Friday, May 30, 2008

TAHNIAH BUAT DEWI SUKMA


Sinopsis:
Menampilkan sebuah keluarga...Encik Raof, Puan Zaimah dan tiga orang anaknya, Raudah, Ridzalman dan Rauzan. Mereka menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan hanya menjual sarapan pagi di warung sahaja.Ridzalman (Ijal) suka melukis gambar alam semula jadi. Berkat dorongan keluarga dan cikgu di sekolahnya, dia berjaya memenangi hadiah cek berjumlah RM 5000.00. Dengan senang hati, dia menawarkan wang itu kepada ayahnya untuk memulakan sebuah perniagaan runcit di sebelah warung emaknya pula. Muncullah Ilham Corner!Pelbagai peristiwa suka duka yang berlaku. Namun, semuanya tidak melemahkan semangat mereka untuk meraih kejayaan yang gemilang. Ikutilah kisah kehidupan Ijal sekeluarga dan rakan-rakan sekolahnya yang berbilang bangsa di Peserai, Batu Pahat.

P/S : Tahniah buat rakan penulis, Dewi Sukma di atas kelahiran novel awal remajanya yang ketiga. Aktif betul menulis. Dah 2 novel terbit tahun ni. Novel saya? Insya Allah akan datang. Sedang siapkan ilustrasi sekarang. Jangan ditanya novel remaja coz sampai sekarang entah apa malangnya, masih tak siap2...

3 comments:

dS said...

Alamaks! Ada promosi giler-giler kat sini... secara percuma lagi! Nanti Kak DS banje buah pala + buah strawberi.. hehehe! ~_~

Catatan ZZ said...

promosi ini just for you...hehe. oo... g penang n cameron ek!

dS said...

Tinqu de very2 much..

Btul tu, 5 negeri sekali jalan!

Err.. buah pala ada lagi.. strawberi dh abis!

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...