Monday, September 11, 2006

My Girl

Drama Korea terbaru dah start di 8 TV jam 8.30 - 9.30pm. Jom ramai2 tengok drama yang mengisahkan percintaan lelaki kaya dan gadis miskin. Si hero adalah pengarah sebuah hotel ternama yang sombong. Si heroin pula pemandu pelancong di sebuah pulau yg bersikap gila2.
Episod pertama mengisahkan heroin (tak ingat nama lagi) yg bengang dgn bapanya yg asyik berjudi. bapanya juga suka berhutang. satu hari 'Along' dtg cari bapa heroin. Bapa heroin dah blah. Mrk nak dptkan heroin. Heroin lari dan hampir dilanggar hero yg sdg memandu. Dia pura pengsan. Hero pun hantar heroin ke hospital. Di hosp. 'along' tetap mengejar heroin. Heroin terpaksa lari. Dia sempat dptkan bus.card hero yg dipegang nurse.
Heroin jumpa hero kat hotel, konon nak mintak pampasan. Tapi hero bukannya mudah ditipu. Hero tak layan. Heroin nak blah. Hero ternampak bus.card heroin yg tertera pekerjaan heroin & kemahirannya berbahasa Jepun & China. Hero mmg terdesak nak cari penterjemah ktk tu lalu pelawa heroin. Heroin terus setuju.
Org2 China yg berurusan dgn hero suka dgn sikap heroin. Heroin dibayar upah.
Hero terima 'wine' dr heroin ke2 yg jg pemain tenis. Pemain tenis tinggalkan hero krn cintakan dunia sukannya. Hero tgk tv aksi heroin ke2 kat Moscow.
Heroin malam tu tidur di banglo kosong milik hero krn tak ada org stay situ. Dia terpaksa bermalam di situ krn terus dikejar along.

Wednesday, August 30, 2006

Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang akan menjengah beberapa hari saja lagi. Kalau tak Sabtu, Ahad sudah sepastinya. Menunggu ketibaan bulan puasa adalah detik yang paling gembira di hati saya. Saya dan ahli keluarga akan berbual aktiviti bulan puasa atau kenangan-kenangan yang tak dapat dilupakan tahun-tahun lepas. Kemeriahan Pasar Ramadhan akan meniti di bibir, begitu juga juadah berbuka puasa. Aktiviti bertukar juadah dengan jiran-jiran masih dijalankan. Lagu-lagu yang membuatkan rasa syahdu di hati tak lupa dinanti-nanti seperti lagu dari Kumpulan Raihan (dah lupa apa tajuknya... yang mulanya macam ni... ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih....) Alamak! Dah tak sabar dah ni!
* Bulan Ramadhan jg menguji kesabaran sebenarnya....

Hari Kebangsaan

Assalamualaikum...
Kita akan menyambut Hari Kebangsaan kali ke-49 pada tanggal 31 Ogos 2006 bersamaan hari Khamis. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan buat semua yang sudi singgah di blog ini. Seperti kebiasaannya, saya akan berada di rumah sepanjang masa kerana sambutan kemerdekaan di tempat saya tidaklah segah atau semeriah di bandar-bandar besar. Setiap tahun perarakan Hari Kebangsaan akan di adakan di Pekan Kroh. Perarakan akan bermula dari SMK Tun Saban dan berarak hingga ke Padang Bandaran. Pelbagai persatuan dan pertubuhan akan menyertai perarakan tersebut.
Aktiviti Air paling popular di sini sempena meraikan hari merdeka. Pesta air dan menangkap ikan biasanya dijalankan di Takung atau Tasik Kroh. Mula-mula air dikeringkan terlebih dulu. Orang ramai yang mahu menangkap ikan akan berdiri di tepi tasik sebelum wisil ditiupkan yang menandakan mereka boleh masuk ke dalam tasik dan mula menangkap ikan dengan pelbagai alatan yang digunakan. Siapa dapat ikan paling besar akan dapat hadiah. Cabutan bertuah juga sering diadakan. Tahun ini saya tak pasti sama ada Pesta Tangkap Ikan akan diadakan atau tidak. Jika ya, Insya-Allah saya akan pergi sebagai penonton....
Sempena Bulan Kemerdekaan ini, banyak lagu Patriotik dimainkan di corong radio. Lagu yang paling saya gemar tentulah lagu dari Allahyarham Sudirman bertajuk WARISAN. Saya sertakan lirik lagu ini....

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Saturday, July 22, 2006

Menuju Puncak Cinta

Ini adalah manuskrip saya yang ketiga. Saya sudah menghantarnya ke sebuah syarikat penerbitan. Belum ada apa-apa makluman dari pihak sana sama ada menerima atau menolak manuskrip tersebut. Menuju Puncak Cinta berasal dari tajuk Izhan Izhanie. Temanya... cinta remaja. Harap2 diterima kerana ini salah sebuah novel yang saya suka.

Monday, June 19, 2006

MY CERJANG

Assalamualaikum...
Saya telah mencipta satu lagi blog iaitu http://cerjang-tannehadihaz.blogspot.com untuk saya letakkan karya-karya saya yang berbentuk cerjang (cerpen panjang). Sudi-sudilah menjengah ke sana atau klik saya pada My Cerjang kat sebelah kanan.

Friday, June 16, 2006

MENCARI BAHAGIA

Sedutan cerpen Mencari Bahagia...

Setelah hampir sebulan tidak mendengar suaramu apatah lagi melihat wajahmu, kerinduan di hati kian menyesak. Aku beranikan diri menghampiri teman-temanmu di kedai kopi. Aku ingin tahu ke mana kau menghilangkan diri. Aku harus mendapatkan jawapan. Agar terhurai segala yang bermain di fikiran.
"Maafkan saya... saya nak jumpa... er...er..." Siapakah nama kau? Nampak sangat selama ini aku tak pernah ambil tahu tentang dirimu. Yang ada hanya perasaan benci....
"Irshad?" pintas seorang lelaki.
"Irshad? Lelaki yang selalu mengganggu saya ti, namanya Irshad?"
Jadi, insan yang selalu menghubungiku melalui telefon dan selalu mengganggangguku tika aku pulang dari sekolah adalah orang yang sama. Patutlah sejak aku terima hadiah darimu, aku turut tidak lagi menerima panggilan dari seorang lelaki bernama Irshad. Suara kau di dalam telefon jauh bezanya.
"Dia dah ke Jerman."
Itulah jawapan yang ku terima mengapa kau menghilangkan diri secara tiba-tiba. Mulanya aku menyangka rakan-rakanmu mahu mempermainkan aku. Setelah Pak Mat pemilik kedai kopi mengiakannya, barulah aku percaya....

Kisah selanjutnya boleh dibaca di ruangan Cerpen Pilihan, Majalah Remaja keluaran 15 Jun 2006.

Thursday, June 1, 2006

Sad Sonata & Malin Kundang

Dua drama ni tak boleh tinggal satu episod pun. Suka kedua-dua drama ni. Sangat-sangat suka sebenarnya. Sad Sonata sebuah drama cinta lara, sesuai dengan tajuknya. Minat dengan watak heronya - Junying - Drama Korea ni sebenarnya lebih kurang je. Heroin berpenyakit ... hilang ingatan ... disangka mati rupanya tak... pertalian adik abang... tapi tetap nak tengok. Antara yang pernah diikuti seperti Winter Sonata, A Story of a Successfull Bright Girl, The Eve, Hotelier, Stairway to Heaven, My Love Patzi....
Malin Kundang pula ala-ala Si Tanggang bagi rakyat Malaysia. Tapi ni Malin Kundang zaman moden. Saya memang peminat drama terutama dari Korea dan Indonesia. Pernah terpaut dengan beberapa sinetron seperti Hikmah, Ikhlas, Opera Jakarta, Kisah Adinda, Harga Diri, Tali Kasih.
Drama Melayu pulak bolehlah. Suka dengan drama Raflesia. Tapi sekarang ni mengikuti Janji Kekasih walaupun ada sikit2 persamaan dengan drama Korea - Autumn In My Heart. Autumn dulu hanya ikuti episode awal je. Tak suka dengan watak heroinnya yang senyap. Begitu juga dengan telenovela Filipina baru2 ni - Stolen Moment - Tak suka dengan watak Margaret yang senyap. Telenovela Filipina yang lain2 layan gak walaupun jalan ceritanya sama. Berpisah dengan ibu bapa kandung, orang kaya orang miskin, hilang ingatan...
Telenovela Latin juga saya layan. Tapi sekarang ni tak ada yang menarik. Pernah mengikuti telenovela Mis Tres Hermanas (Lisa & Santiago), Rosalinda (Rosalinda & Fernando Jose), Betty La Fea (Betty & Armando), Pobre Diabla (Fiorela & Andres), Catalina y Sebastian, Cuando Seas Mia (Paloma & Diego), Luna ( Luna & Mauricio) dan Por Tu Amor.
Adios!

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...