Friday, November 24, 2006

Harapan Ms Mable



Belek-belek album gambar, terjumpalah kad ni. Kad kecil yg dihadiahkan oleh Ms Mable kepada saya. Ms. Mable ialah guru kelas saya waktu belajar di Form 4 dan Form 5Sc., SMKTS. Sekarang Ms Mable dah bertukar ke sekolah lain dan mungkin jg dah berkahwin dan menukar nama lain. Ms Mable seorg guru yng baik tetapi tegas. Cara pengajarannya menarik dan tak membosankan. Dulu, saya tak suka English. Tapi lepas Ms Mable ajar, rasa seronok pulak.

Sebelum periksa SPM, ada le jamuan perpisahan. Ms Mable panggil sorang demi sorang muridnya nak bagi kad ni. Terkejut saya dan happy sangat bila baca ucapan yg tertulis. Ms Mable tahu saya minat menulis kerana selepas cuti, dia akan soal muridnya akan aktiviti semasa cuti sekolah. Saya tak bagitahu pun yg saya menulis cerita coz malu. Tapi best friend saya yg sering baca cerita saya tu telah membongkarkan rahsia saya. So, Ms Mable dan seluruh kelas tahu minat saya tu.
Tak sangka, jadi juga saya seorang penulis.

2 comments:

Anonymous said...

Salam perkenalan Tanne... ermm.. akak dapat tangkap Hadihaz tu, tapi Tanne tu akak tak boleh pusing-pusing. Maaf ya, kalau tersalah kata. Jemputlah ke blog akak bila-bila senang.

Catatan ZZ said...

Salam perkenalan utk Kak Raina jg. Selalu nampak nama akak kat KarnaDya tp segan nak tegur.

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...