Thursday, December 31, 2009

10 Jam Lagi - Selamat Tahun Baru

10 jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru..2010.Muda mudi pasti sibuk memilih tempat hendak menyambut tahun baru bersama insan tersayang. Macam satu pesta pulak tiap
kali tahun baru menjelma. Aku tak pernah lagi sambut tahun baru kat luar rumah.
Hehe...biasanya sambut kat umah jer. Tu pun kalau tak mengantuk. Aku ni
spesies tido awal. Tambah-tambah lagi kalau ada kat kampung. Pukul
10malam dah lelap dah sebab sejuk dan suasana pun sunyi.
Bercerita tentang tahun baru ni pasti tak lepas
daripada bercerita tentang azam baru.
Azam 2009 satu pun tak tercapai.
Salah siapa? Diri sendiri juga.
Huhu...
So, azam 2009 aku
bawa ke 2010. Tak salahkan.
Azam berkaitan dengan nak menyiapkan
manuskrip la :) InsyaAllah 2010 ni aku nak lebih
berdisiplin. Takmau dah jadi macam 2009. Aku gak yang rugi
sebab satu manuskrip pun gagal disiapkan. Sorry penerbit ye yang asyik
tanya bila nak hantar manuskrip baru. Kemalasan melanda aku di tahun 2009.
InsyaAllah 2010 ni aku akan lebih bersungguh-sungguh. Rangka semua dah siap. Nak habiskan
tu je entah naper malas bebenor. Anyway, buat semua pengunjung blog, saya ucapkan selamat menyambut tahun baru, semoga lebih sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.



1 comment:

pionopis said...

Azam tu sebenarnya berkait dengan sikap.jika sikap berubah tentu azam juga dicapai.jadi sikap sentiasalah dinilai,diperhati,diperhalusi adakah seiring dengan tujuan untuk mencapainya.moga2 kejayaan mengubah sikap tahun ini berhasil.salam hijrah 1431 dan 2010

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...