Sorry, saya bukan penggemar kucing. Tak tahan bau taik, tak suka bulu dia yang berguguran dan tak suka kucing jantan yang suka kencing merata tempat. Sebab tu bila nampak kucing kat depan rumah atau atas kereta cepat-cepat I halau.
Nak dijadikan cerita, suatu hari dalam 2 bulan yang lalu, tiba-tiba rumahku ditamu oleh seekor ibu kucing yang baru beranak. Dua ekor! Sekor warna perang dan sekor lagi warna hitam putih. Anak I yang umur 4 tahun punya la suka. Di peluk dicium. Dia memang suka dengan kucing. Kalau ke kedai makan atau ke lembah/dataran pinggir sg perak, dia akan kejar kucing.
Rupanya encik suami pun peminat kucing. Jadi terpaksalah dibela kucing beranak dua tu. (Nak halau tak sampai hati pulak. ) Dalam hati aku dah plan, anak-anak besar nanti, aku nak keluarkan 3 ekor kucing tu. Kalau nak makan tak per, aku beli tapi janji uolls semua duduk luar.
Lain pulak dengan suamiku, dibelinya whiskas, dibuatnya rumah dari tong siap dengan pelapik kain untuk kucing2 tu. Anak lelaki aku pulak terus lupa dunia. Asyik2 nak kucing. Tapi dia tak pandai belai. Dia suka main kasar. Dilambung dibaling walaupun dan dimarah beratus kali. Rumah kucing digoncang berterabur kucing tu lari keluar. Bila dah keluar dia terus tangkap.
Jadi aku belilah sangkar, pasir dan segala kepeluan kucing. Tapi kesian pulak kucing2 tu terkurung. Tapi bila dilepas bebas, anak aku pulak main. Dia buat macam barang mainan.
Aduss... dilema kau dibuatnya. Nak letak luar atau biar di dalam? Dua2 tempat tu tak selamat buat kucing2 tu. Hishh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment