Sunday, January 1, 2017

HAPPY NEW YEAR

Selamat tahun baru!
selamat tahun baru!
Selamat tahun baru!

Amboi mak, gaya macam sambut tahun baru jer. Actually dah tua2 bangka ni takde dah nak sambut tahun baru or nak feeling2 sedih meninggalkan 2016. Lain orang lain cara. Semalam tidur jam 11 malam. My son masih berfacetime dengan Cuninya di kampung. Sedar2 dan 2017. Terjaga sekitar 1.30 pagi. Tak boleh nak lelap mata dah sebab malam sebelum tu terjaga waktu yg sama dan habiskan masa siapkan RPH dan lembaran kerja untuk satu minggu. 

2017...4 series. Ya, aku dah masuk angka 40. Well, apa ada dengan angka kan? Yang pastu, semakin bertambah angka, semakin singkat umur kita. Ya ALLAH aku berbersyukur diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini. Dan diberi kesempatan lagi untuk memohon ampun dan bertaubat atas segala dosa yang telah aku lakukan. 

AZAM... Macam biasa, nak jadi lebih baik dari dulu2. Semakin baik, bertambah baik, pada diri, suami, anak, keluarga, jiran, sanak saudara, murid, rakan dan semua makhluk di bumi ini. Nak tambah amal ibadah. Tu dari segi rohani. Dalam pekerjaan, nak berbakti mencurahkan ilmu tanpa jemu. Nak bersedia dalam segala hal. RPH buat terus seminggu masa weekend beserta lembaran kerja. Dari segi kewangan, nak tambah simpanan dan kurangkan berhutang. Mungkin 2017 no cuti2 lagi. No baju baru, tapi lebihkan produk untuk kesihatan (dah 40 wei, kesihatan kena jaga). Dalam bidang penulisan pulak, cadang nak siapkan sekurang-kurangnya 2 manuskrip dan terbit novel pun sekurang-kurangnya 2 buah setahun.Peluang dah ada. Aku sendiri yang harus pandai ambil peluang yang tersedia depan mata. 

2017 - please be nice to me okey 

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...