoul Pertama Kali Part 4 : NAMI ISLAND

Subhanallah...Nami Island cantik sangat‼️ Patut org cakap kalau ke Seoul, tak lengkap percutian kalau tak ke Nami Island. Kata Ucop, autum paling ramai pelancong ke Nami Island. Nak naik feri pun kena beratur dekat 2 jam 😱 Kami ke Nami Island 3/12/2019 (pertukaran musim autum ke winter). Jadi boleh nampak lagi sisa2 autumn. Syukur...dan kami tak perlu nak beratur pun naik feri. 
.
Pulau Nami ni terletak di tengah sungai. Jadi naik feri tak sampai 10 minit dah sampai. Cuaca sejuk gila terutama bila angin bertiup. Pulau ni kecik je..boleh jalan satu pulau. Sebab cuaca sejuk jadi penat tu tak terasa sangat. Macam2 ada kat sini. Sesuai sebagai sebuah tempat pelancongan. Restoran pun banyak. Kami memilih sebuah restoran halal yg ada playground dan tempat solat. Ruang solatnya  besar. Asing lelaki dan perempuan. Tandas ada air pun disediakan. 
.
Lunch kami dengan bulgogi. Kali ni dah pandai bajet. Tak macam semalam 😂 Masakan memang sedap. Lepas makan, bayar sendiri. Lepas tu gi solat. Habis solat kami sambung jalan2 lagi. Tengok tempat / scene Winter Sonata. Pelancong tak ramai sangat. Jadi bila nak bergambar tu, tunggu giliran kejap je. Semua tempat cantik. Jadi snap segala tempat. Dengan daun2 kering di tanah...suasana petang nak ke malam...fuh, cantik siot‼️
.
Memang cantiklah Nami Island. Cuma tak sempat nak berbasikal. Sejukkk...
.
Bersambung...






Dalam retoran halal, disediakan plyground dan tempat solat


Sungai hampir beku


makan memang terbaik

Pemandangan macam lukisan di atas camvas











Feeling2 Yo Jin & Jun Sang










No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...