Ku di dalam,,... di.le.maaaaa..... (nyanyi macam lagu KRU)
Ok alkisahnya... Aku beli baju raya awal-awal dalam bulan 3 macam tu coz tak nak tergesa-gesa la kan. Biasa macam tulah. Baju raya pertama aku akan beli sebelum Ramadan lagi. Tahun ni baju raya beli kat seller online. Teman kali ni warna pastel : lilac + mint green. Tahun lepas tema pink + kelabu aku beli kat Vietnam sebelum puasa jugak.
Baju aku saiz XL (hmmm...bila la nak kembali ke saiz M?). My hubby saiz M dan anak saiz S. Baju aku dress mint green plus baby blue (susah nak cari mint + lilac wei). So aku plan nak beli tudung warna lilaz. So kira kena tema la kan. Tudung dah beli dah masa gi Ariani bln April hari tu. Ariani kat Senawang dan kebetulan ada happy hour 2 psc RM100. Harga asal 1 pcs RM99. Aku beli siap2 warna lilac dan mint green walaupun masa tu baju raya lilac belum cari lagi.
Baju yg aku order tu order processnya makan 14 hari. Bila baju sampai, memang cantik lah kainnya. Yang aku okey, cuma yg anak n hubby ketat sikit. Aku ke yg tak reti ukur? huhu... Dia orang baju kurta. So bulan Ramadan ni I suruh my suami supaya diet. Yg anak tak boleh nak cakap apa la, dia memang tak puasa pun, baru 4 tahun.
So sebelum menangis di hari raya coz baju tak muat, terpaksa la cari Baju Melayu pulak. Tunggu akhir Ramadan boleh turun cari kat bazaar dekat area stesen bas kuale. Harap ada la warna lilac yg murah2.
Selamat Berpuasa !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment