Lebaran tahun ni terasa ada yang suram. Tak semeriah sebelum2nya. Mungkin kerana faktor usia ⌣ Kali ni hanya ada 6 drpd 10 warga Familia Zarkasi. Tiga giliran beraya di rumah mentua, dan sorang terpaksa bertugas. Tahun lepan semua ada. InsyaALLAH tahun depan dapat berkumpul semua.
Teman pilihan tahun ni ; LILAC dan MINT GREEN. Boleh pilih salah satu atau nak gabung keduanya pun boleh. Warna2 pastel giteww... nampak ayu dan cun je semua. Ramai yg komen lawa.
Raya pertama aku mengenakan dress warna lilac dan bunga2 mint green. Tudung Ariani warna mint green. Suami & my cutie pie mengenakan kurta mint green. Majoriti ahli keluarga memilih warna mint green utk baju dan tudung warna lilac.
Lemang tempah je 7 batang dr org kampung. Malangnya 3 drpnya mentah. Selalu okey je. Tahun ni mungkin org yg ambik tempahan tu ter'over' ambik tempahan. Selain lemang, ada rendang daging. Itu shj menu yg ada..huhu. Biskut raya pulak semua home made by my sis. Tak seperti sebelum ni, tempah je (sudahnya sampai raya haji biskut masih ada). Jadi tahun ni tak membazir. Hanya beli baulu shj 15 kotak. Biskut raya dah licin raya ke 3.
Ruang tamu pun hias ala kadar saja. Langsir tetap yg baru. My sis beli yg siap je. Kiranya tahun ni lebih kpd bersederhana.
Di pagi raya, keadaan pun tenang. Sesi bergambar sekejap sebelum keluar ke rumah mak lang dan mak su. Tetamu yg datang pun tak ramai. Budak2 pun tak ada...huhu. Budak2 bukan setakat tak jadi tetamu, tak nampak berjalan2 pun. Raya kedua saudara dari Grik datang. Raya ke 3 kami balas lawatan. Raya ke4, kami ke Tasek Takong utk bergambar sbb raya pertama x sempat nak posing sdgkan baaju tema kali ni menyerlah warnanya.
Begitulah kisah raya tahun ni yg tak berapa nak meriah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment