Tuesday, August 18, 2009

Hadiah


Minggu lepas aku menghadiahkan 5 buah novelku dan 1 nopen (Biarlahku Sendiri) pada library sekolahku. Sebenarnya dah lama nak hadiahkan hasil karyaku, tapi segan la pulak. Bila Guru Besar sebut yang dia tengah mencari novel2 aku masa beri ucapan di perhimpuanan pagi, baru rasa tak malu sikit. Tu pun berbulan juga la masa aku ambil untuk hadiahkan pada library sekolah. Bila kawan aku ambil alih jadi guru PS baru la aku berani nak serahkan novel. Kiranya nak buat senyap2 la. Tup tup PK HEM nampak. So dia minta turun tandatangan. Pastu kena serah sendiri kat GB, supaya GB tahu katanya. Mak ai... malu aku dibuatnya. Yer la, karya ku biasa2 saja. So aku beranikan diri jugak serahkan pada GB. Dia ada cakap sesuatu :)
Posted by Picasa

6 comments:

zurie said...

ape yg dicakapkan tu???
dpt apc nxt yr???
huhuhu

Catatan ZZ said...

apc??? oh tidak! perjalanan masih jauh utk mencapai anugerah tu..huhu
gb cakap 'mike bangga kome ditempatkan di sekolah ni :)

zurie said...

hu3...syok la mu
aku x sabor nak berambus dr sekolah ni...hu3

Catatan ZZ said...

borang tukar dah keluar ka? moh la menetap area kk

Mersik said...

Wahh.. glamer gitu.. ekekekek

Kim salam kat GB tu aaa.. hik hik

Catatan ZZ said...

glemer???...aminnn...

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...