Wednesday, March 4, 2009

Ada Yang Tak Kena

Entah mengapa aku rasa ada yang tak kena dengan diriku sejak akhir-akhir ni. Fikiran serabut dan runsing memikirkan benda yang tak sepatutnya aku fikir. Aku cuba sibukkan diri dengan menambah kerja. Aku bantu ustaz & ustazah karang cerita agama.... Kisah Ashabul Kahfi dan Kisah Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Dapat juga ilmu pengetahuan. Khidmatku juga diperlukan untuk buat costume buat peserta pertandingan Action Songs sempena karnival bahasa yang akan berlangsung 12 Mac. Harap-harap dapat bantu mengembalikan mood aku untuk menyudahkan manuskrip awal remajaku ke3. Memang aku tengah karang cerita pasal kesungguhan seorang murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. Harap dapat siap sebelum cuti sekolah... Tapi...entahlah. Aku juga tengah wat mural kat dinding dapur pra...mural buah-buahan. Dengan melakukan ini semua, aku harap dapat meletihkan mental dan fizikal supaya aku dapat tidur awal, secukupnya agar kembali bertenaga untuk mengajar keesokan pagi. Susahnya nak kembali ke jadual asal bila dah mula tidur lambat. Gara-gara nak cari ilham, aku sengaja tidur lambat dengan berchit chat. Alhamdulillah, idea datang mencurah-curah (tapi belum dicurahkan dlm bentuk manuskrip). Tak sangka, pelbagai spesies manusia yang aku jumpa. Emm...seronok juga menyamar...hehe....tapi nak kembali ke jadual asal hidupku, agak sukar...mata ni macam dah terkena virus. Dah tak mengantuk sebelum jam 12!

10 comments:

Bie'z said...

Salam
Oh patutlah mcm tak ceria je! Awk...stp masalah tu dpt di atasi tau.Awk nak buat sesuatu tu jgnlah sampai menyusahkn diri sendiri.Walau apapun, saya doakn awk pulih seperti sediakala lps ni.Apa lg jom ar chat

Catatan ZZ said...

Wassalam...terima kasih atas nasihat yg diberikan tu...tgh chat la ni..hehe

crystal_azure said...

serabuuuut???pikirin apa dong????hehehe...takkan dakpoli mengganggu fikiranmu????hu3

Catatan ZZ said...

dakpoli mana plak dah???????????gena mu ni...gosip x berasa

pionopis said...

mmm..ada yg sdg menganggu fikiran nampaknya,ini mungkin berkaitan kejiwaan yg belum selesai..bykkn bselawat.

Catatan ZZ said...

TQ....memang pun...susahnya nak mengubati penyaki 'jiwa' ni :)

pionopis said...

pelik ya...setiap gelodak jiwa watak dlm novelnya berjaya dirungkai...tapi kemelut jiwa penulisnya..???mmmm...:(cuba b'bincang dgn org yg dekat & boleh dipercayai..

Catatan ZZ said...

Insyaallah...sebabnya dlm nvl cari jln penyelesaian dulu, baru wujudkan masalah :)

crystal_azure said...

masalah kejiwaan???
hu3
jgn bersikap pelik2
ur besday is coming soon
hehehe

Catatan ZZ said...

hehehe....saja wat lawak eh..huhu

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...