Tuesday, October 2, 2007

Fakta / Tabiat

Kena tag oleh Biksh minggu lepas tentang 8 fakta atau tabiat diri saya. Janji nak buat hujung minggu tapi tak sempat.

1. Bunga-bunga Pagi
Inilah novel pertama yang saya baca ketika umur saya 11 tahun. Dan inilah juga novel yg sya baca lebih dari sekali. Berapa kali saya baca novel ni dah tak ingat. Tapi dulu, memang ingat setiap babak. Sayangnya novel ni dah hilang dari simpanan. Novel jenis ni popular satu masa dulu. Tak tebal dan harganya tersangatlah murah. Tak sampai rm3 kalau tak silap. Wataknya yg masih aku ingat iaitu Zulfakry (hero), Nadia Hanim (heroin). Mengisahkan tentang pelajar baru di sebuah sekolah bernama Nadia Hanim yg berkawan rapat dgn Sofea. Mereka Form 5 Sains Alfa. Babak bermula apabila Nadia Hanim on the way nak ke bilik guru bg menghntar buku latihan yg dikumpul. Seorang lelaki terlanggar dia lalu buku2 latihan jatuh. Lelaki tu tolong kutip buku dan akhirnya perasan pelajar itu ialah Nadia Hanim. Dia berpindah ke sekolah tersebut sebab nak ikut Nadia. Itu hari pertama dia dan minta Nadia tunjukkan pejabat. Zulfakry Tingkatan 6 Atas. Bermulalah adegan Zulfakry cuba tackle Nadia Hanim. Cikgu Hisyam yang wajahnya dinyatakan seiras Pierce Brosnan juga memberi perhatian lebih pd Nadia. sehingga membuatkan Sofea merajuk kerana Sofea suakkan Cg Hisyam. Zulfakry dan Nadia popular di sekolah kerana bijak dah menjadi atlit sekolah sehingga dipilih olahragawan dan olahragawati. Banyaklah lagi babak yg best dlm novel ni....sesiapa yg pernah baca novel ni, hubungilah saya. Nama pengarang dah tak ingat.

2. Berkenalan
Dari sekolah rendah lagi saya minat berkenalan. Mula2 kenalan dalam negara. Bila menginjak ke sekolah menengah, mula cari kawan dari luar. Saya menyertai International Youth Club (IYS) yg berpusat di Finland. Dapat le beberapa kawan. Yg masih setia menghubungi aku sehingga sekarang ialah Florencia dari Argentina tetapi skrg menetap di USA. Dulu suka bertukar2 setem, poskad dll dgn penpal. Pernah berkawan dgn sahabat pena dr Turkey, Ireland, Pakistan, USA, Slovenia, China, Indonesia...

3. Rimba Bebanan
Inilah cerpen pertama yang aku tulis dan taip pakai typewriter masa Ting 4. Tajuk ambil dr tajuk lagi kumpulan apa entah dah lupa. Hero nama Shezevell, heroin Esmishell. Watak lain juga berakhir dgn huruf ell. Pelik nama watak , begitulah juga dgn jalan cerita. Pelik gak... Dulu segan nak bagi org baca termasuk ahli keluarga.

4. Melamun
Kalau tak bercakap atau tak tidur, inilah hobiku.

5. 47
Nopen yang aku start buat dr Form 4 sampai tahun 2003 jumlahnya 47... 1 dah hilang! 3 dah jadi novel...

6. Bambino
Masa sekolah rendah dulu, suka kumpul majalah yg dah tak wujud ni. Suka masuk peraduan tapi tak pernah menang.

7. 1
Kawan sekolah rendah yg masih setia berhubungan denganku cuma tingga sorang saja... yg lain dah tak tau menghilang ke mana.

8. Maaf Zahir dan Batin
Time nak raya dan pada hari raya baru aku nampak dan luah perkataan ni. So, pada semua pengunjung web, ampun maaf ku pinta dari hujung rambut hingga hujung kaki andai tulisan di blog telah mengguriskan perasaan anda tanpa disedar. Selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin.

2 comments:

Anonymous said...

Ungkapan "bunga-bunga pagi" menarik perhatian paklong kerana, pagi ni tadi baru paklong ketemu dalam sebuah sajak nukilan seorang penyair kontemporari Indonesia, Saiful Haq.
Paklong sekarang ni tengah ikuti perkembangan penyair muda ini melaui blognya http://puisi-iphoel.blogspot.com/
Paklong turunkan sajaknya itu disini.
(Maaf menggunakan sedikit ruang)
Dibatas Airmata
Engkau yang mengurai airmata, dalam kubang kesedihan yang menyiksa
Engkau kini sendiri dalam kesedihan tuntas
Lihatlah di cermin, dikaulah keindahan tak terjamah
Selalu saja dirimu murung di dalam istanamu
Kau lepas seluruh keceriaan bunga-bunga pagi hari
Dan menghampiri kepiluan senja
Di tengah padang kesendirian

Percintaan seharusnya tidak mebuatmu lara
Memasung diri pada rangkaian duri mawar
Kau jelmakan diri menjadi taman tak terawat
Kau biarkan setiap musim yang singgah mengganggu ketenanganmu

Lihatlah, ribuan bunga menanti kebangkitanmu
Kolner Dom dan Santa Gross Martin semakin nampak tua tanpamu
Menaranya yang angkuh melambai-lambai memanggilmu
Burung-burung merpati berpuasa untuk kedatanganmu

Kenakanlah pakaianmu yang terbaik
Melangkahlah dengan anggun
Pesta ini sedang menanti ratunya
Perhelatan akbar menentang kesedihan

Lihatlah bagaimana dunia baru akan tersenyum
Parade kegembiraan dipayungi sang langit
Siap untuk mengarakmu
Menuju ke oase kehidupan
Dimana tak ada lagi airmata

Köln (Cologne), 20 September 2007

Catatan ZZ said...

Wah sedapnya sajak oleh Saiful Haq. Bahasa pun best. Entah bila saya dpt hasilkan karya yg tinggi bahasanya. Soal bahasa sy memang lemah. Terima kasih pak long sebab bagitau sajak ni, saya nak publish dlm blog la. Blog penyair ni pun saya akan singgah.

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...