Membeli belah di Padang Besar, Perlis
Pergi membeli belah bersama mak, kakak & anak2nya, serta 3 orang adik...
Cek, Yunie & me yg teruja kerana pertama kali menjejak kaki ke Padang Besar
Penat lepas membeli belah...
12 Jun (Jumaat) lepas saya dan sebahagian keluarga telah ke Padang Besar, Perlis. Dengan dua buah kereta, kami bertolak ke utara jam 8 pagi. Cadang nak ke Rantau Panjang, tapi tak jadi dan beralih ke Padang Besar. Memandangkan kami semua perempuan (kecuali anak buah yg masih budak2 lg) jadi kami sepakat hendak ke Padang Besar untuk..... apa lagi, bershopping la... perempuan kan : )
Saya paling teruja kerana ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Perlis...huhu... Saya dan adik menjadi pemandu. Kami tak tau jalan, just tanya lauan pd mereka yang pernah ke PB. Entah macam mana kami tak nampak tol Gurun. So, kami ikut jalan biasa lalu tempat yang tak pernah dilalui sebelum ni. Akhirnya sampai juga ke Bazaar PB sekitar jam 11 lebih. Perut dah lapar, so kami ke kedai makan dulu. Masakan siam... hmmm sedap & murah. Pastu bermulalah aktiviti membeli belah. Kena pandai bab tawar menawar. Blouse memang cantik2... kerongsang pun murah, selain beg tangan, makanan, cenderahati, teddy bear dan macam2 lagi. Jam 3 petang kami bertolak balik dan sempat singgah di kawasan penternakan burung unta. Balik kami sesat lagi, cari highway tak jumpa2... lawak betul. Akhirnya kami bertemu dengan highway Jitra... lega. Seronok dapat membeli belah di PB. InsyaAllah ada masa kami pasti akan ke sana lagi.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment