Memori silam menjadikannya kental tidak berjiwa. Biar dicaci dan dibenci dia tetap teguh mempertahankan pendirian. Asalkan semua tunduk patuh pada suara arahannya. Itulah kebahagiaan dunia yang dicari. Sungguh tidak disangka apabila takdir mula mencampuri. Tanpa disedari, dia dipertemukan dengan sebuah dunia yang begitu asing sekali. Hadir si cilik meruntuhkan dinding keegoan. Namun sang putera pula menambahkan kebencian. Keputusan yang diambil bersifat peribadi akhirnya memakan diri. Tujuan hidup kini mulai diragui. Berbaloikah menggadai nyawa untuk memperbetul kesilapan sendiri? Sebuah konflik diri yang harus dileraikan. Berasaskan keperitan yang akhirnya menjadi pengajaran. Pengorbanan dan kesetiaan menjadi ujian. Mampukah semuanya diharungi dengan keikhlasan?
"Isy, nama kamu Milo?”
Kisah Milia seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Ehsan. Dia seorang yang pendiam dan kadangkala kehadirannya tidak disedari oleh rakan-rakan. Personalitinya yang kurang menarik juga menyebabkannya tidak ramai kawan. Ditambah lagi Milia mempunyai kelemahan iaitu terlalu gementar untuk berhadapan dengan orang ramai.
Sesuatu telah terjadi di sekolahnya, akibat perasaan gelabah yang datang mendadak dan ini telah membuatkan ramai rakan-rakannya mempersendakannya. Hanya Finda dan Alif telah memberi semangat buat dirinya itu. Pun begitu, Milia mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Keistimewaan Milia mula terserlah setelah kematian ayahnya, seorang pegawai polis bahagian siasatan. Gadis itu berjaya menyelesaikan beberapa kes yang terjadi di sekolah.
Namun, adakah kejayaan itu berjaya membuka pintu hati Detektif Rahman untuk menerima Milia sebagai penyiasat dalam agensinya?
Sinopsis:
Farah Adibah– bertubuh gemuk, sering tidak disenangi oleh rakan-rakan sekolahnya terutama ketua pengawas yang berwajah kacak, bernama Faiyat.
Pelbagai peristiwa terpaksa Farah Adibah tempuhi dengan ketabahan yang masih berbaki. Namun semangat yang diberi oleh keluarga dan sahabat baiknya Norhidayah telah menjadikan dia seorang yang tabah.
Faiyat– sering menghina dan mencaci, sering tunjuk lagak tak ubah seperti adat gajah terdorong (orang yang berkuasa kerap menyalahgunakan kuasanya.) Tapi di sebalik kebenciannya itu, tiada siapa yang tahu ada rahsia yang disemat rapi. Apakah rahsia itu?
Dahulu ‘Debab’ sering dibuli, Kini disanjung sepenuh hati, Budi tidak boleh dijual beli, Akan dikenang sehingga ke mati.
Ikutilah kisah selanjutnya, semoga anda semua terhibur …
p/s : Tahniah buat DLyn, Nora Isa dan Syima Syawal
1 comment:
Post a Comment