Sunday, August 5, 2018

Bukit Merah Waterpark

Lama dah nak pergi tapi asyik cancel sahaja. Semalam, 4 Ogos 2018, akhirnya tercapai jua hasrat nak ke Bukit merah Laketown ni. Ini kali kedua aku ke sini manakala bagi suami dan anak pula, ini kali pertama bagi meraka.

Kali pertama aku ke sini dah 20 tahun lalu. Masa waterpark ni baru buka. Datang dengan rombongan sekolah. So ingat2 lupa masa tu.

Kebetulan ada promosi merdeka. Harga biasa utk waterpark RM48 dewasa dan RM38 kanak2. Untuk promosi merdeka ni dapat harga RM28/pax. sama harga dewasa dan kanak-kanak.

Kami sampai dalam jam 10.30 pagi. Tak ramai orang. Kami tak ambil penginapan sebab drive dari rumah ke sini tak sampai sejam pun.

Ada banyak jenis kolam. Untuk kanak-kanak dan dewasa, semua boleh main. Kecuali gelongsor bola besar, kena pakai swimming suit.

Sebelum masuk tu kena periksa beg dulu. Makanan tak boleh bawa masuk. Kemudian, terus ke peti simpanan. Guna gelang kalis air utk scan bar code. Senang dan selamat (walaupun tak digalakkan menyimpan benda berharga dlm tu sebab keselamatan atas tanggungjawab sendiri). Oh ya, sebelum masuk, kami beli dulu pelampung kanak-kanak berharga RM10 dan waterproof cover utk handset, RM10 jugak.

Bebas la mandi air sebab orang tak ramai. dalam sejam kemudian baru bertambah pengunjung. Itu pun kira sikit lagi berbanding masa kami ke Bangi Wonderland hujung 2017. Nak park kereta pun susah.

Kami main air dari jam 10.30 pagi sampai 2.00 petang. Beli air (3), burger (2) dan french fries. RM38!!! Sekali sekala okey la.

Keselamatan kat kolam pun okey. Semua tempat ada pekerja yang mengawal.

Tandas tempat tukar baju pun bersih dan selesa. Yang penting Umar puas mandi-manda. Akan datang lagi sini nanti...

Org dewasa tak gelongsor laju...kanak2 ok la

Ombak buatan pun ada

Jgn hilangkan tiket gelang ni. Nak scan masa keluar.

Budak penakut kalau sorang2





Bintang : 4/5 (berdasarkan harga tiket/kemudahan/kebersihan/kolam/mainan)


No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...