Monday, August 11, 2008

Bulan Kemerdekaan

Setiap tahun pasti bulan kemerdekaan disambut dengan meriahnya di sekolah-sekolah. Pelbagai program diatur. Antaranya majlis pelancaran, nyanyian lagu patriotik, tayangan, ceramah kemerdekaan, sajak, pertandingan mewarna, pantun, sepanduk, gantung bendera, hias kelas dan pelbagai aktiviti lagi yang bertujuan menyemai semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri kanak-kanak. Harap-harap tercapailah matlamat sambutan bulan kemerdekaan.

Lagu patriotik yang saya paling suka tentulah;

Warisan - Sudirman

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...