Wednesday, May 21, 2008

Rindu

9 hari sudah berlalu..
Namun terasa dia masih di situ
Duduk di muka pintu
Menegur insan yang lalu lalang
Bersama sebatang kayu panjang
Menghalau ayam
3 tahun 9 bulan
Dia dalam keadaan begitu
Tiada kudrat untuk berjalan
Apa lagi untuk bekerja
Kerana anggota badan sebelah kiri
Sudah tidak berfungsi
Diserang angin ahmar...
Pagi 13 Mei 2008
Dia dijemput Ilahi
Mengikut ayah, ibu,
2 abang dan 4 adiknya
Berbahagialah engkau di sana...
9 puteri-puterimu
Akan sentiasa mengingatimu
Sebagai ayah yang SABAR
dan tidak kenal erti penat dan putus asa
9 puteri-puterimu
Kan sentiasa menDOAkanmu...

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...