Skip to main content

Ular

Di zaman Abu Bakar r.a, ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut.
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular.
"Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

p/s : hmmm... jgn terlalu asyik dengar lagu Ular...

Comments

Paklong Hamzah said…
Paklong pernah bertanya Pakteh; apakah alamatnya bertemu atau bermimpi ular?

Jawab Pak Teh,"Tu tandanya nak dapat Dunia!"

Satu hari Paklong sedang duduk-duduk. Tiba-tiba seekor ular, warna hijau berbelang merah sepanjang belakangnya, merayap melintas diats riba Paklong dari paha kanan ke pahaa kiri. Betul-betul bukan mimpi! Geli dan menggerunkan; masih segar di ingatan.

Tak lama lepas itu Paklong mendapat khabar dipilih menjadi calon.

Itu 22 tahun dahulu......dan hari ini baru Paklong mengerti apa itu "mendapat dunia".
paklong hamzah said…
Menurut Kitab Injil:

Dalam Alkitab Genesis 3:1-19 diceritakan bahwa Ular adalah binatang paling cerdik yang bisa bicara sehingga bisa menipu manusia: Adam dan Hawa:

GEN 3:1 Adapun ular ialah yang paling cerdik dari segala binatang di darat yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu: “Tentulah Allah berfirman: Semua pohon dalam taman ini jangan kamu makan buahnya, bukan?”

2 Lalu sahut perempuan itu kepada ular itu: “Buah pohon-pohonan dalam taman ini boleh kami makan,

3 tetapi tentang buah pohon yang ada di tengah-tengah taman, Allah berfirman: Jangan kamu makan ataupun raba buah itu, nanti kamu mati.”

4 Tetapi ular itu berkata kepada perempuan itu: “Sekali-kali kamu tidak akan mati,

5 tetapi Allah mengetahui, bahwa pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka, dan kamu akan menjadi seperti Allah, tahu tentang yang baik dan yang jahat.”

6 Perempuan itu melihat, bahwa buah pohon itu baik untuk dimakan dan sedap kelihatannya, lagipula pohon itu menarik hati karena memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminyapun memakannya.” [Genesis 3:1-6]

GEN 3:13 Kemudian berfirmanlah TUHAN Allah kepada perempuan itu: “Apakah yang telah kauperbuat ini?” Jawab perempuan itu: “Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan.”

14 Lalu berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu: “Karena engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kaumakan seumur hidupmu.” [Genesis 3:13-14]
Terima kasih Pak Long sudi berkongsi info pasal ular dr kitab injil tu. Pasal mimpi ular tu...hmm...sy rasa sy boleh faham sikit2 la...

Popular posts from this blog

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan boleh buat dalam tempoh 2 tahun. Nasib baik penyata KWSP rumah. Baru aku perasan ada lebihan caruman 2 bulan tahun lepas. Dah genap setahun pun. Kalau lebih dari 2 tahun, aku pun tak pasti apa yang akan jadi dgn duit yang tersimpan tu. 
Sebenarnya tahun lepas aku dah keluarkan duit KWSP dua kali. Kali pertama atas nama permohonan pengeluaran untuk beli rumah. So, dapat keluarkan separuh. Dua bulan kemudian, aku keluarkan lagi lepas dapat surat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Belum kerani setel pemberhentian potongan KWSP dalam slip gaji, aku dah keluarkan. Terdesak masa tu sebab baru masuk rumah. Banyak duit nak pakai. Pasang gril, awning, lawyer, perabot dan macam2 urusan lagilah untuk masuk rumah baru ni. Yang beli rumah tu tahulah kos nak masuk rumah. 
Dipendekkan cerita, selepas dapat surat PTB & selepas keluarkan duit, dalam slip gaji pe…

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank

Awal tahun ni me n hubby sibuk urus buka akaun perniagaan iaitu akaun semasa di Maybank.Sebelum tu try nak buka akaun CIMB tp banyak prosedur wpun deposit awal 1k je. Dgn maybank kena 2k.Mula2 mintak borang dulu kat kaunter cakap nak buka ak perniagaan. Dorang bg sekeping kad. Dalam tu perlu isi nama perniagaan, pemilik, no pendaftaran ssm dan rujukan. Rujukan atau introducer ni kena cari syarikat yg dah ada akaun semasa dgn maybank. Mujur ada kawan yg dah ada akaun semasa. Lepas isi semua hantar balik ke maybank. Bawak sekali salinan sijil pendaftaran ssm, cop syarikat, salinan ic pemilik. Duit 2k tak payah lg sbb maybank nak buat carian dulu..tgk sama ada bisnes kita ni wujud dan ok ke tak. Tempoh masa diambil dlm seminggu and than dorang call utk urusan pembukaan. Masa tu standby duit 2k. Cop syarikat kena bawak selalu. Dah selesai baru kita boleh mohon maybank2u. Tu pun lepas dorang update. Me and hubby dtg keesokan hari utk mohon maybank2u. Kali pertama dtg lupa bawak cop so kena…

Percutian di Kuala Gula Sanctuary Resort

Kali ini my family berkumpul di Kuala Gula Santuary Resort yang terletak di Kuala Gula, Kerian. Perancangan dah dibuat dlm 6 bulan sebelumnya. Booking dilakukan 2 bulan sebelum. Percutian bermula pada 11 Nov hingga 13 Nov 2012. Just 3 hari 2 malam. Cukup la tu kan... Semua ahli keluarga berkumpul di sana. 6 buah resort telah disewa. Resortnya sangat cantik, separuh di darat dan separuh di air/kuala/muara sungai. Boleh park kereta depan resort. Resortnya bersambung. Resort 101 sambung dgn resort 102.
Sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Gula, sebahagian family datang berkumpul di rumah aku dulu. Hari Sabtu kami berkumpul. Petang tu sempat jalan-jalan ke Galeri Arkeologi Lenggong. Lain kali aku story pengalaman kat galeri Lenggong ni. Ahad pagi tu, kami pun bergerak walaupun check in kul 2.00pm. Pagi kami dah gerak sebab nak tau jalan. Lepas tu boleh round2 kawasan sekitar. 
Perjalanan dalam 1 jam setengah jer dari KK ke Kuala Gula. Tak susah nak cari tempat ni. Dalam jam 11.00am dah …