Thursday, January 20, 2011

Perlukah Diterbitkan Semula?

Sudah dua tahun aku gagal menyiapkan manuskrip dewasa :-( Malas... itulah penyebab utama. Entah bila aku akan bersemangat kembali seperti dulu-dulu. Hari-hari mesti menaip karang cerita. Tapi sekarang semangat singgah seketika saja. Kemudian malas kembali mengambil tempat. Kali terakhir novel aku terbit Julai 2009 ~ Menjejak Memori ~ yang aku siap karang pada tahun 2008. Dalam tempoh 2008-2010 aku hanya sempat menyiapkan sebuah novel kanak-kanak saja ~ Siapa Nombor Satu?~ Hmm...teruknya...

Ada rakan mencadangkan supaya KEMBARA CINTA & MAWAR CINTA diterbitkan semula. Bagus juga idea tu. Tapi, sudi ke penerbit lain nak terbitkan cerita yang diterbitkan 2005 & 2006? Tapi, takkan nak biarkan novel tu terperap saja, kan? Aku kena kemaskini sikit jalan cerita sesuai dengan keadaan semasa. Mawar Cinta adalah novel pertamaku dan Kembara Cinta pula adalah novel kedua. Kedua-duanya aku suka.

Terbitkan semua? Cubalah. Kalau tak cuba, tak tahu. Jadi aku kena cuba.

3 comments:

crystal_azure said...

dah sibuk ngan benda lain, mana sempat nak menulis dah...;p siapkan manuskrip yg tertunggak tu dulu...hehehe

Catatan ZZ said...

tak dak mood...pening kapara cari idea...godek2 hak dulu la senang sikit

Nora Isma Fuad said...

Olah semula.. garapkan lagi. + idea baru, dialog baru... bukan semua org sudah baca novel tu, apatah lagi, darpd sykt yang songlap je.. tak bayar langsung.

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...