Sunday, June 29, 2008

Hanya PadaMu


Benarkah aku sudah melupai Hafid? Ah, kenapa aku harus membohongi diri aku sendiri? Kehadiran Izhan hanya melupakan seketika aku pada kenangan indah bersama Hafid. Hanya seketika. Bila kesunyian menjelma, Hafid tetap hadir dalam ingatannya. Sampai bila pun dia takkan mungkin dapat melupakan Hafid, kerana lelaki itulah yang telah mengajarnya erti cinta pertama. ~ Izhanie
“Teruslah membohongi diri awak. Saya akan tunggu dan lihat sampai bila awak sanggup
menipu perasaan sendiri.” ~ Izhan

Dia bersyukur jika Izhanie sudah berpunya biarpun jauh di sudut hati perasaan kecewa tetap
ada. Dia tidak boleh merebut cinta Izhanie kembali. Memang mereka ditakdirkan untuk
bersama, namun bukan dalam keadaan seperti yang diharapkannya. Hafid sedang belajar
menerima takdir yang telah tertulis. ~ Hafid

Akan aku pertahankan cinta pertamaku walaupun hati sudah mula goyah sejak kehadirannya
yang telah mengganggu minda dan perasaanku...

ILHAM PENULIS
Cinta sesuatu yang indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Cinta pada keluarga, cinta sesama insan, cinta pada pelajaran dan cinta pada ILAHI, mana satukah yang paling utama? Hadirnya tak tentu masa, malah mungkin terjadi di mana-mana. Hidup berbunga ceria, andai cinta sentiasa mekar. Hidup menjadi derita, andai cinta tak mampu ditangani sebaiknya. HANYA PADAMU terhasil dari pemerhatian penulis dengan apa yang sedang berlaku dalam dunia sekarang. Mungkin kita teralpa seketika andai hati sudah dikaburi perasaaan cinta sesama manusia, hingga terlupa tujuan kita lahir ke dunia. Tidak salah memiliki rasa cinta, namun biarlah berpada ~ Dannie Sofea



Thursday, June 26, 2008

Cover HANYA PADAMU


Akhirnya, manuskrip yang aku hantar tahun lepas diterima juga untuk diterbitkan. Alhamdulillah... sampai juga hajat aku nak melihat manuskrip ni diterbitkan. Ini adalah novel cintaku yang ke 3 dan secara peribadinya adalah novel yang ke 5. Hanya Padamu merupakan novel pertamaku bersama penerbit Buku Prima, juga yang pertama menggunakan nama pena Dannie Sofea (selain Tanne Hadihaz, Zahida Zarkasi, Izz Danea). Pastinya ada sebab kenapa aku menggunakan nama pena tersebut.

Hayati tajuk, blurb (Kenapa ini harus terjadi saat cinta kian bersemi...) dan cover...

Dah boleh agak tak bagaimana jalan ceritanya? Kalau belum, kena belilah :) Insya Allah akan berada di pasaran bulan depan.

Wednesday, June 25, 2008

Hanya Padamu

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Awan yang berarak saujana membiru

Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

p/s : Lagu ni popular awal 90-an, dari kumpulan Qiara.
Hmm... novel terbaru ku juga akan terbit dgn tajuk
yang sama..

Manuskrip Rakan

Hari ni aku selesai baca manuskrip yang diberikan seorang rakan. Dia minta komen dariku. Sebenarnya aku bukan reti sangat nak memberi komen ni. Kalau best aku kata best, kalau ada yang tak kena pada firasatku, aku bagitahu. Ikut citarasa aku. Citarasa pembaca lain, pasti berbeza atau mungkin juga sama. Terpulang kepada penulisnya, kerana hasil tulisan adalah haknya. Mujurlah dia dapat menerimanya.

p/s : Harap manuskrip anda diterbitkan. Kalau gagal, berusaha lagi. Chayok!

Monday, June 23, 2008

Teksi Bermeter

Tulis jer teksi bermeter, hakikatnya... hampeh! Dah berapa kali bertemu dengan teksi yang konon2nya guna meter. Terutama area Pudu. Semalam, ada orang minta aku beli laptop, maklumlah kat KL lebih murah berbanding tempat sendiri terutama area Low Yat. Aku tiba di Pudu jam satu. Sempat ler nak ke Low Yat, tapi kena naik teksilah. Nak jalan dah tak sempat sebab tiket bas aku jam 2.30 petang. Nak beli laptop tentu makan masa. So, aku cari ler taxi. Sebut jer Low Yat, dia terus balas RM5.00. Hmm... bila sampai destinasi, aku pandang kat meter dia tu, tak sampai pun RM3.50. Grr... Masa balik ke Pudu pulak kena RM8!

Di Mana Aku Berada Sekarang?

Di mana aku berada sekarang? Itu soalan yang bermain di mindaku apabila berada di dalam kenderaan awam di KL. Naik lah bas ke.. komuter ke.. LRT ke... paling ramai penumpang tentunya pendatang. Hmm...sekali sekala terasa berada di Jakarta, di Nepal... Bangladesh... Vietnam.. huh! Hari cuti ke tak cuti ke, kenderaan dipenuhi kaum-kaum ni. Ya okey tu okey la... yang aku menyampahnya yang tak ada adab. Buat macam pengangkutan awam tu dia punya. Tak payahlah aku coretkan di sini, buat sakit hati jer.

Bengkel Penulisan

Tujuan utama saya menyertai bengkel penulisan yang dianjurkan oleh KarnaDya pada 21 Jun lepas kerana nak tiup semangat menulis yang kekadang menurun. Lagipun, minggu sibuk (praktikum) sudah tamat. So, inilah masanya untuk saya aktif menulis semula, dan menyiapkan semua cerita yang tergantung. Alhamdulillah... memang meningkat pun mood menulis. Harap mood tidak turun2 lg sehingga saya berjaya menyiapkan semua cerita saya yang separuh jalan tu.

Sunday, June 22, 2008

Tunggu

Ingat nak tulis pasal apa yg berlaku minggu ni, memandangkan dah lama saya tak update blog, tapi... err... ngantuk pulak. Jumaat lepas saya selesai menjalani praktikum, semalam pula saya sertai bengkel penulisan anjuran KarnaDya. Banyak yg nak dicoretkan tapi... Insya Allah esok saya tulis.




ngantuknyerr....

Tuesday, June 10, 2008

Moero Attack



Sesekali mengenang zaman indah kanak-kanak bersama Kojika Joon

Monday, June 9, 2008

Buronan Cinta (The Lima)

Banyak sudah yang menegur
Nanti aku kan tersungkur
Dengan gaya ku menggoda
Setiap perempuan di mata

Tapi dunia cukup besar
Untuk simpan rahasia
Sudah terjerat baru terasa bagai
Oh..

(Chorus)
Oh buronan cinta
Terjepit di antara
Dua pacar berbeda
Pada waktu yang sama

Yang kiri belum tutur
Kanan juga begitu
Lebih baik ku lari
Cari pacar yang baru

Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..
Puas si cari gadis sempurna
Tapi belum ku jumpa
Semua punya kekurangan
Jadi kutambah pilihan
Bagaimana mereka tahu
Semua rahasiaku
Demi kebebasan biarlah bergelar
Oh…

(repeat Chorus)

Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..
Ku buronan cinta
Sampai kapan ku begini
Ku sendiri pun tak pasti
Mungkin ku begini sampai ke tua
Oh.. oh oh oh oh.. aku..

(repeat Chorus)

Sunday, June 8, 2008

Saturday, June 7, 2008

Tambun - Lost World





Selasa lepas (3 Jun 2008), saya sempat ke taman tema air Lost World of Tambun, yang terletak di Bandar Sunway Ipoh. Kami bertujuh ke sana sebelah petang. Tak puas main air sebab pada hari biasa taman tutup jam 6.00 petang. Kebetulan kami masuk menggunakan kupon jadi ada potongan untuk bayaran tiket. Harga biasa RM22.90, dapat potongan jadi RM17.90. Teringin nak pergi lagi, tapi tunggulah dulu coz sibuk sekarang ni.

Novel Terbaru KarnaDya

Sinopsis:

Memori silam menjadikannya kental tidak berjiwa. Biar dicaci dan dibenci dia tetap teguh mempertahankan pendirian. Asalkan semua tunduk patuh pada suara arahannya. Itulah kebahagiaan dunia yang dicari. Sungguh tidak disangka apabila takdir mula mencampuri. Tanpa disedari, dia dipertemukan dengan sebuah dunia yang begitu asing sekali. Hadir si cilik meruntuhkan dinding keegoan. Namun sang putera pula menambahkan kebencian. Keputusan yang diambil bersifat peribadi akhirnya memakan diri. Tujuan hidup kini mulai diragui. Berbaloikah menggadai nyawa untuk memperbetul kesilapan sendiri? Sebuah konflik diri yang harus dileraikan. Berasaskan keperitan yang akhirnya menjadi pengajaran. Pengorbanan dan kesetiaan menjadi ujian. Mampukah semuanya diharungi dengan keikhlasan?

Sinopsis:

"Isy, nama kamu Milo?”
Kisah Milia seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Ehsan. Dia seorang yang pendiam dan kadangkala kehadirannya tidak disedari oleh rakan-rakan. Personalitinya yang kurang menarik juga menyebabkannya tidak ramai kawan. Ditambah lagi Milia mempunyai kelemahan iaitu terlalu gementar untuk berhadapan dengan orang ramai.
Sesuatu telah terjadi di sekolahnya, akibat perasaan gelabah yang datang mendadak dan ini telah membuatkan ramai rakan-rakannya mempersendakannya. Hanya Finda dan Alif telah memberi semangat buat dirinya itu. Pun begitu, Milia mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Keistimewaan Milia mula terserlah setelah kematian ayahnya, seorang pegawai polis bahagian siasatan. Gadis itu berjaya menyelesaikan beberapa kes yang terjadi di sekolah.
Namun, adakah kejayaan itu berjaya membuka pintu hati Detektif Rahman untuk menerima Milia sebagai penyiasat dalam agensinya?

Sinopsis:

Farah Adibah– bertubuh gemuk, sering tidak disenangi oleh rakan-rakan sekolahnya terutama ketua pengawas yang berwajah kacak, bernama Faiyat.
Pelbagai peristiwa terpaksa Farah Adibah tempuhi dengan ketabahan yang masih berbaki. Namun semangat yang diberi oleh keluarga dan sahabat baiknya Norhidayah telah menjadikan dia seorang yang tabah.
Faiyat– sering menghina dan mencaci, sering tunjuk lagak tak ubah seperti adat gajah terdorong (orang yang berkuasa kerap menyalahgunakan kuasanya.) Tapi di sebalik kebenciannya itu, tiada siapa yang tahu ada rahsia yang disemat rapi. Apakah rahsia itu?
Dahulu ‘Debab’ sering dibuli, Kini disanjung sepenuh hati, Budi tidak boleh dijual beli, Akan dikenang sehingga ke mati.
Ikutilah kisah selanjutnya, semoga anda semua terhibur …

p/s : Tahniah buat DLyn, Nora Isa dan Syima Syawal



SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...