Tuesday, January 20, 2009

Cara Saya Menulis

Sebenarnya ada mereka yang ingin tahu bagaimana saya menulis, bermula dengan berangan @ mungkin mendapat ilham secara tiba-tiba sehinggalah terhasilnya sebuah buku/novel. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan, menulis adalah hobi saya. Bererti jika ada masa lapang, barulah saya akan menulis. Selain menulis, saya juga mempunya hobi lain. Jadi, saya harus membahagi masa lapang untuk melakukan perkara-perkara yang saya suka, dan semua ini bergantung kepada mood. Bila mood menulis datang, saya akan menulis, bila mood melukis datang, saya akan melukis, membaca, berchating, bersiar2 dsb. Sebab tulah saya mengambil masa yg agak lama utk menyiapkan sesebuah manuskrip.

Saya menulis berdasarkan ilham yang biasanya datang dinihari. Keesokan pagi saya akan segera menyalin ilham tersebut. Ilham datang, 3,4 bulan sekali. Banyak juga ilham yang sudah dikumpul, namun belum mula mengarang lagi atas sebab2 tertentu. Dari ilham ni, saya akan berangan untuk mengembangkan idea. Bila dah dapat satu cerita yg biasanya saya akan fokuskan pada hero & heroin sahaja dan masalah di antara mereka, barulah saya akan mulakan langkah pertama.

Langkah pertama saya dalam menghasilkan sebuah manuskrip ialah dengan menulis rangka terlebih dahulu. Nama watak2 saya akan hanya letak huruf saja sebab nak fikir nama watak pun mengambil masa sebenarnya. Rangka biasanya terdiri dari pecahan bab; dari bab 1 sehinggalah bab 60 (akhir). Setiap bab saya akan letak point penting saja (lebih kurang 3-4 point). Bila saya mula mengarang, saya target 1 bab untuk 4-5 m/s. So, kalau 60 bab dpt lbh kurang 300m/s. Itu untuk cerita yang sekali tulis saja (round pertama). Ada awal, kemuncak dan ending. Kemudian saya akan masuk round ke-2. Masa nilah saya akan tambah idea yang baru muncul. Bila anda baca semula manuskrip anda, saya yakin pasti akan berlaku perubahan idea yg lbh menarik. Masa ni juga berlakunya kemasikini ayat yang saya pakai hentam saja masa round pertama dulu. Setelah dibaiki, biasanya berlaku pertambahan 100 lg m/s. Begitulah saya selalunya.

Bab pertama haruslah menarik supaya dpt menarik perhatian pembaca utk meneruskan pembacaan. Kalau boleh dari perenggan atau ayat pertama lagi. Saya ni jenis yang suka baca novel sebegitu. Tapi mungkin ada juga pembaca yg tak gemar cara begitu. So, terpulang pada penulis mana yang dia lebih suka dalam nak mulakan cerita. Nak memulakan ayat memang sukar. Kadang2 sampai sejam saya termenung dpn komputer sebelum mendapat idea utk memulakan cerita atau ayat menarik.

Rangka cerita biasanya hanyalah sebagai panduan. Saya sendiri sebenarnya tak pernah pun ikut rangka asal. Bila kita dah asyik menulis, dah jadi sebahagian cerita tersebut, saya yakin akan muncul idea-idea lain yang lebih menarik berbanding rangka asal. Bila ada perubahan, saya akan tulis rangka baru bermula bab mana perubahan idea berlaku. Kalau berubah lagi idea, saya akan ubah rangka lagi. Bukan apa, kalau kita tak buat rangka, takut idea yg dah ada dalam kepala hilang begitu saja.

Masalah saya bila menulis selain ikut mood ialah masalah miskin perbendaharaan kata. Saya tiada latar belakang sastera semasa belajar dulu, selain masalah loghat tempat saya yang lebih kpd melayu siam. Jadi agak sukar utk saya membina ayat yang sedap2 akibat kekukarangan perbendaharaan kata. Mungkin saya tahu perkataan tu dalam loghat kg saya, tapi bila nak tukar ke bahasa melayu, saya tak tahu perkataan yang sesuai. Bila baca novel lain, terasa hebatnya ayat-ayat mereka. Terasa diri saya kekurangan sangat sebab nak bina ayat pun tak reti. Ayat dalam novel saya ringkas2 saja. Itu cara saya. Ketika menghadiri bengkel penulisan KarnaDya, saya teringat kata-kata Puan Aina Emir; kita tulis cara kita, jangan ikut cara penulis lain. Saya berpegang pada kata2 tu. Jadi saya menulis cara saya. Terpulang pada pembaca sama ada nak menerima ke tak. Itu hak mereka.

Bila masalah nak bina ayat berlaku ketika saya menulis, saya biasanya tak berhenti setakat tu saja. Saya tulis juga dgn menggunakan perkataan saya sdr yg tak mungkin ada dalam kamus dewan. Tapi bila saya baca semula, biasanya dgn sendirinya perkataan yang sepatutnya akan muncul di kepala. Insyaallah... jangan risau.

Masalah kedua yang biasanya berlaku ialah kekeringan idea saat dah mula cerita. Memang rangka dah ada, tapi kadang2 rasa tak sesuai atau tak menarik pulak rangka yang dah dibuat. Jalan cerita tetap sama, tapi nak bagi plot menjadi menarik tu memang sukar. So, termenung lagi saya depan komputer sambil otak berputar mencari idea. Terpaksa perah betul-betul. Kadang2 idea datang, kadang-kadang idea akan datang kemudian. Kalau idea tak datang juga, saya tinggalkan dulu. Buat kerja lain dulu sambil otak tetap berfikir. Biasanya time nak tidur tu, idea yg sesuai datang. So, salinlah cepat-cepat.

Begitulah saya menulis. Untuk 4 buah novel saya yg dah diterbitkan iaitu Mawar Cinta, Kembara Cinta, Kalung dan Hanya Padamu; kesemuanya ilham hadir masa saya masih bersekolah lagi. Saya memang dah ada cerita tersebut yang saya karang dalam bentuk nopen. Jadi saya hanya perlu kembangkan idea saja. Itupun mengambil masa setahun (kerana saya menulis ikut mood). Tapi untuk novel remaja dewasa kedua saya bersama KarnaDya yang akan terbit nanti, keseluruhan idea saya tulis 1-2 tahun lepas. Kisah misteri + penyiasatan + cinta + persahabatan. Sekarang, saya sedang menulis novel cinta dan tengah mengalami kekeringan idea + malas. Begitu juga dengan sebuah cerita awal remaja yang dah sampai separuh yang sepatutnya dah siap hujung tahun lalu lagi.

Kesimpulannya, nak jadi penulis kena ada disiplin diri yang kuat. Cuba tetapkan sehari 1 bab atau sehari 5-10 m/s. Baru boleh berjaya. Tapi kalau menulis ikut mood pun, boleh berjaya juga...hehe. Cumanya, tak banyaklah novel di pasaran. Tapi biarlah sesekali novel kita terbit tu dapat menawan hati pembaca. Bila kita terima komen positif dan membina, dengan sendiri kita akan bersemangat untuk menulis. Lagi satu, biarlah apapun genre cerita kita, biarlah ada mesej yang nak disampaikan. Jangan kosong sahaja, nanti ditolak penerbit.

Selamat menulis!

10 comments:

pionopis said...

wah...hebatla cikgu.rasa macam berceramah di depan kelas jer.banyak yg saya tertinggal di sini.insyaAllah nak dapat berkat izinkan ilmu cikgu ni ya.mmm..bila gak novel "nostalgia" tu akan terbit ya..

Catatan ZZ said...

hehe..sedikit je ilmu yg sy ada..lbh kpd pengalaman sebnrnya..bila nak terbit novel tu? hm...baru dlm proses mula..insyaAllah nx yr kot..doa2kanlah

Anonymous said...

Jazakallah, thanks for sharing. Sebelum ni saya selalu membayangkan yang penulis ni takde life. 24 jam masanya dihabiskan untuk menulis. sekarang baru saya tahu yang penulis pun sebenarnya manusia biasa juga. cuma otaknya aje yang kreatif dan suka berangan. haha.

Btw, cerita-cerita awak memberi saya semangat untuk menulis (sekurang2nya secara hobi) dengan lebih giat lagi. Saya harap lebih banyak lagi celoteh2 awak yang sebegini di masa akan datang.

Thanks again. :)

Catatan ZZ said...

Yea...begitulah. Kami manusia biasa jer. Berangan tu memang wajiblah. Kalau tidak idea tak berkembang.
Ye menulis jgn tak menulis. Mulakan dr skrg. Harap seorg penulis lg akn lahir lepas ni :)

pionopis said...

mcm perli ajer..

Catatan ZZ said...

xderlah...tiupan semangat tu!

Mersik said...

Wahh.. mekasih la krn sudi berkongsi cerita perihal tulis2 ni. Maklom la.. setiap oang lain caranya.. apatah lagi yg dah tua2 bangka ni.. tapi "bertebiat" nk menulis.. hik hik *wink*

Catatan ZZ said...

sama-sama...
tua bukan sebarang tua tu...sethn terbit buku bersusun-susun...ni dok tunggu org tua kongsi cerita cara 'org tua' menulis lak...hikhik

ekha-bella said...

berangan tu sbnrnye bercita-cita..tp lau trlebih berangan bhya jgk..btul x k'idah?

pape pn bella doakn k'idah berjaya..

Catatan ZZ said...

thanx ekha...aah, angan2 akan mmbuahkan hasil jika diiringi usaha..angan2 biar berpada, jgn terlampau tggi, nanti jatuh diri sdr yg susah..he3

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...