Kali kedua ke sini.
Kali pertama, tahun 2008, ketika masih bujang dan bersama rakan-rakan.
Kali kedua, 30 Mei 2015, sudah berstatus isteri dan ibu, bersama suami dan anak.
Sangat berbeza dengan 7 tahun yang lalu.
Kali ni pergi tak dirancang. Tiba-tiba bangun pagi terasa nak bawak anak dan suami yang belum pernah ke situ. Si Umar kebetulan suka main air.
Tambun here we come. Dah lama tak lalu sini. 7-8 tahun lalu selalu je lalu sini utk ke Maktab Perguruan Ipoh.
Mula nak beli tiket online tapi en suami cadangkan beli kat kaunter jer. Kami sampai jam 10.30 pagi dan orang dah berpusu-pusu nak masuk ke taman tema air tu yang dibuka jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang hari cuti dan cuti umum. Hari biasa buka jam 11.00 pagi kecuali Selasa. Tutup.
Sorang RM56. Dua orang RM112 termasuk GST! Online murah lagi...RM4+ jer. Silap tak beli online. Umar tak kena sebab ketinggian tak sampai 90cm lagi...kena ukur dulu, nasib baik kurang sikit jer. Kanak-kanak RM49 kalau tak silap.
Pengunjung semua pakai pakaian sesuai utk mandi. Aku jer siap blouse dan slack. Haha... memang plan tak nak mandi pun. Nak jd photographer jer untuk miho and me amor.
Kali pertama masuk, teruja la en suami and Umar. Kami set jalan-jalan dulu baru nak berendam. Teruja si Umar dapat lihat sang belang dua ekor. Kemudian kami ke kawasan perlombongan bijih timah. Ada replika gajah besar beberapa ekor. Umar takut siot. Susah nak bergambar. Kemudian kami jalan2 ke kawasan tasik. Umar suka tengok ikan dalam tasik. Nak kayuh itik tapi takut bila tengok tasik tu. Rasa macam dalam jer. Kami juga tengok kuda, burung unta dan macam2 lagi, Again my son takut binatang. Petting zoo tak sempat masuk. Bukan tak sempat, malas...bau dah lain.
Than baru la bawa si umar mandi. Bukan main suka dia sampai tak nak keluar dari kolam. Dia setakat berani duduk jer. Tak berani selam lagi. Kami ke kolam air panas jugak. Sebab masa tu tengah hari so tak sesuai berendam kat situ. Dekat dua jam baru kami keluar lepas tukar pakaian semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment