Setelah melalui pelbagai rintangan (dlm penyediaan kertas kerja), akhirnya rombongan ke Cameron Highlands berjaya juga dilaksanakan pada 30 April 2008. Jam 7.30 pagi, bas mula bergerak dari Kuala Kangsar. Hujan renyai-renyai. Hati berdebar-debar, bimbang dengan jalan yang tentunya licin. Jam 8.15 bas sudah mula melalui susur keluar Simpang Pulai. Cuaca masih tidak begitu baik. Hati sudah tidak sabar hendak ke sana kerana pertama kali ke sana 20 tahun yang lalu. Sudah ingat-ingat lupa keadaan di sana.
10.30 pagi barulah kami sampai ke destinasi. Tempat pertama persinggahan kami ialah Agro Technology Park, MARDI. Di situ sempatlah bersiar-siar sambil bergambar di English Garden, Rose Garden, Tea Museum, Flower Plot, Strawberry Plot, Grape Plot dan Tea Plantation. Kagum tengok sayur-sayuran dan bunga-bungaan tumbuh segar di sini. Selesai berjalan-jalan, sempat singgah membeli buah strawberry dan teh perisa yang sama. Selesai melawat AGP, kami singgah di Strawberry Park. Selain meninjau pokok strawberry, sempat lagi membeli belah di situ. Sebagai kenang-kenangan saya beli keychain, sticker dan tak lupa membeli strawberry bersalut coklat. Ahli rombongan sibuk membeli bunga kering dan bunga hidup yg terdiri daripada pelbagai jenis spesis bunga.
Rombongan seterusnya singgah di pekan Tanah Rata. Apa lagi, terus borong sayur. Aku pun borong juga, nak bawa balik kampung. Memang murah gila! Puas borong, rupa2nya ada gerai di hujung yang jual jauh lebih murah. Grr..... Sempat juga beli strawberry kering dan teh pelbagai perisa. Al maklumlah, tak tahu bila lagi akan ke CH. Kemudian kami singgah di Taman Rama-rama. Selain boleh tengok rama-rama, boleh juga lihat ular dan spesis kumbang. Kemudian kami singgah pula di ladang kaktus dan ladang teh. Jam 5.00 petang barulah kami bertolak balik dan sampai di KK jam 7.30 petang. Cukup 12 jam! Fuh, letih banget!

4 comments:
waaaa...sedapnya stoberi coklat!!!!
jom g lagi cuti ujung tahun nie...
wakaf che yeh x jd, kita g la ch
mu ka bab perabih duit no 1! aku tgk lu posting mana
Nak tambah menghayati keindahan CH, cuba kunjungi:
http://adilzaini.blogspot.com/search/label/Melancong

Post a Comment