Sunday, August 12, 2018

Kenduri Berhidang

Kaum ibu paling sibuk menyediakan bahan


Para jemputan - selesai solat di masjid terus datang


Penyediaan gilai rebung + ayam

Wajib - sambal tempoyak sebab skrg musim durian

Penambah perisa

Ikan keli masak merah

Gulai ayam + rebung yg mendapat pujian. Rebung habis, ayam tak habis 

Sehidang utk 4 orang

Goreng ikan keli

Penumbuk sambal

Menu untuk 1 hidang

Petai dr pokok arwah ayah

Standby siap2 sebelum masuk ke dalam talam

Sibuk menyediakan hidangan

Layan...
Semalam, 11/8/2018 keluargaku buat kenduri doa selamat / kesyukuran sebab my sis dapat kerja (tukar perkhidmatan actually). Nak buat memang seronok, nak berkendara tu yg penat. Kami tak guna catering atau buat bufet. Semuanya buat cara lama - makan berhidang. Setalam 4 orang spt selalu.
.
Petang Khamis dah rebus rebung. Pagi Jumaat beli barang2 kering dan baban mentah. Tempah ayam 25 ekor, ikan keli 20kg, santan 3kg, ikan masin dll.

Pagi Sabtu kaum ibu datang bergotong-royong menyediakan makanan. Mereka bawa bersama seculak beras utk diberi kpd tuan rumah. Beras yg diberi digunakan utk masak nasi. Dapat dua leriuk besar dan tambah 10kg beras lagi milij tuan rumah.

Ada yang cuci ayam, potong bawang, hiris petai, tumbuk sambal, masak nasi, gunting ikan masin .  dll.

Menu:
Gulai ayam campur rebung
Ikan keli masak merah
Ulam petai dan timun
Ikan masin
Sambal tempoyak

Lepas siap semua, kaum ibu balik ke rumah masing2 dan datang balik. Ada yg dtg sebelum dan ada yg dtg lepas zohor. Sebab nak hidang makan kat orang masjid yg akan datang lepas solat zohor. Dalam jam 1.15 thari, kaum ibu berkerjasama menyusun menu dlm talam besar. Sebelum tu kena siap2 dulu tempat makan (dalam rumah je - tak de khemah). Letak jug air bersama 4 biji cawan, air basuh tangan di atas surat khabar (saprah x ingat simpan mana).

Lepas bacaan doa selamat, tetamu menjamu selera. Lepas selesai tetamu(org masjid) makan, baru kaum ibu menjamah makanan di dapur. Hebat betul mak-mak ni. Dari dulu lagi, itulah tradisinya. Kenduri kali ni macam selalu mesti ada lebih gulai dna nasi. Ibu2 ambil sorang sikit.

Alhamdulillah...semua bergotong-royong cuci pinggan, basuh kawah, periuk besar. Sebagai tuan rumah, hanya ucapan terima kasih mampu diberi.  Hari ni masa utk simpan balik pinggan mangkuk dlm almari dan hantar kawah, periuk masuk dlm stor.

Tradisi ini dah tentu akan menjadi kenangan suatu hari nanti. Hanya org lama sahaja yg masih mengekalkan tradisi makan berhidang. Bila mereka telah tiada, tradisi2 lama ini entah sampai bila mampu bertahan.

Syukur aku manpu merasai pengalaman indah ini...




No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...