Dah hampir 2 minggu guna Hypp TV. Dapat percuma sebulan semua siaran kecuali yang berbayar (kena beli). Macam2 siaran yang ada. Masih hafal no. chanel lagi. Hihi...
.
Setakat ni aku suka chanel CINEMA WORLD. Boleh tonton filem dari pelbagai negara di dunia yang memenangi anugerah. Kalau sebelum ni asyik tgk muka Hollywood jer.
.
Sebenarnya aku tak paln pun nak langgan Hypp tv ni. Segalanya bermula bila org TM call. Dia offer pakej 8gb internet, cuma tambah RM10 jer. Sebelum ni aku langgan RM120 utk 4gb. Dengar RM10 aku pun setuju jer. Nak upgrade ambik masa 7 hari bekerja. Lepas 7 hari, ada wakil TM datang utk check modem, nak tgk dah upgrade ke belum. Lepas tu kami ke TM utk ambik dekoder Hypp tv. Pasang sendiri, senang jer. Tapi pastikan tv tak jauh dr modem. Kalau jauh, kena beli kabel yg panjang. Boleh beli kat kedai komputer. TM bagi kabel panjang 3 kaki jer.
.
Balik rumah terus pasang sebab dpt free sebulan utk smeua chanel. Lambat2 pasang karang nanti terlepas pulak.
.
btw bil pertama belum sampai lagi.
.
Saturday, January 21, 2017
Sunday, January 1, 2017
HAPPY NEW YEAR
Selamat tahun baru!
selamat tahun baru!
Selamat tahun baru!
selamat tahun baru!
Selamat tahun baru!
Amboi mak, gaya macam sambut tahun baru jer. Actually dah tua2 bangka ni takde dah nak sambut tahun baru or nak feeling2 sedih meninggalkan 2016. Lain orang lain cara. Semalam tidur jam 11 malam. My son masih berfacetime dengan Cuninya di kampung. Sedar2 dan 2017. Terjaga sekitar 1.30 pagi. Tak boleh nak lelap mata dah sebab malam sebelum tu terjaga waktu yg sama dan habiskan masa siapkan RPH dan lembaran kerja untuk satu minggu.
2017...4 series. Ya, aku dah masuk angka 40. Well, apa ada dengan angka kan? Yang pastu, semakin bertambah angka, semakin singkat umur kita. Ya ALLAH aku berbersyukur diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini. Dan diberi kesempatan lagi untuk memohon ampun dan bertaubat atas segala dosa yang telah aku lakukan.
AZAM... Macam biasa, nak jadi lebih baik dari dulu2. Semakin baik, bertambah baik, pada diri, suami, anak, keluarga, jiran, sanak saudara, murid, rakan dan semua makhluk di bumi ini. Nak tambah amal ibadah. Tu dari segi rohani. Dalam pekerjaan, nak berbakti mencurahkan ilmu tanpa jemu. Nak bersedia dalam segala hal. RPH buat terus seminggu masa weekend beserta lembaran kerja. Dari segi kewangan, nak tambah simpanan dan kurangkan berhutang. Mungkin 2017 no cuti2 lagi. No baju baru, tapi lebihkan produk untuk kesihatan (dah 40 wei, kesihatan kena jaga). Dalam bidang penulisan pulak, cadang nak siapkan sekurang-kurangnya 2 manuskrip dan terbit novel pun sekurang-kurangnya 2 buah setahun.Peluang dah ada. Aku sendiri yang harus pandai ambil peluang yang tersedia depan mata.
2017 - please be nice to me okey
Subscribe to:
Posts (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...