Maaf Zahir & Batin
Harap belum terlewat... Dah tiga bulan aku tak update blog. Selain kemalasan bercampur kesibukan, ada sebab lain aku tak sentuh laptop. Penyakit 'misteri' yang tak pernah aku alami seumur hidup. Orang kata penyakit pembawaan budak :) Aku jadi loya bila tengok tulisan kecik. Sekarang masih ada rasa tu cuma pada tablet. Pada laptop kira dah kurang sikit. So boleh la aku online via laptop (tu pun jika raja game ada keje lain nak buat) huhu... Stop dulu pasal masalah aku ni. Lain kali aku akan update... pengalaman hamil anak sulung sampailah aku bersalin...
Kali ni aku nak story sikit pasal sambutan hari raya 19 ogos lalu. Nak kata meriah, tak jugak walaupun tahun ni turn adik beradik beraya di kampung. Kecohlah rumah yang sebelum ni hanya dihuni 2 orang saja (mak dan adik). Namun time raya rumah penuh dengan penghuni seramai 29 orang kalau tak silap. Anak buah saja dah ada 14 orang... Aku sendiri balik kampung pada Jumaat 17 Ogos coz sekolah aku tak ambik cuti Jumaat tu sebab tak mau ganti hari Sabtu. Kakak dan family di Seremban dah ada kat rumah. Malam tu kakak2 dari Bangi dan Semenyih pulak tiba bersama keluarga masing2. Adik aku yang menerap di Lumut dah tiba sehari awal.
Tahun ni tak bakar lemang. Sebabnya tukang bakar lemang tak balik iaitu abang ipar di Seremban. Dia beraya di kampungnya di Melaka kerana ada kematian ahli keluarga. Dari lemang, menu raya ditukar kepada ketupat palas yang telah dianyam oleh kakak2ku. Kak Lang dr Semenyih juga menyediakan nasi impit dan kuah kacang. Kak Ngah dr S'ban pulak sediakan rendang. Selain tu sup tulang jugak disediakan. Meriah dan kecoh la suasana berbuka puasa Sabtu tu.
Hari raya disambut seperti biasa. Tema baju kali ni ialah biru. Hajat nak pergi kubur melawat pusara arwah ayah dan saudara2 yg sudah pergi dulu tapi tak jadi. Mula2 kami melawat rumah atuk saudara satu2nya yang masih ada. Kami makan laksa di situ dan kemudian ke rumah bapak sedara sepupu dan kami dijamu dengan bihun sup. Kemudian kami ke rumah mak long, makan kuih-muih. Than singgah di rumah jiran dan dijamu nasi ayam. Terus ke rumah mak su dan mak lang sebelum kembali ke rumah. Jam 3 petang semua bergelimpangan kepenatan...haha... Petang dan malam tak berjalan ke mana coz hujan.
Raya kedua, kami ke open house rumah jiran. Makan nasi beriani + laksa + bubur pulut hitam + mee kari. Petang tu ke rumah mak lang coz persiapan menyambut perjumpaan ahli keluarga generasi Tok Fakeh Nawawi diadakan di sana. Tolong kupas bawang jer aku... dorang masak rendang dan bakar lemang dalam 50 batang.
Raya ketiga hari yang ditunggu-tunggu iaitu perjumpaan ahli keluarga generasi Tok Fakeh Nawawi, datuk saya. Suasana meriah kerana dapat berjumpa saudara mara. Nantilah aku storykan di entry yang lain (kalau rajin).
Opah bersama cucu2nya... |
Mak bersama 9 puterinya... |
My hubby & me :) |
Anak buah paling gembira sambut raya |
Baby Fayyad & Niyaz yg menceriakan suasa |
No comments:
Post a Comment