Saturday, June 23, 2012

Kursus Profesionalisme Bahasa Inggeris

Isnin lepas kerani hulur surat panggilan kursus. Nama aku naik. Konpem naik pun sebab aku belum pernah ikuti kursus ni sedangkan semua guru pra wajib hadiri kursus ni. Sijil disediakan. Tempat kursus di Park Avenue Hotel yg tak jauh dr kampung halamanku. Puas jugak fikir nak naik bas ke drive sendiri. Akhirnya aku pilih bas. 
Hari Khamis jam 11.00 pagi aku gerak dari rumah ke PPD. Aku park keta kat sana dan minta guard PPD tu jaga :) 11.30 pagi bas dah ada. Tunggu para peserta memenuhi bas, so dlm setengah jam kemudian baru bas gerak. Bas dari PPD Kinta Utara. Bas berhenti rehat kat hentian mana entah, aku tak check pulak sbb aku tertidur dlm bas. 
Dalam jam 2.30 sampai la kat hotel yang letaknya tepi highway jer lepas tol. Aku takder teman baik yg terpilih sbg peserta kursus. Sudahnya aku masukkan jer nama aku kat bilik yg belum cukup roomate. Rupa-rupanya aku sebilik dgn JU. Bilik hotel kira okey la..nice view. Sebilik dua orang jer. Lepas solat, 3.30 semua peserta diminta berkumpul di dewan president 1. Ada taklimat dari pegawai khas pra.
Jam 4.00 minum petang. Lepas tu balik la lepak kat bilik. Roomate keluar jejalan kat bandar SP. Aku tercongok dlm bilik sambil on9 via Nokia E71 (adik aku kata jenama Nokia dah jatuh, Samsung pulak tgh naik). Jam 7.30 aku turun makan malam.
Jam 8.00 ada ceramah dari Puan Ainon selaku pegawai pra di JPN bahagian akademik. Tajuk ceramah tentang guru berkualiti. Ceramah selama 2 jam. Kembali ke bilik dan tido. Tak der teman nak borak..huhu
Hari kedua penuh aktiviti sampai ke malam. Hari ke tiga sampai tengah hari jer. Lepas tu choww....saat yg ditunggu ni. I miss my home sweet home so much!

2 comments:

bonjour said...

assalamualaikum..hari khamis yg lalu sy pinjam novel mawar cinta dr library.saya suka bca novel tu tmbhan lagi nama saya ialah izyan, nama bestfriend saya pula artika dan kwn kami namanya qalish..tak sgka kami beergabung dlm nvel mawar cinta

Catatan ZZ said...

Waalaikumussalam...alhamdulillah..tak sangka pulak kebetulan wujud nama watak yang sama dengan adik dan kawan2 adik tu...terima kasih sbb suka baca novel pertama akak tu :)

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...