Saturday, August 30, 2008

KISSM, BTN, POSTING

Salam buat semua,

Saya sekarang sedang mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) bermula pada 15 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada 11 September 2008 di Institut Perguruan Ipoh, Perak. Kemudian, pada 12 Sept hingga 16 Sept 2008 saya akan ke Balik Pulau, P.Pinang untuk menghadiri kursus biro tatanegara (BTN). KISSM berjalan enam hari seminggu. Jadual setiap hari mula pukul 8.00 pagi sampai 4.30 petang. Penat tu tak usah cerita. Walaupun hanya mendengar ceramah, selain terpaksa menyiapkan 2 tugasan individu dan 2 tugasan kumpulan serta terpaksa menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK) pada 11 Sept. Exam lagi! Dua minggu lepas saya dah menduduki peperiksaan akhir untuk subjek Ilmu Pendidikan (1 kertas) dan Prasekolah (2 kertas). Inilah yang terpaksa dilalui sebelum masuk ke Perkhidmatan Awam.

Banyak yang dipelajari ketika ceramah KISSM. Dan pelbagai karektor penceramah yang dijumpai. Ada yang kelakar, dan ada yang serius. Juga ada yang berdedikasi, dan ada yang berkarisma. Antara ceramah yang menarik dan berkesan di hati ialah ceramah yang disampaikan oleh Mr. Ooi Hean Beng mengenai Akauntibiliti dalam P&P dan Amalan Refleksi Untuk Meningkatkan Prestasi Diri, Pelajar dan Sekolah. Mula dengan set induksi penayangan video (sedutan dr filem hindi), dan seterusnya penerangan, pengalaman sendiri dan rakan-rakan serta kajian-kajian yang dibaca semuanya dikongsi bersama. Langsung tak mengantuk! Ceramah Tn. Hj Razali juga menarik tentang 'teori' mata kanan dan mata kirinya, warna dan bulan kelahiran yang dijadikan asas untuk menyusun pelajar di dalam kelas. Sekarang, barulah aku tahu aku pengguna mata kanan, otak kanan dan telinga kiri. Paling ramai tentunya penceramah dengan unsur kecindan mereka. Dewan menjadi gamat sentiasa. Hilanglah rasa mengantuk.

Kenapa mengantuk? Apa tidaknya, malam-malam wajib tonton VCD seram. Filem Hollywood, Indonesia, Thailand semua sapu asalkan cerita seram. Tapi biasanya sebelum habis cerita, aku dah masuk tidur. Minggu depan aktiviti lepak-lepak ni akan dihentikan secara automatik (aku yakin). Sebab semuanya akan menumpukan perhatian pada tugasan dan ujian akhir kursus. Saat itulah akan terdengar perbualan-perbualan ilmiah belaka. Semua ini akan menjadi kenangan berharga. Lepas 16 Sept, kami semua akan berpisah. Urusan posting (penempatan akan berlaku). Soal posting masih menjadi teka-teki. Ada yang kata kami akan dikekalkan di sekolah lama. Ada juga yang berkata akan ditempatkan di sekolah lain. Segalanya mungkin.

So, kalau blog aku tak update, faham-faham la... Bukan sedang sibuk menulis, tapi sibuk berkursus. Sebut pasal menulis ni, aku ada tunjuk novel terbaruku (HP) pada seorang member. Dia tak percaya itu karya aku??? Begitu juga dengan seorang member lagi. Susah juga tak guna nama sebenar ek..

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...