Tuesday, July 28, 2009

Semangat Baru

Laptop yang aku beli tahun 2005 asyik sakit jer. Sakit sana sakit sini. Ni yang buat aku hilang mood nak menulis. Asal menulis 2,3 baris ayat, terus blue screen. Kena tunggu berejam baru okey. Dah hantar ke kedai. Elok kejap jer.
Kesudahannya terpaksa la beli yang baru.. notebook kecik & murah jer. Khas untuk menuli jer.





Sunday, July 26, 2009

Award & Tag fr. Rehal Nurharis


Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini
.:~Rajin~:.
.:~Gigih~:.
.:~Bersungguh-sungguh~:.
.:~Ramah~:.
.:~Teliti~:.
.:~Cepat Mesra~:.
-
Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
Hobiku
~Menulis~
~Mengarang~
~Melukis~
~Berangan~
~Mengambil gambar~
~Membaca~
~Melancong~
~Shopping~
~Dgr radio~
-
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
.:Zurie ~ penakut:.
.:Dewi Sukma ~ Tak kenal erti putus asa:.
.:Syima Syawal ~ Penulis yang sangat rajin:.
.:Mersik ~ Kelakar:.
.:Juelia ~ bersemangat:.
.:Sally~bercita-cita tinggi:.
.:Ekha~manis:.
.:Remy~Rajin menulis:.
.:~:.
.:~:.

p/s : setakat tu jer nama penerima award seterusnya yg dpt teman pikio... ada yg dah terima 2 kali, kira okey la..korang jawab sekali udah ler...

Wednesday, July 22, 2009

Tepukan Amal Islam - Fr. Bikash


Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah
~Siap!

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.
~ semua sahabat alam mayaku udah dapat...huhu.. wajib tukar ke sunat ek???

3) Itu sahaja. Senang & mudah, ya.
~ Memang mudah! hehe...

Monday, July 20, 2009

Penghujung Julai

Ye ke ni???
Cepatnya masa berlalu..
Diam tak diam dah hampir ke penghujung Julai... Rejab...
Azam?
Malas nak berbicara soal tu...
Lagi kuat berazam, lagi banyak dugaan..
Lagi banyak perancangan, makin banyak yg tak menjadi..
Sudahnya aku yang rugi..huhu..

Saturday, July 11, 2009

Berbekam Lintah - Satu Pengalaman Bermakna

Terjerit aku bila teman serumah mengajak aku menemaninya untuk berbekam lintah. Dengar perkataan lintah pun hatiku dah rasa semacam. Geli tahap gaban. Tak boleh nak dibayangkan rupa bentuk badan lintah yang licin, dengan corak-corak di badannya... sungguh menggelikan. Bila ia melekat di badan, seksanya hendak menanggalkannya. Liat. Terpaksa guna buih sabun ataupun air garam. Tambah menakutkan bila lintah boleh menyusup masuk hingga ke dalam perut lalu membiak. Teringat drama tv masa aku masih kecik2 dulu. Kisah seorang perempuan yang belum berkahwin disangka mengandung anak luar nikah. Padahal perutnya dipenuhi lintah yang tanpa disedari telah menyusup ke dalam perutnya ketika dia ke bendang. Semua ni membuatkan aku cukup fobia dengan lintah.
Zaman kanak-kanan dulu memang aku suka mandi di sungai. Mujurlah aku tak pernah ada pengalaman digigit lintah. Cuma melihat rakan-rakan sahaja yang berpengalaman digigit lintah. Aku kalau lihat rakan-rakan digigit lintah, aku awal-awal sudah melarikan diri sejauh mungkin. Takut!!! Kalau ada pesta menangkap ikan di bendang, adalah yang kena gigit dengan lintah. Orang perempuan biasanya cukup geli dengan lintah. Orang lelaki tak heran pun. Mereka akan ludah pada lintah untuk menanggalkannya dari terus melekat di badan mereka.
Kembali pada topik member aku tadi, mau tak mau terpaksalah aku menemaninya. Kami ke rumah seorang cikgu yang anaknya juga mahu berbekam lintah. Cikgu tersebut yang mengaturkan rawatan dengan dukun lintah. Rawatan semula jadi katanya; untuk membuang darah kotor. Sesuai untuk mereka yang ada resdung dan migrain. Dukun lintah....hmm yang terbayang dalam otak aku, mesti lelaki yang dah berumur. Tak lama kemudian dukun lintah pun sampai. Mak ai..anak muda rupanya. Member dah rasa segan. Dukun siap bawa alat periksa darah tinggi lagi...hmm macam doktor la pulak!
Melihat beberapa ekor lintah di dalam bekas lutsinar, aku dah rasa geli. Member aku pun akui dia geli juga tapi nak buat macam mana lagi...dah terpaksa. Dia mempunyai masalah kulit yang agak teruk di muka. Sudah banyak duit dan masa yang dihabiskan untuk merawat, mukanya tapi tidak berjaya. Jadi dia mahu mencuba rawatan semula jadi.
Mula-mula sekali kena cucuk dulu muka (tak sakit pun). Cucuk tiga tempat: dahi, pipi kiri dan kanan. Tujuannya supaya lintah tidak akan merayap mencari tempat menghisap darah. Bila dah ada lubang, senang sikit. Lintah diletakkan di situ dan dibiarkan bekerja. Proses mengambil masa antara 15minit hinngga 1jam 30 minit, ikut banyak mana darah kotor di muka. Kalau banyak, cepatlah lintah hisap dan kenyang lalu jatuh sendiri. Bermula dengan badannya yang kecil dan panjang, sehinggalah jadi gemuk, semuanya aku dapat saksikan. Satu pengalaman yang sungguh bermakna. Tak sangka aku yang penakut ni mampu melihat lintah (walaupun dari jauh). Masa lintah bekerja, member aku dudu relax di sofa. Dia langsung tak menjerit. Hebat betul! Aku harap rawatan ni berjaya.
Lelaki yang menjalankan rawatan berbekan lintah memaklumkan yang dia menghadiri kursus. Selesai kursus dia mencuba rawatan tersebut pada ahli keluarganya terlebih dahulu, kemudian pada kawan-kawan. Bila mendapat feedback yang meyakinkan, barulah dia berani menjalankan 'perniagaan' tersebut. Dia juga adalah penternak lintah yang telah dilakukannya sebelum penternakan lintah popular lagi. Mendengar dia bercerita tentang lintah, barulah aku faham serba sedikit tentang haiwan yang menggelikan ni. Lintah y
ang akan digunakan untuk berbekam, akan menjalani proses kuarantin dahulu untuk membersibkan isi perutnya. Lintah yang sudah digunakan pula akan dimusnahkan.
Rawatannya taklah mahal. Hanya RM27 sahaja.


Dalam ketakutan dan kegelian yang teramat, sempat jugak aku mengabadikan kenangan... (pejam mata masa nak snap gambar ni..huhu)


Monday, July 6, 2009

Prolog ~ Menjejak Memori



-->
RIFQI memasukkan biji getah yang dikutip bersama Azizul dan Rahmat ke dalam balang. Mulutnya kumat-kamit mengira biji getah. Seratus dua belas biji getah yang berjaya dikutipnya. Petang esok, dia akan membawa biji getahnya ke rumah Azizul. Mereka telah berjanji hendak bermain congkak bersama-sama.
“Rifqi! Cepat mandi. Dah nak masuk waktu Maghrib ni.” Terdengar laungan ibunya dari arah dapur.
“Baik mak!” ujar Rifqi.
Rifqi segera menyimpan balang berisi biji getah di atas almari. Dia segera mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu lalu melangkah ke bilik air.
Selesai mandi, Rifqi menyarung baju tidur. Dia ke ruang tamu lalu memasang peti televisyen. Sambil menunggu azan Maghrib berkumandang dari masjid berhampiran, Rifqi menonton siri kartun kegemarannya. Menonton sambil berbaring menyebabkan Rifqi yang kepenatan akhirnya tertidur.
“Assalamualaikum! Rifqi! Rifqi!”
Rifqi yang sudah terlena terus terjaga apabila terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Dia bingkas bangun lalu bergerak ke jendela. Azizul dan Rahmat sedang terpacak di luar.
“Alia dah pulang!” Azizul separuh menjerit.
Terpancar kegembiraan di wajah Azizul.
“A... Alia?”
“Orang ramai sedang berkumpul di rumah Nek Pah. Kami nak ke sana, kau nak ikut tak?”
Rifqi terus bersetuju. Mereka bertiga segera menuju ke rumah Nek Pah. Benarlah apa yang didakwa oleh Azizul dan Rahmat. Ramai orang berada di dalam dan di luar rumah Nek Pah. Kereta polis turut kelihatan di halaman. Rifqi, Azizul dan Rahmat terus menyelit di celah-celah orang ramai.
Nun di atas rumah kelihatan Alia berada bersebelahan Nek Pah. Wajah Alia kelihatan sugul. Dia kelihatan sesekali membuka mulut apabila diajukan pertanyaan oleh neneknya.
“Jadi selama ni, Alia disembunyikan oleh Pak Husin dan Mak Kiah?” soal seorang mak cik berbaju Kedah bunga-bunga kecil yang inginkan kepastian.
“Ye... mereka dah mengaku perbuatan mereka tu. Polis dah tahan mereka sekarang. Patutlah mereka berpindah pada hari yang sama Alia hilang. Tapi kita semua sangka mereka berpindah kerana enggan duduk di kampung ni lagi. Maklumlah, harga getah menurun. Berapa sangatlah yang mereka dapat. Sudahlah sikit, kena bahagi dengan pemilik tanah lagi.” Jelas mak cik berbadan agak gempal yang duduk di sebelah mak cik berbaju Kedah.
Rifqi, Azizul dan Rahmat terus memasang telinga.
“Dengar khabar Alia hilang ingatan. Sebab tu dia tak hubungi Nek Pah.”
“Dia tergelincir di tepi sungai. Kepalanya terhantuk di batu lalu terus pengsan. Kebetulan Pak Husin lalu di situ. Dia terus selamatkan Alia. Mereka memang berkenan dengan sikap Alia sejak dulu lagi. Mereka juga simpati kerana kanak-kanak lain enggan berkawan dengan Alia. Lalu mereka ambil keputusan untuk menjaga Alia. Tambahan pula mereka tiada anak. Sepanjang Alia bersama mereka, dia dijaga dengan baik. Mereka juga mengubah namanya. Tapi Alia tidak dihantar ke sekolah. Pak Husin bimbang rahsia Alia terbongkar.”
“Macam mana ingatan Alia boleh kembali semula?”
“Ingatannya kembali secara tiba-tiba. Waktu tu Alia sedang berada di kebun Pak Husin bersendirian. Bila Alia sedar siapa dirinya, dia jadi bingung lalu terus keluar dari kebun. Dia terus menuju ke balai polis untuk meminta pertolongan.” Ujar mak cik berbadan gempal yang mendapat maklumat tersebut dari mulut Alia sendiri dan anggota polis yang telah membantu Alia.
Akhirnya misteri kehilangan Alia terbongkar juga.
Rifqi sudah memohon maaf dari Alia kerana telah memungkiri janji. Alia mengaku yang dia sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap Rifqi dan rakan-rakan yang lain.
Alia sudah kembali ke sekolah. Dia tidak bersendirian lagi. Rifqi, Azizul, Rahmat, Dalila, Jamilah dan semua murid tahun lima menjadi kawan baiknya.
Rifqi tersenyum lega. Perasaan bersalahnya terus lenyap.
“Rif! Rif! Bangun!”
Sayup-sayup terasa namanya sedang dipanggil. Sebentar kemudian badannya pula terasa bergoncang. Gambaran wajah Alia dan rakan-rakan terus terbang satu persatu.
Rifqi membuka mata. Dia terkulat-kulat memandang wajah ibunya.
“Dah masuk waktu Maghrib ni. Tak elok tidur waktu begini. Cepat bangun!” Puan Kamsiah membebel.
“Hah!”
Rifqi menggenyeh biji matanya. Dia terpinga-pinga. Dia tidak berada di dalam kelas sekarang.... tetapi di ruang tamu rumahnya.
“Er... Azizul dan Rahmat ada datang sini tak sebentar tadi?”
Masih terdengar namanya dilaung kedua sahabatnya itu. Mereka datang untuk memaklumkan kepulangan Alia.
“Tak ada sesiapa pun yang datang. Mimpilah tu! Cepat bangun pergi ambil wuduk.” Perintah Puan Kamsiah.
“Tapi... er...”
Rifqi bangun lalu duduk di atas sofa. Dia termangu di situ. Tak mungkin kepulangan Alia hanya satu mimpi!
“Laa... kenapa duduk di situ lagi. Abah dah tunggu nak solat bersama tu.” Puan Kamsiah menggeleng-geleng kepala.
“Mak... Alia dah dijumpai ke?”
Rifqi berharap sangat apa yang dilaluinya sebentar tadi bukannya mimpi.
“Kenapa Rif tiba-tiba tanya soalan tu? Rif... budak Alia tu dah setahun hilang. Langsung tak ada khabar. Entah hidup entah mati. Kau bermimpi Alia ye?” duga Puan Kamsiah apabila melihat sikap Rifqi yang pelik. Bangun tidur sahaja, terus tanya tentang Alia. “Rifqi... Rifqi... kau mengigau! Itulah, tidur waktu senja lagi!”
Rifqi meraup lemah mukanya. Mimpi yang indah. Mimpi yang membahagiakan. Mimpi yang melenyapkan perasaan bersalah. Ah, semua itu hanya mimpi! Rifqi melepaskan keluhan panjang. Dia bangun meninggalkan sofa dan menuju ke bilik air dengan muka moyok.
Teringat dia ramalan oleh seorang bomoh yang Alia akan kembali semula selepas dua belas tahun. Benarkah ramalan tersebut? Sebagai orang Islam, dia seharusnya tidak mempercayai ramalan. Namun, kerana terlalu mengharap, Rifqi tetap membilang hari. Diam tak diam sudah setahun berlalu....
Ini bermakna dia harus menanti sebelas tahun lagi....

p/s : aku sendiri belum berkesempatan utk melihat novel yang dah terbit ni. khabarnya dah sampai ke kampung minggu lepas. ingat nak blk kg tapi ujung minggu asyik ada program jer. ni baru selesai program perkhemahan...next week lak bengkel teater kanak2.. nampaknya minggu satu lagi baru aku dpt balik kg dan belek2 my novel ni. semalam ke popular taiping...dah sampai novel aku ni..masih dalam kotak, belum dipamerkan.. ikutkan hati nak beli jer.. tapi tak jadi.. baik aku beli terus dr penerbit...

Friday, July 3, 2009

TAG oleh DS

1. Nama panggilan saya : tanne/ida/idah/zz

2. Saya sedang mendengar : radio IKIM

3. Kekasih saya sekarang : diri saya

4. Mungkin saya patut : mengikut kata hati saya

5. Saya suka : lepak di kedai buku

6. Sahabat-sahabat baik saya : semua baik-baik belaka

7. Saya tak faham : kenapa tahun ni saya malas menulis

8. Kerjaya saya sekarang : cikgu dan penulis novel

9. Saya baru kehilangan : duit yang digunakan untuk beli tiket bas yang tak digunakan

10. Ramai yang berkata saya : kreatif, pendiam, memilih..huhu

11. Makna nama saya : Zuhud

12. Di suatu tempat, seseorang sedang : Memikirkan masa depannya

13. Bila saya terjaga dari tidur : saya akan belek handset tengok jam, mesej

14. Saya paling meluat bila : tengok manusia berlagak pandai

15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah : panda

16. Aktiviti / program hari ini : perkhemahan unit beruniform di padang sekolah, saya setiausaha

17. Malam ini saya akan : tengok nur kasih, internet, tido

18. Esok saya akan : ke sekolah...urus perkhemahan

19. Sebelum tidur saya akan : baca doa...berangan

20. Perancangan hujung minggu : servis kereta di pusat pro2, Kamunting

21. Saya sedang menanti : keputusan temuduga spp

22. Saya rasa kesal bila : saya beli baju, tapi baju tu tak padan ngan tubuh badan saya..huhu..grrrrr

23. Saya sangat berharap bila : saya isi borang peraduan shell, nama saya sangkut sbg pemenang utama

24. Saya rasa saya seorang yang : tak banyak songeh dan tak tetap pendirian

25. Telefon bimbit saya : N0kia E71, CSL

26. Saya sedang merindui : saat saya masih seorang student di kolej unitek dan UPM

27. Umur saya sekarang : 32 tahun 4 bulan

28. Pengalaman pahit untuk minggu ini : alhamdulillah, tak der

29. Pengalaman manis untuk minggu ini : Menjejakkan kaki ke UPM setelah 9 tahun meninggalkannya...

30. Kali terakhir tengok wayang : Anaconda..lebih 10 thn yg lalu

31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak : purata sekali jer seminggu

32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak : puluh2 jer

33. Kali terakhir menonton televisyen : pagi tadi..anjakan paradigma

34. Channel TV kesukaan saya : discovery, history channel

35. Orang yang anda rasa nak tag : zurie, jue, dll

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...