Friday, January 29, 2016

Familia Zarkasi's Trip

Catatan penghujung tahun...

Bilakah secara rasmi Familia Zarkasi's Trip bermula?
Mac 2010 - Kota Kinabalu + Sandakan, Sabah.
Pada mulanya, aku with my sis cadang nak ke Korea. Nak rasa pegang salji. Teringin sangat. Tapi tup2 my sis sorang lagi sebut soal pengalaman naik flight. First time takkan terus nak ke Korea. Try dulu dalam Malaysia. So, dari Korea tukar ke Sabah. 
Masa tu yg join sebahagian saja. Family Kak Long, Family Nyah, me, and my sis je. 11 orang je. Pengalaman 1st time naik flight sukar dilupakan. Kalau berkumpul ramai-ramai mesti bukak topik ni. Ketawalah terbahak-bahak semua. Sampai kat sana baru tercari-cari van. Gilos! Tak prepare awal2. Mujurlah percutian selama 5 hari 4 malam berjalan lancar. Mutiara, pasar nabalu, pasar pilipin, ikan bakar...

Dec. 2010 - Cameron Highland + Pulau Pangkor
Semua teruja sebab kebanyakan 1st time jugak sampai sini. Mommy pun ikut jugak. Kami duduk homestay. Kali ni lebih ramai join. 14 orang kesemuanya. Dari puncak bukit kami turun ke Pulau Pangkor. Pusing-pusing dalam pulau seharian. Naik bot pergi snorkling. kena usik dengan timun laut. Pengalaman yg indah.

Nov. 2011 - Kuching
13 orang join. Percutian yang menyeronokkan. Pemandu van yang sporting. Homestay pun okey. Hari-hari penuh aktiviti. Kampung Budaya, Waterfront, Sarikin. Kek lapis sarawak di seberang sungai. Sangat sedap! Ikan terubuk. Payung biru di pasar Sarikin.

Mac 2012 - Pulau Perhentian 
1st time sampai pulau sebelah pantai timur. 1st time naik bot laju yang membuatkan jantung luruh sebab laut bergelora. Snorkling, split banana, bbq tepi pantai...

Dec. 2012 - Kuala Gula
Me tengah sarat 7 bulan masa ni. Menginap di 5 buah chalet. Hampir semua join. Jalan-jalan bandar Taiping, Zoo... memancing...

Dec. 2013 - Padang + Bukit Tinggi, Sumatera
5 hari 4 malam di sini. 18 orang join. My son 1st time join de trip. 1st time bercuti keluar dr Malaysia. Makan memang sedap. Layanan pemandu pelancong yg mesra. Banyak kenangan di sini. Banyak pengetahuan dikutip. Takde sehari pun yang membosankan. Grand Malindo, Rangkayo Baso, Pasar Atas, Tasik Maninjau, Abuya Hamka, kain sulam, terowong japang, kereta kuda, shoping, melontar, ucop...

Jun 2014 - Cameron Highland
Sekali lagi berkunjung ke Cameron. Salah timing. Jammm sepanjang perjalanan. Sudahnya hari-hari jalan kaki ke pasar malam.

Dec. 2014 - Universal Studio Singapore
Menginap di JB. 19 orang join. Seronok dalam kerugian sbb banyak yang tak sempat pergi. Hanya sempat ke Far Far Away, The Mummy, Transformer... kena tunggu anak besar baru boleh pergi. Tak leh nak shoping sbb mahal. Ringgit tukar ke dolar spore brp sangatlah yg dapat.

Dec. 2015 - Pantai Cenang, Langkawi
Membilang hari...

Seronok dapat bercuti dengan family ni. Tak cukup duit boleh pinjam. Hihi... 2016 dah ada plan dah. Harap jadilah.

Sambungan...

Dah balik dr Langkawi. Best. Rugi sebab short vacation. Rasa tak puas. Pengalaman di sana nanti iolls kongsi k




No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...